https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif




https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif

Isnin, 5 Disember 2016

ALAH MENGANDUNG!

ALAH MENGANDUNG MOOD BERTUKAR

Bila tahu diri disahkan hamil,lompat bintang kita suami isteri kan...tapi dugaan2 kecil semasa awal kehamilan adalah jalan mula untuk mengujikita bersabar untuk membesarkan sicomel kita nanti
Antara dugaan yang ditakuti adalah alah semasa mengandung..semua benda tak boleh makan...loya muntah letih dah macam sayur rasanya
Tapi tak semua yang diuji begini...ada yang diuji sehinnga 4 bulan kandungan malah lebih teruk sehingga bersalin pun masih alah lagi...fuuhhhh tak sanggup rasanya
saya kongsikan makanan2 lain  serba sedikit yang mungkin dapat membantu dan mengurangkan rasa alah ibu2

1. Brokoli





Sepanjang trimester pertama ibu digalakkan makan banyak sayuran hijau kerana kandungan seratnya membantu mengelakkan masalah sembelit. Brokoli antara sayuran hijau yang tinggi khasiat seperti folat, kalsium, lutein, zeaxantin dan karotenoid yang baik untuk membantu perkembangan penglihatan janin.
Kalium yang terkandung dalam brokoli membantu menormalkan tekanan darah. Gunalah kreativiti anda untuk memasak sayuran brokoli mengikut citarasa masing-masing.


2. Yogurt


Susu antara makanan yang paling disarankan kepada ibu hamil. Bagi ibu hamil yang 'tak lalu' minum susu atau yang langsung tak boleh minum susu sebab mual, cubalah gantikan susu dengan yogurt.
Yogurt dikatakan mengandungi kalsium lebih tinggi berbanding susu. Selain boleh dimakan begitu sahaja, anda boleh gunakan yogurt untuk buat smoothies atau dimakan bersama potongan buah dan kurma. Sesuai juga untuk waktu bersahur dan pastinya menghilangkan mual ibu hamil!



3. Buah beri

Buah-buahan dalam kategori keluarga beri seperti strawberi, blueberi, mulberi dan rasberi memang sukar ditemui dan agak mahal harganya. Tetapi jika sekali sekala beli apa salahnya.Apatah lagi ibu hamil yang mual. Buah-buahan ini ternyata mampu menghilangkan rasa mual selain daripada kaya dengan kandungan vitamin C, potasium, folat, srat dan antioksidan yang tinggi. Bahkan kandungan phytonutrien dalam beri dipercayai dapat menjaga kerosakan sel badan ibu dan bayi.





4 Daging


Kalau ibu hamil hendak mencegah anemia, lebih baik makan sumber protein daging sejak awal hamil lagi kerana kaya dengan vitamin B12, B6 dan niacin. Ia juga mengandungi kolin yang membantu perkembangan janin. Kepada yang tidak gemar makan daging, cubalah kreatif menyediakan menu berasaskan daging kerana mengambilnya semasa trimester pertama sangat penting.


5. Kekacang


Makanan dalam kategori kekacang terkenal kaya dengan sumber protein, zat besi dan folat, kalsium da zink. Mineral ini diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan janin pada tiga bulan pertama. Kekacang boleh dijadikan snek kudapan pada bila-bila masa.

Dengan shaklee juga ada suplemen yang membantu mengurangkan rasa alah itu


nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya ditalian 0124453078 sms /WA
fb Kartini Dahalan
shaklee pulau pinang
misi tinie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to SIHAT BERSAMA TINIE
Designed by UMIESUEstudio 2015