Khamis, 28 Mac 2013

RAMBUT GUGUR


Atasi Masalah Keguguran Rambut Selepas Bersalin dengan SHAKLEE

Ibu-ibu yang melahirkan anak mesti mengalami masalah rambut gugur…ada yang biasa-biasa jer…namun ada juga yang tahap kronik…boleh dikatakan mcm hamper botak jugaklah…tiap2 hari kena sapu rambut yang bertaburan di lantai…sangat2 lah rimas kan…

Antara sebab berlakunya keguguran rambut adalah:
  • Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
  • Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
  • Kurang vitamin seperti zinc dan protein.

Langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rambut gugur:
1) Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.
2) Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
3) Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein.
4) Minum air secukupnya.
5) Tidur dan rehat yang cukup serta jauhi stress.

Produk Shaklee yang boleh membantu..

CC nosaritanaini.com

TANDA2 SAKIT BUAH PINGGANG

Tanda-Tanda Sakit Buah Pinggang

1. Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

3. Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

4. Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

5. Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Anda mengalami loya dan muntah-muntah. ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

11. Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Ahad, 10 Mac 2013

tips melicinkan kulit muka


Petua Melicinkan Kulit Muka – Tips Melicinkan Kulit Muka

Kulit Muka

Ada sesetengah individu yang menganggap ia adalah sebahagian daripada kecantikan paras rupa. Oleh itu, menjaga kulit muka sangat penting kerana ia merupakan imej bagi seseorang individu. Kalau kulit muka nampak kurang bermaya atau kurang sihat, ia menyukarkan mereka untuk melakukan kerja seharian.
Adakah anda mempunyai masalah dengan kulit muka anda? Dah cuba pelbagai produk di pasaran tapi masih belum ada yang sesuai dengan kulit anda? Masih tercari-cari bagaimanakah cara untuk melicinkan kulit mukaanda ? Jom cuba petua di bawah ini :

Tips Melicinkan Kulit Muka

1. Ambil tepung pulut can campurkan sedikit air. Sebelum tidur, sapukan di bahagian muka anda dan apabila bangun pada keesokkan harinya, cuci muka anda dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
2. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke kulit muka anda. Biarkan selama tiga hingga lima minit sebelum dicuci sengan air suam. Amalkan selalu bagi menampakkan kesan yang ketara.
3. Kisar dua biji buah tomato bersama sedikit gula dan air. Tapiskan dan minum airnya di setiap pagi. Lakukan sekerap yang mungkin agar kulit muka anda bertambah licin.
4. Ambil wap air nasi atau buih atau yang sedang ditanak. Sapukan pada muka anda dan biarkan selama 30 minit. Lakukan setiap hari dan anda boleh lihat hasilnya.
5. Ambil seikit beras dan rendam selama dua hari. Kupas sengkuang dan kisar bersama kunyit serta beras yang telah direndam tadi. Sapukan pada kulit muka anda setiap hari dan lihat hasilnya.

resepi ESP


  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
  13. ESP + KOKO + OAT
  14. ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
  15. ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
  16. ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk <<<<-- blend
  17. ESP + meal shakes + MILO<<<<--- sejukkan SEDAP.
  18. ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
  19. ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung <-- blend, pastu letak ketul ais, sedap n kenyang
  20. ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali) -->hasil? sgt mengujakan!!

_____________________________
Dan ini pula resipi smoothies
Bahan2:
  • Segelas fresh milk
  • 1-2sudu besar natural plain yogurt
  • fresh fruits (saya guna banana pagi ni... potong kecik2.. then frozenkan sebentar)
  • Suplemen (sy add sesudu ESP, sesudu Mealshake dan sepeket Collagen powder.. sbb tu resipi namanya awet muda kekal langsing.. haha)
  • 1 sudu kecik madu
  • Serbuk koko (optional)
Cara2 : Blend semua bahan2 di atas ....kemudian apa lagi.. minummmm


NOTES:
  • JANGAN BANCUH protin dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.
  • Jangan ambil lebih dari 3sudu besar sehari ..(berat utk buah pinggang proses protin yg berlebihan)

HEALING CRISIS


HEALING CRISIS

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.




Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi



Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab

Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi
imunisasi badan
Cirit-birit, meningkatkan pergerakan
usus, najis berbau, air kencing berbau Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

Kembung perut Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
Penghasilan lendir seperti selsema,
kahak Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan darah

Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah

Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang / penyakit buasir
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan
pada alat sulit, penghasilan lendiran yang
banyak

Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia

Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

Edema (membengkak) Masalah buah pinggang



Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

KELEBIHAN LECITHIN


  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras ... Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini 
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecithin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan....Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2...jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati....
  5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin
  6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur lecitin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan...
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan

LECITHIN



LECITHIN

Kepentingan Lecithin:-

Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kandungan Lecithin:-
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Kegunaan Lecithin :-
PALING UTAMA
  1. Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  2. Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
  3. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  4. Membantu kawal paras triglycerides
  5. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  6. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  1. Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
  2. Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecitin
  3. Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA
  1. Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
  2. Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL
  1. Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
  2. Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Kepada mereka yang nak kuruskan badan, memecahkan dan mencairkan lemak terutamanya kolestrol, atau kepada mereka yang banyak menggunakan otak (student contohnya), amatlah digalakkan mengambil Lecithin ni sebagai makanan tambahan.

CC TO miakididdles



Ahad, 3 Mac 2013

SOLAT DHUHA


SOLAT DHUHA

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
.
CC TO SHAFIQALBU

LABELS

AIR (2) ALAH MENGANDUNG (1) AMALAN ROHANI (1) ANAK (2) ANEMIA (1) ASID FOLIK (1) B COMPLEX (2) BAYI (1) BAYI SIHAT (1) BERURUT KETIKA HAMIL (1) BUAH PINGGANG (1) BUASIR (1) CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE (1) COLLAGEN POWDER SHAKLEE (1) CUTI2 KELUARGA (1) CYST KECUT (1) DIDIK HATI (1) DIET SIHAT (1) ESP (3) GASTRIK (1) GAYA HIDUP SIHAT (1) GIGI (1) GIGI CANTIK (1) HEALING CRISIS (1) HYPERAKTIF (1) IBU HAMIL (7) IBU HAMIL CANTIK (1) INFO SIHAT (3) JALAN2 (1) JAMU MODEN (1) JANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE (1) JANGKITAN TELINGA (1) KAKI (3) KALSIUM DAN MAGNESIUM (1) KANSER PERUT (1) KECANTIKAN (1) KELUARGA BAHAGIA (1) KEPENTINGAN VITAMIN C SEMASA HAMIL (1) KESIHATAN BAYI (1) KESIHATAN RAMBUT (1) KESIHATAN SENDI (1) KESIHATAN WANITA (1) KOLESTROL (1) KUKU (1) KULIT WAJAH (2) KURUS SIHAT (3) LECITHIN (2) MABUK HAMIL (1) Makan (1) MAKANAN ROHANI (1) MENCEGAH (1) MITOS (1) OMEGA (2) OSTEMATRIX (2) PANDUAN IBU (1) PANDUAN IBU BAPA (1) PANDUAN IBU BERPANTANG (2) PANDUAN IBU HAMIL (9) PANDUAN IBU MENYUSU (7) PANDUAN KESIHATAN (1) PANTANG (1) PEDIH HULU HATI (1) PEJAGAAN SELEPAS BERSALIN (1) PENDARAHAN SEMASA HAMIL (1) PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI (1) PENYUSUAN BERJAYA (1) PERANAKAN JATUH (1) PETI AIS (1) PETI SEJUK BERBAU HARUM (1) PETUA (3) PETUA MABUK HAMIL (1) POSISI TIDUR (1) POWER PUMPING (1) PRA EKLAMPSIA (1) PRO SANTE (1) PUNCA HATI TIDAK TENANG (1) RAHIM JATUH (1) RAMBUT GUGUR (2) RAWATAN RAMBUT SEMASA HAMIL (1) RELAKTASI (1) REWARD (1) ROKOK (1) SAKIT JANTUNG (1) SEMBELIT (1) SENAMAN IBU HAMIL (1) SENDI (1) SET BERANTANG SHAKLEE (2) SET CANTIK..CANTIK SIHAT (2) SET KECANTIKAN KULIT (1) SET MENYUSU SHAKLEE (1) SET PANTANG (1) SID shaklee.SUCCESS STORY (1) SOLAH DHUHA (1) SOLAT (2) SOLAT TAUBAT (1) SOYA (1) SOYA DAN KANSER (1) STRES (1) STRESS (1) SUCCESS STORY (3) SUPLEMEN (5) SUPLEMEN SHAKLEE DAN KELEBIHANNYA (1) SUS IBU (1) TAHAJJUD CINTA (1) TAZKIRAH.ILMU AGAMA (1) TIPS (6) TIPS AJAR ANAK GOSOK GIGI (1) tips pecahkan lemak (1) TIPS PENJAGAAN BAYI (2) TIPS SIHAT (1) UBAN (1) VITALEA (1) VITAMIN C (1) VITAMIN C SHAKLEE (1) VITAMIN E (1) Vivix (1) WAKIL SHAKLEE (1) ZINC.ESP (1)
Copyright to SIHAT BERSAMA TINIE
Designed by UMIESUEstudio 2015