https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif




https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif

Khamis, 28 Mac 2013

TANDA2 SAKIT BUAH PINGGANG

Tanda-Tanda Sakit Buah Pinggang

1. Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

3. Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

4. Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

5. Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Anda mengalami loya dan muntah-muntah. ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

11. Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

LABELS

AIR (2) ALAH MENGANDUNG (1) AMALAN ROHANI (1) ANAK (2) ANEMIA (1) ASID FOLIK (1) B COMPLEX (2) BAYI (1) BAYI SIHAT (1) BERURUT KETIKA HAMIL (1) BUAH PINGGANG (1) BUASIR (1) CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE (1) COLLAGEN POWDER SHAKLEE (1) CUTI2 KELUARGA (1) CYST KECUT (1) DIDIK HATI (1) DIET SIHAT (1) ESP (3) GASTRIK (1) GAYA HIDUP SIHAT (1) GIGI (1) GIGI CANTIK (1) HEALING CRISIS (1) HYPERAKTIF (1) IBU HAMIL (7) IBU HAMIL CANTIK (1) INFO SIHAT (3) JALAN2 (1) JAMU MODEN (1) JANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE (1) JANGKITAN TELINGA (1) KAKI (3) KALSIUM DAN MAGNESIUM (1) KANSER PERUT (1) KASIH IBU (1) KEBAS (1) KECANTIKAN (1) KELUARGA BAHAGIA (1) KEPENTINGAN VITAMIN C SEMASA HAMIL (1) KESIHATAN BAYI (1) KESIHATAN RAMBUT (1) KESIHATAN SENDI (1) KESIHATAN WANITA (1) KOLESTROL (2) KUKU (1) KULIT WAJAH (2) KURUS SIHAT (3) LECITHIN (2) MABUK HAMIL (1) Makan (1) MAKANAN ROHANI (1) MENCEGAH (1) MITOS (1) OMEGA (2) OSTEMATRIX (2) PANDUAN IBU (1) PANDUAN IBU BAPA (1) PANDUAN IBU BERPANTANG (2) PANDUAN IBU HAMIL (9) PANDUAN IBU MENYUSU (7) PANDUAN KESIHATAN (1) PANTANG (1) PEDIH HULU HATI (1) PEJAGAAN SELEPAS BERSALIN (1) PENDARAHAN SEMASA HAMIL (1) PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI (1) PENYUSUAN BERJAYA (1) PERANAKAN JATUH (1) PETI AIS (1) PETI SEJUK BERBAU HARUM (1) PETUA (3) PETUA MABUK HAMIL (1) POSISI TIDUR (1) POWER PUMPING (1) PRA EKLAMPSIA (1) PRO SANTE (1) PUNCA HATI TIDAK TENANG (1) RAHIM JATUH (1) RAMBUT GUGUR (2) RAWATAN RAMBUT SEMASA HAMIL (1) RELAKTASI (1) REWARD (1) ROKOK (1) SAKIT JANTUNG (1) SAKIT PINGGANG (1) SEMBELIT (1) SENAMAN IBU HAMIL (1) SENDI (1) SET BERANTANG SHAKLEE (2) SET CANTIK..CANTIK SIHAT (2) SET KECANTIKAN KULIT (1) SET MENYUSU SHAKLEE (1) SET PANTANG (1) SID shaklee.SUCCESS STORY (1) SOLAH DHUHA (1) SOLAT (2) SOLAT TAUBAT (1) SOYA (1) SOYA DAN KANSER (1) STRES (1) STRESS (1) SUCCESS STORY (3) SUPLEMEN (5) SUPLEMEN SHAKLEE DAN KELEBIHANNYA (1) SUPLEMEN WARGA EMAS (1) SUS IBU (1) TAHAJJUD CINTA (1) TAZKIRAH.ILMU AGAMA (1) TIPS (6) TIPS AJAR ANAK GOSOK GIGI (1) tips pecahkan lemak (1) TIPS PENJAGAAN BAYI (2) TIPS SIHAT (1) UBAN (1) VITALEA (1) VITAMIN C (1) VITAMIN C SHAKLEE (1) VITAMIN E (1) Vivix (1) WAKIL SHAKLEE (1) WARGAEMAS (1) ZINC.ESP (1)
Copyright to SIHAT BERSAMA TINIE
Designed by UMIESUEstudio 2015