https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif




https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif

Ahad, 27 Januari 2013

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN


PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN




Penjagaan selepas bersalin adalah amat penting.

Ini kerana semasa melahirkan bayi tubuh kita akan banyak kehilangan darah (sebab itulah perempuan memang lebih cepat nampak tua dari lelaki!)

Jika kita mengabaikan penjagaan ketika dalam tempoh berpantang ini, banyak masalah fizikal dan mental yang mungkin berlaku.

Jadi jangan abaikan penjagaan selepas bersalin dan ikuti 7 tips penjagaan bersalin di bawah agar anda kembali sihat dan langsing!

***********************************

1. Bertungku

Jangan sekali-kali kita ambil mudah dengan amalan ini. Bertungku mengecutkan batu merian supaya lemak yang berkumpul di bahagian perut dapat dipecahkan .

Bertungku juga memecahkan darah yang membeku di dalam perut. Di dalam islam sendiri pun amalan ini amat di galakkan kerana ia menjauhkan perasaan murung atau tekanan jiwa.

Cara bertungku amat mudah. Batu sungai di panaskan dalam 15 minit. Selepas itu ambil batu sungai tersebut dan letakkan ia di atas lapisan daun mengkudu (keliling batu di tutupi daun).Balut batu yang berlapik daun mengkudu tadi dengan lapisan kain.

Tuam di sekeliling peranakan, pinggul, buah dada dan seluruh badan. Badan akan terasa hangat dan segar.

2.Berurut

Berurut melancarkan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan bayi. Semasa proses kelahiran, kita terpaksa meneran supaya bayi mudah keluar.

Meneran memerlukan kita untuk menolak bayi keluar dan semasa itu kita menggunakan seluruh tenaga yang kita ada. Oleh itu selepas bersalin badan akan terasa begitu lemah dan perlu di pulihkan semula.

Semasa berurut badan akan terasa hangat dan bertenaga semula. Pakailah stokin dan baju panas kerana badan cepat berasa sejuk dan kelihatan sembap dan bengkak terutama sekali di bahagian kaki.

3.Berbengkung atau berbarut

Berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Anda perlu berbarut untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing kerana fizikal badan berubah semasa mengandung . Otot menjadi kendur dan perlu ditegangkan semula agar tubuh menjadi kemas dan lansing semula.

Berbarutlah selepas mandi pagi dan setelah di urut. Ulangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokkannya.

4. Berpilis

Oleh kerana badan kita banyak kehilangan darah, kita mudah terasa pening dan mudah terkena penyakit meroyan.

Anda boleh buat sendiri bahan berpilis .Caranya, ambil kayu manis dan tumbuk sehingga halus. Campurkan dengan sedikit air dan di sapu di dahi.

Kayu manis tadi boleh anda sediakan sebelum anda bersalin kerana anda tak boleh menumbuk atau menggunakan lesung batu semasa di dalam pantang. Dikhuatiri peranakan boleh turun kerana menggunakan tenaga dan hentakan lesung/ gegaran pada badan.

5.Mandi air rebusan daun.

Air rebusan daun mengembalikan semula kesegaran urat saraf. Anda boleh gunakan daun herba seperi sintok, daun mengkudu, serai wangi dan daun pandan.

Anda juga boleh gunakan pek uncang cucian untuk membasuh luka di faraj untuk di buat air mandian jika sukar untuk mendapatkan daun-daun tersebut.

6.Minum ubat periuk

Ubat periuk atau pun air akar kayu amat baik untuk kesihatan. Ia melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga dan menambah khasiat pemakanan.

Ubat periuk juga menyenangkan pembuangan air besar dan mengeluarkan angin di dalam badan.Ia juga menambah seri muka agar muka tidak kelihatan pucat. Sekarang telah ada ubat periuk dalam bentuk uncang dan anda hanya perlu masak air panas dan tuangkan ke dalam uncang seperti minum air teh.

7.Tidur dan rehat secukupnya.

Untuk mengelakkan rasa pening anda perlu dapat rehat yang secukupnyalah. Bila bayi anda tidur anda ambillah kesempatan itu untuk berehat atau melelapkan mata.

Ini kerana kadangkala tidur anda terganggu di waktu malam kerana bayi yang menyusu atau bayi anda meragam. Sebolehnya dapatkanlah seorang pembantu atau minta pasangan anda untuk membantu anda dalam tempoh minggu pertama.


Jika anda mahu lakukan sesuatu kerana rimas rumah anda bersepah, biarkan saja kerana rehat anda adalah lebih penting.

Tidur dan rehat yang cukup dapat mengurangkan tekanan perasaan dan rasa terbeban dengan tanggung jawab yang semakin bertambah.


*************************************************

Sebenarnya tak ada jalan mudah untuk tampil sihat, langsing dan menawan selepas bersalin. Jika anda benar-benar mengikut kaedahberpantang dengan teratur anda juga pasti mendapat hasil yang diidamkan!


BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU ANDA



LABELS

AIR (2) ALAH MENGANDUNG (1) AMALAN ROHANI (1) ANAK (2) ANEMIA (1) ASID FOLIK (1) B COMPLEX (2) BAYI (1) BAYI SIHAT (1) BERURUT KETIKA HAMIL (1) BUAH PINGGANG (1) BUASIR (1) CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE (1) COLLAGEN POWDER SHAKLEE (1) CUTI2 KELUARGA (1) CYST KECUT (1) DIDIK HATI (1) DIET SIHAT (1) ESP (3) GASTRIK (1) GAYA HIDUP SIHAT (1) GIGI (1) GIGI CANTIK (1) HEALING CRISIS (1) HYPERAKTIF (1) IBU HAMIL (7) IBU HAMIL CANTIK (1) INFO SIHAT (3) JALAN2 (1) JAMU MODEN (1) JANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE (1) JANGKITAN TELINGA (1) KAKI (3) KALSIUM DAN MAGNESIUM (1) KANSER PERUT (1) KASIH IBU (1) KEBAS (1) KECANTIKAN (1) KELUARGA BAHAGIA (1) KEPENTINGAN VITAMIN C SEMASA HAMIL (1) KESIHATAN BAYI (1) KESIHATAN RAMBUT (1) KESIHATAN SENDI (1) KESIHATAN WANITA (1) KOLESTROL (2) KUKU (1) KULIT WAJAH (2) KURUS SIHAT (3) LECITHIN (2) MABUK HAMIL (1) Makan (1) MAKANAN ROHANI (1) MENCEGAH (1) MITOS (1) OMEGA (2) OSTEMATRIX (2) PANDUAN IBU (1) PANDUAN IBU BAPA (1) PANDUAN IBU BERPANTANG (2) PANDUAN IBU HAMIL (9) PANDUAN IBU MENYUSU (7) PANDUAN KESIHATAN (1) PANTANG (1) PEDIH HULU HATI (1) PEJAGAAN SELEPAS BERSALIN (1) PENDARAHAN SEMASA HAMIL (1) PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI (1) PENYUSUAN BERJAYA (1) PERANAKAN JATUH (1) PETI AIS (1) PETI SEJUK BERBAU HARUM (1) PETUA (3) PETUA MABUK HAMIL (1) POSISI TIDUR (1) POWER PUMPING (1) PRA EKLAMPSIA (1) PRO SANTE (1) PUNCA HATI TIDAK TENANG (1) RAHIM JATUH (1) RAMBUT GUGUR (2) RAWATAN RAMBUT SEMASA HAMIL (1) RELAKTASI (1) REWARD (1) ROKOK (1) SAKIT JANTUNG (1) SAKIT PINGGANG (1) SEMBELIT (1) SENAMAN IBU HAMIL (1) SENDI (1) SET BERANTANG SHAKLEE (2) SET CANTIK..CANTIK SIHAT (2) SET KECANTIKAN KULIT (1) SET MENYUSU SHAKLEE (1) SET PANTANG (1) SID shaklee.SUCCESS STORY (1) SOLAH DHUHA (1) SOLAT (2) SOLAT TAUBAT (1) SOYA (1) SOYA DAN KANSER (1) STRES (1) STRESS (1) SUCCESS STORY (3) SUPLEMEN (5) SUPLEMEN SHAKLEE DAN KELEBIHANNYA (1) SUPLEMEN WARGA EMAS (1) SUS IBU (1) TAHAJJUD CINTA (1) TAZKIRAH.ILMU AGAMA (1) TIPS (6) TIPS AJAR ANAK GOSOK GIGI (1) tips pecahkan lemak (1) TIPS PENJAGAAN BAYI (2) TIPS SIHAT (1) UBAN (1) VITALEA (1) VITAMIN C (1) VITAMIN C SHAKLEE (1) VITAMIN E (1) Vivix (1) WAKIL SHAKLEE (1) WARGAEMAS (1) ZINC.ESP (1)
Copyright to SIHAT BERSAMA TINIE
Designed by UMIESUEstudio 2015