https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif




https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif

Ahad, 27 Januari 2013

SUPLEMEN NATURAL vs SUPLEMEN SINTETIK


Suplemen Natural vs Suplemen Sintetik


credit to surijunior.com


Ramai yang bertanya

“Boleh ke saya makan vitamin dari farmasi atau yang diberi percuma, lepas tu ambil milk booster Shaklee?”

Ada juga yang bertanya 


“Apa beza vitamin Shaklee dengan vitamin lain? Kan sama je vitaminnya”.


Supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis, sintetik dan natural. Apa bezanya?


Penghasilan

Supplement natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.

Supplement sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.


Keserasian dengan badan
Supplement natural dihasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

Supplement sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan supplement natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

Harga
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan-bahan semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.



Kesan kepada tubuh badan
Suplemen natural mengambil intipati dari bahan-bahan semulajadi, dengan tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Jadi Kalsium dari natural supplement didatangkan bersama magnesium dan vitamin D.

Supplement sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakannya datang dalam bentuk ‘solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Padahnya, jika kita gagal menyempurnakan diri kita dengan Magnesium dan Vitamin D, Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Begitu juga dengan nutrien-nutrien lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam supplement sintetik.

Kesan jangka panjang
Suplemen natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Pendek kata, perbandingan antara suplemen natural dengan sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut.

Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.


Jadi, bijaklah dalam membuat penilaian. Anda boleh mengambil vitamin dari mana-mana, farmasi mana-mana, pembekal mana-mana… tapi demi kesihatan berpanjangan, pilihlah yang terbaik, antara vitamin natural dengan sintetik. Pasti tak sama.

POWER PUMPING

POWER PUMPING

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.


Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.
Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendakiJangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Credit To Surijunior.com

NAK KURUSKAN BADAN SECARA SIHAT


Nutrien membantu menguruskan badan. Bagaimana??


credit to surijunior.com

Omega-3
Makanan mengandungi Omega-3 dikatakan boleh membantu menguruskan badan. Bagaimana?

Memberikan kekenyangan
Omega-3 ni didapati daripada sumber lemak. Lemak yang baik. Lemak merupakan molekul berantai panjang. Kompleks. Kiranya ambil masa yang lama untuk sistem pencernaan kita untuk menghadamnya. Jadi, Fats stays longer in stomach. Ini memberikan rasa kekenyangan atau kata orang Kedah : satiety. Eheh!  satiety = kekenyangan :) Kalau dah kenyang, takan nak makan kan?

Menggalakkan penggunaan lemak
Satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, pengambilan Omega-3 meningkatkan penggunaan lemak. Bagaimana? Omega-3 sebenarnya boleh merendahkan kandungan insulin. Apa kena mengena dengan insulin? Insulin tu apa? Ha.. meh nak cerita.

Insulin ni adalah sejenis hormone yang menggalakkan penukaran gula kepada lemak. Camni la kalau persamaan dia:


Jadi, bila pengambilan omega-3 suppress insulin level, kurang insulin akan menyebabkan kuranglah penukaran gula kepada lemak untuk disimpan. Lebih banyak gula akan digunakan, kurang gula yang ditukarkan kepada simpanan lemak. Boleh dapat? Tak paham, angkat tangan ye ;)

Protein
High Protein Diet memang popular. Ada orang yang cuma makan telur putih sebab nak diet, taknak ambik  carbohydrate nanti gemok katanya. Jangan buat camtu ye, apa pun pilihan, carbohydrate masih sumber terbaik untuk penghasilan tenaga. Ingat ye kawan-kawan sekalian, There is no magic food. Takde SATU makanan ajaib yang boleh membekalkan kesemua nutrien utk kita. Kita kena ambil pelbagai makanan.

Kenapa makanan tinggi protein boleh kuruskan badan? Protein memberikan kekenyangan yang lama kepada kita kerana struktur protein yang kompleks berbanding karbohidrat. menyebabkan protein sukar diurai & berada lama di dalam perut & kita kenyang. Kenyang takan nak makan lagi? hehe.


Jangan salah faham ye, boleh diurai/ dicerna, cuma lambat sikit. Berbeza kesnya dengan baby. Ada kan baby yang disuap pisang / nestum dsb masa sebelum 6bulan lagi. kan dia tidur lama? tu sebab sistem penghadamannya kurang matang & mengambil masa yang sangat lama untuk mencernakan makanan tersebut. Tu yang dia kenyang lama, sebab perut dia penuh & dia sebenarnya struggle untuk mencernakan makanan-makanan yang begitu kompleks. Berbeza dengan susu ibu yang ringkas & tidak membebankan sistem penghadaman bayi *selingan*


Selain itu, protein mengandungi amino acid yang dinamakan Leucine & Lysine. Amino acid ni macam blok-blok binaan bagi protein. macam bata-bata yang membina dinding. Setiap satu bata tu adalah amino acid.
Cinch Shake oleh Shaklee yang dijana oleh Leucine
Lysine sangat penting untuk menghasilkan carnitine yang bertanggungjawab menukarkan asid lemak kepada tenaga dan membantu menurunkan aras kolesterol. Baikkan Lysine? :) Selain itu, Lysine juga berfungsi membantu tubuh menyerap kalsium, membina kolagen juga memegang otot (Bila dah kurus, takla menggeleber). Leucine amat penting dalam pembinaan struktur protein.

Setiap satu bulat merah adalah amino acid
yang membentuk rantaian protein.
Tapi, hati-hati, ambil protein berpada2.Jangan mentang2 nak diet kuruskan badan. seeeemua makanan protein belaka. hihi. Kelebihan protein boleh membebankan ginjal kita untuk memproses. Kenapa? Kerana ginjal akan memproses protein untuk disingkarkan jika berlebihan. Terlalu banyak protein akan membebankan ginjal.
Kacang soya : salah satu sumber protein tumbuhan
yang baik
Disarankan kita melebihkan pengambilan protein bersumberkan tumbuhan kerana sumber haiwan mengandungi lemak & kolestrol yang lebih tinggi.

Energizing Soyprotein dari SHAKLEE
Serat / Fiber
Pengambilan serat juga membantu kita merasa kenyang lebih lama. Serat boleh bergabung dengan lemak & seterusnya diangkut keluar oleh tubuh.

Lechitin
Lechitin boleh berfungsi menjadi pemecah kepada lemak (fats emulsifier). Lemak-lemak yang dipecahkan digabungkan dengan diet yang tinggi serat & air akan membantu menguruskan badan.


B complex
Keluarga vitamin B mempunyai fungsi yang sangat pelbagai. Salah satunya ialah memangkinkan penghasilan tenaga. Maksudnya, bila kita makan, Vitamin B akan membantu pengoksidaan karbohidrat / lemak / protein untuk menghasilkan tenaga. Dalam erti kata lain pembakaran sumber tenaga lebih cepat. Hmm... jangan skip b complex ya :)

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN


PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN




Penjagaan selepas bersalin adalah amat penting.

Ini kerana semasa melahirkan bayi tubuh kita akan banyak kehilangan darah (sebab itulah perempuan memang lebih cepat nampak tua dari lelaki!)

Jika kita mengabaikan penjagaan ketika dalam tempoh berpantang ini, banyak masalah fizikal dan mental yang mungkin berlaku.

Jadi jangan abaikan penjagaan selepas bersalin dan ikuti 7 tips penjagaan bersalin di bawah agar anda kembali sihat dan langsing!

***********************************

1. Bertungku

Jangan sekali-kali kita ambil mudah dengan amalan ini. Bertungku mengecutkan batu merian supaya lemak yang berkumpul di bahagian perut dapat dipecahkan .

Bertungku juga memecahkan darah yang membeku di dalam perut. Di dalam islam sendiri pun amalan ini amat di galakkan kerana ia menjauhkan perasaan murung atau tekanan jiwa.

Cara bertungku amat mudah. Batu sungai di panaskan dalam 15 minit. Selepas itu ambil batu sungai tersebut dan letakkan ia di atas lapisan daun mengkudu (keliling batu di tutupi daun).Balut batu yang berlapik daun mengkudu tadi dengan lapisan kain.

Tuam di sekeliling peranakan, pinggul, buah dada dan seluruh badan. Badan akan terasa hangat dan segar.

2.Berurut

Berurut melancarkan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan bayi. Semasa proses kelahiran, kita terpaksa meneran supaya bayi mudah keluar.

Meneran memerlukan kita untuk menolak bayi keluar dan semasa itu kita menggunakan seluruh tenaga yang kita ada. Oleh itu selepas bersalin badan akan terasa begitu lemah dan perlu di pulihkan semula.

Semasa berurut badan akan terasa hangat dan bertenaga semula. Pakailah stokin dan baju panas kerana badan cepat berasa sejuk dan kelihatan sembap dan bengkak terutama sekali di bahagian kaki.

3.Berbengkung atau berbarut

Berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Anda perlu berbarut untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing kerana fizikal badan berubah semasa mengandung . Otot menjadi kendur dan perlu ditegangkan semula agar tubuh menjadi kemas dan lansing semula.

Berbarutlah selepas mandi pagi dan setelah di urut. Ulangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokkannya.

4. Berpilis

Oleh kerana badan kita banyak kehilangan darah, kita mudah terasa pening dan mudah terkena penyakit meroyan.

Anda boleh buat sendiri bahan berpilis .Caranya, ambil kayu manis dan tumbuk sehingga halus. Campurkan dengan sedikit air dan di sapu di dahi.

Kayu manis tadi boleh anda sediakan sebelum anda bersalin kerana anda tak boleh menumbuk atau menggunakan lesung batu semasa di dalam pantang. Dikhuatiri peranakan boleh turun kerana menggunakan tenaga dan hentakan lesung/ gegaran pada badan.

5.Mandi air rebusan daun.

Air rebusan daun mengembalikan semula kesegaran urat saraf. Anda boleh gunakan daun herba seperi sintok, daun mengkudu, serai wangi dan daun pandan.

Anda juga boleh gunakan pek uncang cucian untuk membasuh luka di faraj untuk di buat air mandian jika sukar untuk mendapatkan daun-daun tersebut.

6.Minum ubat periuk

Ubat periuk atau pun air akar kayu amat baik untuk kesihatan. Ia melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga dan menambah khasiat pemakanan.

Ubat periuk juga menyenangkan pembuangan air besar dan mengeluarkan angin di dalam badan.Ia juga menambah seri muka agar muka tidak kelihatan pucat. Sekarang telah ada ubat periuk dalam bentuk uncang dan anda hanya perlu masak air panas dan tuangkan ke dalam uncang seperti minum air teh.

7.Tidur dan rehat secukupnya.

Untuk mengelakkan rasa pening anda perlu dapat rehat yang secukupnyalah. Bila bayi anda tidur anda ambillah kesempatan itu untuk berehat atau melelapkan mata.

Ini kerana kadangkala tidur anda terganggu di waktu malam kerana bayi yang menyusu atau bayi anda meragam. Sebolehnya dapatkanlah seorang pembantu atau minta pasangan anda untuk membantu anda dalam tempoh minggu pertama.


Jika anda mahu lakukan sesuatu kerana rimas rumah anda bersepah, biarkan saja kerana rehat anda adalah lebih penting.

Tidur dan rehat yang cukup dapat mengurangkan tekanan perasaan dan rasa terbeban dengan tanggung jawab yang semakin bertambah.


*************************************************

Sebenarnya tak ada jalan mudah untuk tampil sihat, langsing dan menawan selepas bersalin. Jika anda benar-benar mengikut kaedahberpantang dengan teratur anda juga pasti mendapat hasil yang diidamkan!


BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU ANDA



TIPS PENJAGAAN BAYI

Keadaan bayi baru lahir:

1. Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diridengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di dalam kandungan.

2. Kulit mungkin sedikit kering dan mengelupas. Keadaan ini disebabkan penghasilan minyak oleh kulit bayi yang baru lahir masih belum stabil.

3. Terdapat bulu halus terutama di bahagian telinga dan belakang bayi (kadangkala agak lebat). Namun jangan risau, bulu halus ini akan gugur dari semasa ke semasa.

4. Anda juga akan melihat tompok-tompok merah seperti ruam di hidung dan beberapa bahagian badan yang lain. Perkara-perkara ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.

5. Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan. 

6. Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna. 

7. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa.

8. Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah disebabkan kedudukannya dalam rahim ibu. Jangan risau, dengan sedikit urutan dari semasa ke semasa, ia akan lurus seperti biasa.

9. Muka dan bahagian lain bayi mungkin kelihatan sedikit sembab di awal kelahiran.

10. Adalah normal bagi bayi baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis pada hari kedua hingga ketiga kelahirannya. Namun jika tidak dipantau, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

11. Kebanyakan bayi baru lahir lebih gemar untuk tidur daripada berjaga, terutama dalam minggu pertama kelahiran. Kejutkan bayi setiap 2 jam untuk disusukan untuk elakkan jaundis.

12. Bayi baru lahir suka dibedung kerana berasa lebih selamat, seolah-olah berada dalam rahim ibunya.

13. Kelenjar susu bayi baru lahir boleh menghasilkan susu. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi. 


Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir:
1. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi sejuk.

2. Sediakan segala  kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung tangan dan kaki, barut, minyak dsb sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dgn baik dan lancar, dan anda turut berasa lebih tenang.

3. Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan 'alcohol swab' yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain. Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat daripada doktor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.

4. Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.

5. Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak bayi untuk beri keselesaan kepadanya.

6. Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.

7. Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.

8. Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklahsentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan ruam lampin.

9. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya. 

10. Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-oleh berada dalam perut ibunya.

11. Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkannya  kembung atau muntah.

12. Susukan bayi anda sekerap yang mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia hanya ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena.

13. Berikanlah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Jangan berikan si kecil anda selain susu ibu, hatta air masak sekalipun sepanjang 6 bulan tersebut. 

Menjaga bayi baru lahir sesungguhnya bukanlah perkara mudah, apatah lagi bagi ibu baru. Dengan kesihatan si ibu yang masih belum pulih sepenuhnya, si bayi pula perlukan perhatian. Selain sokongan orang sekeliling, ibu juga perlu menjaga kesihatannya dengan baik supaya dapat elakkan daripada stress atau 'gila meroyan' istilah melayunya. Ibu perlu lengkapkan keperluan nutrisi tubuh dengan sebaiknya supaya badan sihat, cergas dan ceria menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Set berpantang Shaklee dapat membantu ibu memenuhi keperluan nutrisi tubuh sewaktu berpantang.

Credit to Ibu,hebatkan

PENYAKIT JANTUNG-APA PUNCANYA


Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?

Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung. 

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukan LDL untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik


Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.


Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi. 

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.


Bagaimana SHAKLEE boleh membantu anda?














CREDIT TO SURIJUNIOR.COM

LABELS

AIR (2) ALAH MENGANDUNG (1) AMALAN ROHANI (1) ANAK (2) ANEMIA (1) ASID FOLIK (1) B COMPLEX (2) BAYI (1) BAYI SIHAT (1) BERURUT KETIKA HAMIL (1) BUAH PINGGANG (1) BUASIR (1) CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE (1) COLLAGEN POWDER SHAKLEE (1) CUTI2 KELUARGA (1) CYST KECUT (1) DIDIK HATI (1) DIET SIHAT (1) ESP (3) GASTRIK (1) GAYA HIDUP SIHAT (1) GIGI (1) GIGI CANTIK (1) HEALING CRISIS (1) HYPERAKTIF (1) IBU HAMIL (7) IBU HAMIL CANTIK (1) INFO SIHAT (3) JALAN2 (1) JAMU MODEN (1) JANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE (1) JANGKITAN TELINGA (1) KAKI (3) KALSIUM DAN MAGNESIUM (1) KANSER PERUT (1) KASIH IBU (1) KEBAS (1) KECANTIKAN (1) KELUARGA BAHAGIA (1) KEPENTINGAN VITAMIN C SEMASA HAMIL (1) KESIHATAN BAYI (1) KESIHATAN RAMBUT (1) KESIHATAN SENDI (1) KESIHATAN WANITA (1) KOLESTROL (2) KUKU (1) KULIT WAJAH (2) KURUS SIHAT (3) LECITHIN (2) MABUK HAMIL (1) Makan (1) MAKANAN ROHANI (1) MENCEGAH (1) MITOS (1) OMEGA (2) OSTEMATRIX (2) PANDUAN IBU (1) PANDUAN IBU BAPA (1) PANDUAN IBU BERPANTANG (2) PANDUAN IBU HAMIL (9) PANDUAN IBU MENYUSU (7) PANDUAN KESIHATAN (1) PANTANG (1) PEDIH HULU HATI (1) PEJAGAAN SELEPAS BERSALIN (1) PENDARAHAN SEMASA HAMIL (1) PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI (1) PENYUSUAN BERJAYA (1) PERANAKAN JATUH (1) PETI AIS (1) PETI SEJUK BERBAU HARUM (1) PETUA (3) PETUA MABUK HAMIL (1) POSISI TIDUR (1) POWER PUMPING (1) PRA EKLAMPSIA (1) PRO SANTE (1) PUNCA HATI TIDAK TENANG (1) RAHIM JATUH (1) RAMBUT GUGUR (2) RAWATAN RAMBUT SEMASA HAMIL (1) RELAKTASI (1) REWARD (1) ROKOK (1) SAKIT JANTUNG (1) SAKIT PINGGANG (1) SEMBELIT (1) SENAMAN IBU HAMIL (1) SENDI (1) SET BERANTANG SHAKLEE (2) SET CANTIK..CANTIK SIHAT (2) SET KECANTIKAN KULIT (1) SET MENYUSU SHAKLEE (1) SET PANTANG (1) SID shaklee.SUCCESS STORY (1) SOLAH DHUHA (1) SOLAT (2) SOLAT TAUBAT (1) SOYA (1) SOYA DAN KANSER (1) STRES (1) STRESS (1) SUCCESS STORY (3) SUPLEMEN (5) SUPLEMEN SHAKLEE DAN KELEBIHANNYA (1) SUPLEMEN WARGA EMAS (1) SUS IBU (1) TAHAJJUD CINTA (1) TAZKIRAH.ILMU AGAMA (1) TIPS (6) TIPS AJAR ANAK GOSOK GIGI (1) tips pecahkan lemak (1) TIPS PENJAGAAN BAYI (2) TIPS SIHAT (1) UBAN (1) VITALEA (1) VITAMIN C (1) VITAMIN C SHAKLEE (1) VITAMIN E (1) Vivix (1) WAKIL SHAKLEE (1) WARGAEMAS (1) ZINC.ESP (1)
Copyright to SIHAT BERSAMA TINIE
Designed by UMIESUEstudio 2015