https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif




https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif

Isnin, 13 April 2015

PERANAKAN JATUH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni nak kongsi dan cerita berkenaan PROLAPSE UTERUS..atau bahasa mudah,..rahim @peranakan jatuh

Tentu ngeri bila mendengarnyakan...untuk wanita2 yang sudah berumahtangga dan pernah melahirkan bayi,perkara ini adalah yang paling digeruni



APAKAH PUNCA2 PERANAKAN JATUH??

  • kehamilan dan proses bersalin yang berulang kali boleh melonggarkan otot rahim jika tidak dijaga dengan betul.
  • Otot pelvik yang lemah disebabkan peningkatan usia.
  • Kehilangan hormon estrogen disebabkan menapouse.
  • Keadaan yang memberi tekanan pada abdomen seperti mengangkat benda berat yang tak sepadan dengan tenaga diri.
  • Batuk yang keterlaluan hingga berikan tekanan pada abdomen seperti ada masalah asma atau bronkitis. 
  • Obesiti juga boleh menjadi punca


KESAN AKIBAT PERANAKAN JATUH


  • 1. Sakit perut yang luar biasa.
  • 2. Keluar cecair dari rahim.
  • 3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
  • 4. Sakit pada ari-ari.
  • 5. Sakit pada dinding faraj.
  • 6. Sakit ketika 'bersama' suami.
  • 7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.
  • 8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).

CARA MERAWAT RAHIM JATUH

  • Penggunaan krim estrogen yang akan dimasukkan ke dalam vagina. Biasanya untuk merawat mereka yang alami masalah menapous. Ia digunakan untuk menguatkan otot tisu dalam vagina.
  • Melalui pembedahan untuk membetulkan semula uterus atau lebihs edih kalau uterus terpaksa dibuang.

Terapi Lain Untuk Elak Rahim Jatuh

SENAMAN KAGEL

Wanita digalakkan untukmembuat senaman “kagel” untuk bantu menguatkan otot lantai pelvik. Senaman ini sangat mudah dilakukan di mana-mana sahaja.

Cara nak buat adalah seperti anda menahan kencing. Buat cara ini dengan keadaan seperti menahan kencing dan tahan selama 5 saat dan lepaskan selama 5 saat. Ulang lagi buat selama 10 kali atau seberapa kerap yang anda mahu.

Sambil duduk tengok tv kat sofa pun boleh buat. Jangan tahan nafas, cuma tahan otot pelvik sahaja dan lama kelamaan dengan latihan ini boleh menguatkan otot pelvik



kredit blog kasih ibu dan Google

PENGEDAR SHAKLEE AREA BALIK PULAU<BAYAN BARU,BAYAN LEPAS,PULAU PINANG

HP>0124453078











Ahad, 12 April 2015

PENJAGAAN TALI PUSAT SELEPAS LAHIR

PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..disini saya kongsikan penjagaan tali pusat untuk ibu2 yang baru pertama kali bersalin,juga untuk ibu2 yang telah berpengalaman....untuk tambah pengetahuan dan refresh balik ..


Setelah bayi dilahirkan, penjagaan tunggul tali pusat perlu diberi perhatian utama oleh ibu bapa. Walaupun cara penjagaannya nampak mudah, tetapi jika tidak berhati-hati ia boleh mengundang bahaya.
Tali pusat atau umbilical cord adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Setelah bayi anda dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat bayi anda. Di tempat tali pusat melekat ke perut, terdapat baki atau tunggul yang tertinggal sepanjang 2cm ke 3cm.

Tunggul tali pusat bayi anda akan gugur sendiri lebih kurang seminggu selepas kelahiran. Apabila dia dilahirkan doktor akan menyemat tunggul itu dengan penyepit plastik atau mengikatnya. Doktor anda akan menanggalkan ikatan tersebut selepas sehari dua, apabila tunggul itu kering dan tertutup.
Ia akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya. Dalam pada itu akan terdapat luka kecil yang akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.

1. Kelengkapan mesti ada sebelum cuci baki tali pusat bayi.
• Bekas air
• Bebola kapas
• Alkohol
• Putik kapas
• Kain barut bayi
• Lampin pakai buang

2. Basuh tangan dengan air yang bersih sebelum memegang bayi. Anda juga perlu pastikan tangan sentiasa bersih selepas menukarkan lampin bayi.

3. Dengan menggunakan bebola kapas, tuangkan sedikit alkohol yang diberi oleh pihak hospital. Usapkan pada bagian pangkal tali pusat termasuk daerah sekitarnya dan lipatan-lipatan pusar dengan perlahan. Lakukan dua kali sehari.

4. Kemudian sapu pada pangkal tunggul tali pusat bayi anda. Pastikan sekeliling tali pusat disapu dengan cecair itu. Lakukan dengan perlahan. Sebelum itu, pastikan tali pusat bayi dalam keadaan kering jika anda baru sahaja memandikannya.

5. Anda juga boleh menggunakan putik kapas untuk meratakan antisepktik di sekeliling baki tali pusat bayi. Dalam pada itu jika baki tali pusat itu terkena air kencing atau najis, basuh dengan berhati-hati dengan pencuci bayi pH neutral. Ia untuk mengelak sebarang jangkitan kuman kepada baki tali pusat bayi anda.

6. Setelah selesai menyapu antiseptik, pastikan barut bayi tidak mengenai tali pusat. Juga pastikan keliling tunggul pusat sentiasa bersih dan kering sebelum memakai barut.

7. Begitu juga dengan penggunaan lampin pakai buang. Gunakan lampin khas untuk mengelak tali pusat bayi ditutup (Yang ada lengkukan dibahagian hadapan lampin). Juga jangan lupa selepas dimandi pastikan tali pusat dikeringkan dengan bebola kapas. Biarkan tali pusat kering seketika sebelum memakaikan lampin dan pakaian.

8. Pastikan tunggul tali pusat tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau lampin pakai buang. Jika kawasan itu menjadi lembab, ia memudahkan berlaku jangkitan. Ia akan lebih cepat kering dan sembuh jika sering terkena udara.

9. Adik sudah siap! Pastikan pakaian si kecil longgar supaya tidak menganggu pengaliran udara di seliling tunggul tali pusat bayi.

Tanda-tanda tunggul tali pusat telah dijangkiti :
1. Deman panas,
2. Lesu
3. Tidak mahu menyusu susu ibu
4. Tunggul tali pusat di sekelilingnya menjadi bengkak, busuk atau bernanah.
* Segera dapatkan rawatan di klinik berdekatan

 terima kasih kerana sudi membaca dan kongsi info2 ini untuk sahabat2 anda yang baru melahirkan bayi...


PENGEDAR SHAKLEE ANDA
COD AREA BALIK PULAU,BAYAN LEPAS,BAYAN BARU,PULAU PINANG
WA 0124453078
FB Tinie Ojek


KENAPA PERLU SOLAT TAUBAT

Solat Sunat Taubat

 

 

Alhamdulillah diberi kesedaran dan peluang untuk melakukan solat2 sunat...banyak solat2 sunat yang boleh dilakukan antaranya SOLAT TAUBAT

Disini saya kongsikan fadilat dan kelebihan serta panduan melakukan solat sunat taubat...

kredit to blog shafiqolbu.wordpress.com

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:


.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.

Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

PENGEDAR SHAKLEE 
COD AREA BALIK PULAU,BAYAN LEPAS,BAYAN BARU, PULAU PINANG
WA 0124453078
FB Tinie Ojek

Rabu, 8 April 2015

PRAEKLAMPSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...hari ni nak citer pasal Praeklampsia...sangat berisiko dan bahaya kepada ibu dan bayi

Semasa saya mengandungkan anak pertama saya didiagnos sebagai PIH kerana tekanan  dalam darah adalah tinggi...seram..sedih...takut semua ada bercampur gaul ...yer la kan...anak sulung...mana ada pengalaman apa2..

waktu itu kandungan saya baru berusia 35 minggu  dan diarahkan oleh pakar perubatan  untuk berehat dihospital...maka bermula lah episod check in hospital...

Antara risiko2 PIH ialah ibu2 boleh mendapat serangan "PRAEKLAMPSIA"...singaktan mudah disebut PE...apa itu PraEklampsia????



Apa itu praeklampsia?

Praeklampsia ialah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan protein dalam air kencing. 

Praeklampsia meliputi yang ringan juga yang paling teruk dan boleh menjejaskan beberapa sistem dalam badan. Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya sama sekali semasa kehamilan, praeklampsia boleh dikawal. 

Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mensyakki yang anda menghidap praeklampsia, hubungilah doktor anda dengan segera. 

Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan. 

Adakah sesetengah wanita lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia?

Praeklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 wanita yang hamil. Eklampsia pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan praeklampsia akan mendapatnya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bayi dilahirkan. 

Penyebab praeklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti. Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan pertama anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang sebelumnya. 

Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda: 
  • berumur 40 tahun atau lebih;
  • tersangat gemuk semasa anda menjadi hamil, iaitu dengan BMI 35 atau lebih.
  • mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus, masalah ginjal, atau diabetes;
  • mengandung kembar or berganda;
  • mempunyai sejarah praeklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya;
  • telah mengalaminya sebelum ini – satu dalam lima orang wanita akan mendapatnya kembali.

Bagimana saya boleh mencegahnya?

Tiada cara yang pasti untuk mencegah praeklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi anda tidak terancam ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Sebabnya ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal praeklampsia. 

Terdapat bukti bahawa aspirin biasa dos rendah dan suplemen calcium sebelum dan semasa awal kehamilan boleh mencegah praeklampsia dalam sesetengah wanita. Berbincanglah dengan doktor jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan ini. 

Sekiranya saya mendapat praeklampsia, bagaimanakah rawatannya?

Jika tekanan darah anda naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke plasenta, atau dengan duduk dalam posisi tegak. Anda mungkin diminta pergi ke pejabat doktor setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda. 

Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan dimasukkan ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau. Imbasan akan digunakan untuk mengesan tumbesaran bayi anda dan alat CTG (cardiotocograph) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum. Tujuannya ialah untuk meneruskan kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang yang sebaik-baiknya kepada bayi anda. 

Anda juga akan diberikan suntikan magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai praeklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh. 

Sekiranya tekanan darah anda tidak dapat dikawal, pakar obstetrik akan mencadangkan supaya anda menjalani cetusan kelahiran atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean. 

Praeklampsia akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih berisiko praeklampsia sehingga empat minggu selepas bayi anda dilahirkan, terutamanya jika praeklampsia anda itu teruk atau didiagnos apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih. 

Apakah petanda amaran bagi praeklampsia?

Ada kalanya praeklampsia akan maju dengan pantas. Sekiranya anda berada dalam peringkat kedua kehamilan anda atau di minggu-minggu pertama selepas kelahiran, jangan teragak-agak untuk memanggil doktor anda jika anda mempunyai salah satu daripada simptom yang berikut: 
  • muka, tangan atau kaki anda bengkak dengan tiba-tiba;
  • sakit kepala yang akut diikuti dengan penglihatan yang kabur;
  • sakit yang tersangat teruk di bahagian atas abdomen anda;
  • muntah.

Pengesanan dan rawatan awal boleh menentukan secara signifikan bagaimana praeklampsia itu berkembang kelak. 

Bolehkah praeklampsia menyebabkan komplikasi lain?

Kadangkala, tetapi jarang berlaku, ia boleh membawa komplikasi seperti sindrom HELLP, yang merupakan gangguan fungsi hati dan pembekuan darah. HELPP bermaksud seperti berikut - haemolysis (H - pemecahan sel darah merah), enzim hati meningkat (EL - elevated liver enzymes) dan bilangan platelet yang rendah (LP - low platelet). Ia boleh berlaku sebelum praeklampsia dapat dikesan dan didiagnos. Simptom HELLP termasuklah sakit kepala, terasa loya dan sakit di bahagian atas abdomen. 


KREDIT..BABYCENTER.COM

Selasa, 7 April 2015

BERUBAN DIUSIA MUDA


Punca Dan Cara Mengatasi Rambut Beruban Sebelum Usia |




 Baru usia awal 20an tapi rambut dah putih salju...apa anda rasa...malu ?atau pun trend zaman sekarang...?? Ramai beranggapan rabun beruban ni kononnya banyak berfikir...atau rambut tak cukup zat...ermmm mana yang betul...jom saya kongsikan pada anda kenapa rambut beruban!!!!

Punca-punca uban pra-matang

1. Tahap tekanan yang tinggi

Selain memberikan keselesaan, gaya hidup moden juga turut membawa bersama banyak tekanan dan ketegangan, sama ada berkenaan dengan kerja atau peribadi. Akhirnya memberi kesan kepada kemunculan uban pada rambut.

2. Genetik

Umur dimana rambut anda mula mengeluarkan uban juga ditentukan oleh genetik anda. Jika ibubapa atau datuk nenek anda mengalami rambut yang beruban pra-matang, iaitu sebelum mencecah usia tua, maka anda berkemungkinan besar untuk menghadapi masalah yang sama.

3. Pemakanan yang tidak seimbang

Pemakanam yamg seimbang mamainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh termasuk juga kesihatan rambut. Kekurangan vitamin B12 adalah punca rambut beruban yang biasa. Bagi mengatasi masalah ini adalah dinasihatkan supaya meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin B12 seperti tuna, sardin, salmon, daging lembu, daging kambing, keju dan susu.

4. Tabiat yang tidak sihat

Rambut beruban juga adalah hasil daripada tabiat yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman keras dan sebagainya. Sebenarnya, perokok tegar lebih cenderung untuk mendapat masalah rambut beruban pra-matang berbanding orang yang tidak merokok.

5. Pengambilan cecair tertentu secara berlebihan

Pengambilan teh, kopi, rempah dan makanan bergoreng secara berlebihan akan mengakibatkan rambut beruban. Jika ingin mengurangkan kemunculan rambut putih, hadkan pengambilan makanan tersebut.

6. Kejutan emosi

Kadangkala, uban berlaku ketika waktu-waktu tertentu semasa seseorang itu sedang mengalami kejutan secara emosi atau kegawatan. Ini merupakan fenomena sementara dan pengeluaran rambut putih akan terhenti secara automatik selepas beberapa ketika.

Perawatan rambut beruban


1. Berkaki ayam

Berjalan pada waktu pagi sangat bagus untuk kesihatan kita secara keseluruhannya dan juga bermanfaat terhadap rambut. Berjalan kaki dengan berkaki ayam di atas rumput yang basah pada awal pagi dapat menghalang kemunculan rambut putih.

2. Gabungkan jus segar dalam pemakanan

Masukkan jus sayuran atau buahan yang segar ke dalam pemakanan anda bagi menggantikan minuman yang tinggi kandungan gula seperti minuman ringan. Jus dari lobak merah, salad dan alfalfa adalah sangat berfaedah. Pengambilan jus ini pada setiap hari akan menjadikan rambut anda sihat dan menghalang kemunculan uban.

3. Tingkatkan pengambilan Vitamin

Uban boleh dicegah dengan menambahkan pengambilan vitamin B12 dalam pemakanan seharian. Dalam usaha untuk memerangi masalah uban ini, pengambilan vitamin A dan B juga perlu ditingkatkan. Lebihkan memakan sayuran berdaun hijau dan buahan berwarna kuning. Untuk bekalan vitamin B yang mencukupi, lebihkan memakan sayuran yang berdaun hijau, pisang, tomato, kubis bunga, yogurt, yis, hati dan bijirin. Anda juga boleh mengambil vitamin B12 dalam bentuk pil.

4. Lebihkan pengambilan makanan yang kaya dengan Iodin

Makanan yang kaya dengan iodin membantu menghalang rambut beruban. Ikan mengandungi kandungan iodin yang tinggi. Pisang dan lobak merah juga mengadungi iodin yang sama.

 5.Merokok juga menjadi satu puncah di mana rambut boleh beruban dengan cepat. Kandungan nikotin di dalam darah lebih cenderung menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut.

6.Malas untuk menjaga kebersihan rambut. Mereka tidak mencuci rambut dan jika mencuci pun tidak menggunakan syampu. Malah ada yang menggunakan sabun badan untuk mencuci rambut. Sebenarnya, bahan yang terkandung di dalam sabun mandi tidak sesuai untuk mencuci rambut.
  
7. Gunakan aloe vera (lidah buaya)
Aloe vera sangat berkesan dalam penjagaan rambut. Menggosok rambut dengan campuran aloe vera dan santan kelapa akan menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kemunculan kelemumur dengan meneutralkan aras pH kulit kepala dan membersihkan pori-pori. Kemudian bilas rambut dengan menggunakan syampu sepeti biasa.

8. Sapukan minyak pada rambut

Menyapukan minyak kepada rambut adalah penting supaya rambut menjadi sihat dan menghalang rambut dari beruban. Sapukan campuran minyak kelapa atau minyak badam bersama jus lemon, yang merupakan kaedah tradisional India untuk mencegah rambut beruban. Menggosok rambut menggunakan minyak ini akan membantu menghitamkan semula rambut putih.

9. Tingkatkan pengambilan mineral

Mineral sememangnya penting untuk tubuh berfungsi dengan sihat. Kita sudah sedia maklum bahawa melanin memainkan peranan terhadap rambut. Kekurangan melanin mungkin merupakan hasil daripada kekurangan mineral dan zat besi. Oleh itu, penting untuk mempunyai pemakanan yang seimbang bersama jumlah zat besi yang mencukupi bagi penghasilan melanin yang aktif dan sihat. Tyrosine adalah enzim yang mengandungi zat besi yang menukarkan Tyrosine menjadi melanin. Zat ini boleh didapati daripada hati lembu, cendawan, bayam, terung, asparagus, daun pudina, kentang, kacang hijau, tomato, halia dan lain-lain lagi.

ANDA JUGA BOLEH MENGAMALKAN SUPLEMEN UNTUK MENJAGA KESIHATAN RAMBUT DAN KULIT KEPALA ANDA...BAGAIMANA??


1- B COMPLEX SHAKLEE.
Salah satu nya jika diperhatikan, kekurangan vitamin B amat dititik beratkan dalam masalah rambut beruban, Kenapa vitamin B, dan vitamin B yg bagaimana diperlukan?? sila la pilih vitamin B yg mengandungi 8 vitamin yg lengkap dengan biotin. kenapa biotin? B7 (Biotin) sangat berkait rapat dan penting untuk rambut. Biotin digunakan untuk menghasilkan keratin dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga berfungsi mengawal rambut beruban.
Akibat dari kekurangan Biotin :
  • Rambut Gugur
  • Rambut kering dan Kasar
  • Rambut Kusam
Selain Biotin.. ada lagi 4 vitamin B di dalam B complex yg membantu dalam masalah rambut gugur dan Beruban.
  • Vitamin B5 (Pantotenik)- Jika tidak mahu rambut beruban inilah nutrisinya selain untuk mengatasi rambut gugur.
  • Vitamin B6 (Piridoksin)- Untuk mengelak rambut dari gugur dan penghasilkan melanin untuk elak rambut dari beruban.
  • Vitamin B12 (kobalamin)- Mengatasi masalah rambut gugur.
  • Vitamin B3 (Niasin)- Ia berguna untuk memperbaiki aliran darah pada kulit kepala.

2- ZINC 
  • Membentuk kolagen - zink membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  • Mengurangkan masalah rambut gugur/uban sebelum waktunya.
3- ESP 
  • ESP mengandungi 9 ASID AMINO PENTING. 
  • Asid amino penting untuk membina otot, rambut, kuku, darah, organ, kulit dan lain-lain. 
4- VITALEA - ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH
  • Menyediakan asas nutrisi
  • Memastikan sel hidup
  • Pertumbuhan sel baru

INGINKAN INFO LANJUT BERKENAAN SUPLEMEN SHAKLEE...hubungi pengedar shaklee anda!!

W/A  0124453078
FB https://www.facebook.com/tinie.ojek
 






Sabtu, 4 April 2015

10 MAKANAN UNTUK KULIT CANTIK


10 Makanan Terbaik Untuk Kulit Yang Cantik


1. Cili Benggala Merah

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik
Cili Benggala Merah ini adalah salah satu sayuran lazat yang boleh dinikmati sama ada secara mentah atau dimasak. Sebiji cili benggala mengandungi lebih daripada 100% keperluan vitamin C harian anda (wow!). Ia juga mengandungi sejumlah fiber dan vitamin B6. Tambahan pula, ia juga kaya dengan carotenoids yang dapat membantu menghalang kedutan kulit dan meningkatkan peraliran darah terhadap kulit, menjadikannya lebih muda. Kerana mengandungi carotenoids, cili ini juga bagus untuk menentang jerawat.
Cili benggala merah merupakan makanan ringan yang sempurna dan rendah kalori dan rasa rangup yang memuaskan. Simpan hirisan cili benggala merah ini di dalam peti sejuk, jadi anda sentiasa dapat memakan makanan yang sihat dan lazat apabila terasa ingin menguyah makanan ringan. Fiber yang terkandung di dalamnya akan membantu anda berasa kenyang untuk masa yang lama dan anda akan mendapat kulit yang licin!

2. Coklat Gelap

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik
Ini barulah dinamakan makan ringan yang lazat! Makan setiap hari pun tak kisah :D Coklat gelap (dark chocolate) kaya dengan antioksidan, asid lemak dan flavanols yang membantu memberikan kulit yang bersinar. Antioksidan dalam coklat gelap dapat membantu mengurangkan kekasaran kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari. Tambah lagi, koko menenangkan arteri jantung, menambahkan peredaran darah yang menuju ke arah kulit yang lebih sihat. Nyum nyum!

3. Ikan Salmon

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik
Ikan salmon adalah makanan bagus untuk menetang tekanan, kemurungan dan kebimbangan. Salmon juga membekalkan kebanyakan vitamin yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Seperti yang sudah diketahui, vitamin D bertanggungjawab untuk mengekalkan jantung, tulang, kolon dan otak yang sihat. Ia juga dapat membantu menghalang barah kolon, kemurungan, penyakit hati dan tulang.
Salmon juga kaya dengan lemak asid omega-3 yang handal menangani keradangan, kedutan dan jerawat. Kandungan omega-3nya yang tinggi juga membantu melembabkan kulit dari dalam. Lagi pula, memakan salmon membuatkan kulit kepala anda lembab seterusnya menjadikan rambut kuat dan sihat.

4. Minyak Kelapa

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik
Minyak kelapa adalah salah satu sumber lemak saturat yang paling tinggi iaitu lebih kurang 90% kalori seperti lemak saturat. Ia mengandungi asid laurik, agen antibakteria yang sangat hebat yang menghalang virus, jangkitan, keradangan dan jerawat. Minyak kelapa juga kaya dengan asid lemak asas dan vitamin E, yang lengkap untuk menjadikan kulit anda lembab, lembut dan bebas kedutan.
Gunakan minyak kelapa sebagai krim badan dengan menyapukannya selepas mandi juga di ambil sebagai makanan tambahan dengan memakan 1 sudu minyak kelapa mentah setiap hari. Minyak kelapa bagus terutamnya untuk tiroid. Tambahan lagi, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa minyak ini dapat membantu mengurangkan berat badan. Banyaknya manfaat minyak kelapa ni kan?

5. Teh Hijau

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik
Teh hijau merupakan sumber antioksidan yang sangat baik, juga asid amino yang unik, L-theanine yang membantu menenangkan badan dan mengurangkan tekanan. Apabila teh ini dalam keadaan panas, ia akan mengeluarkan catechins, sejenis antioksidan yang terbukti sebagai anti-barah dan anti-keradangan. Teh hijau juga mungkin dapat mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi. Minum 3 cawan atau lebih setiap hari untuk hasil yang memuaskan.

6. Bayam

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik
Bayam adalah makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien yang harus dimasukkan ke dalam makan seharian. Ia merupakan sumber terbaik untuk zat besi, folat, chlorophyll, Vitamin E, magnesium, Vitamin A, fiber, protin tumbuhan, dan Vitamin C. Ia sangat bagus untuk kulit kerana kebolehan antioksidanya serta Vitamin A, C dan E. Dengan pengambilan bayam ke dalam makanan, anda dapat membersihkan kulit dari dalam :)

7. Biji-bijian

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik
Biji Chia, biji bunga matahari, biji labu, dan biji flaks adalah baik untuk kulit. Biji labu dan bunga matahari kaya dengan selenium, Vitamin E, magnesium dan protin. Selenium dan protin dapat menghindari kedutan kulit, manakala Vitamin E dapat menambahkan kelembapan kulit dan magnesium pula dapat menurunkan tahap tekanan anda. Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam biji flax dan chia sangat bagus untuk melawan kedutan dan jerawat.
Hanya taburkan bijian ini di atas hidangan anda dan nikmati keenakannya untuk kulit yang hebat. Anda boleh juga menaburkannya ke dalam yogurt atau salad yang dimakan.

8. Saderi

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik
Ramai di antara kita yang memandang rendah terhadap sayuran ini, tetapi saderi mengandungi Vitamin K yang membantu menyihatkan peredaran darah dan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Ini akan mengurangkan tahap tekanan anda, dan seperti yang diketahui tekanan dapat menyebabkan kulit yang tidak sihat, migrain dan juga barah.
Saderi juga mengandungi sodium semulajadi, potasium dan air, dan membantu untuk menghalang dehidrasi. Kulit yang dehidrasi bermakna kulit yang kering, berkuping, berkedut dan juga berjerawat. Pastikan anda mengambil saderi setiap hari atau sekurangnya dua hari dekali. Lagipun, saderi sangat rendah kalori bagi mereka yang menjaga kandungan kalori makanan ;)

9. Betik

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik
Betik merupakan buah yang mengadungi pelbagai manfaat. Ia sangat rendah kalori (hanya 39 kalori dalam setiap 100g!) dan juga langsung tidak mengandungi kolestrol. Jadi jika anda sedang cuba untuk mengurangkan berat badan, anda boleh mencuba memakan betik setiap hari untuk memaksimumkan manfaat kesihatannya.
Merupakan makanan kecantikkan yang hebat, betik rendah fruktosa dan sangat bagus untuk penghadaman. Nutrien antioksidan yang terkandung di dalamnya berserta Vitamin C dan E serta beta-karoten sangat baik untuk mengurangkan keradangan dan jerawat. Vitamin C juga dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran cahaya matahari.

10. Lobak Merah

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik
Bukan sahaja baik untuk mata, lobak merah juga baik untuk kulit. Ia adalah sangat bagus untuk membersihkan cela akibat jerawat. Lobak merah kaya dengan Vitamin A dan dapat menghindari lebihan pengeluaran sel di lapisan luar kulit dimana ia menjadi tempat sebum berlebihan bergabung dengan sel kulit mati lalu menutup pori-pori kulit
Vitamin A yang terdapat di dalam lobak merah juga dapat mengurangkan pertumbuhan sel barah kulit. Jadi pastikan anda memakan separuh cawan baby carrot setiap hari untuk kulit yang cantik.

Kesan Memakai Bra Dan Seluar Dalam Semasa Tidur |


Kesan Memakai Bra Dan Seluar Dalam Semasa Tidur





Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari.‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.
Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.

Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.
Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.
Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.

“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.
Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.

Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?
Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.

6 CARA MUDAH BUAT ANAK RASA DISAYANGI

6 CARA MUDAH BUAT ANAK RASA DISAYANGI

 

 

Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?

Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.
Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:

1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih
Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.

2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.

3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya
Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.
Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, “Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek” atau “Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca” atau “Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik.”

4. Dengarkan kata-katanya
Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.
Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti “Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?” Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.
Anak anda akan berfikir, “Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang.” Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.

5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya
Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.
Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.
Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.

6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan.   Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, “Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang.”
Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, “Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu.” Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, “Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga.”
Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, “Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus.” Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya.     Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.


kredit...*iluvislam*

LABELS

AIR (2) ALAH MENGANDUNG (1) AMALAN ROHANI (1) ANAK (2) ANEMIA (1) ASID FOLIK (1) B COMPLEX (2) BAYI (1) BAYI SIHAT (1) BERURUT KETIKA HAMIL (1) BUAH PINGGANG (1) BUASIR (1) CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE (1) COLLAGEN POWDER SHAKLEE (1) CUTI2 KELUARGA (1) CYST KECUT (1) DIDIK HATI (1) DIET SIHAT (1) ESP (3) GASTRIK (1) GAYA HIDUP SIHAT (1) GIGI (1) GIGI CANTIK (1) HEALING CRISIS (1) HYPERAKTIF (1) IBU HAMIL (7) IBU HAMIL CANTIK (1) INFO SIHAT (3) JALAN2 (1) JAMU MODEN (1) JANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE (1) JANGKITAN TELINGA (1) KAKI (3) KALSIUM DAN MAGNESIUM (1) KANSER PERUT (1) KASIH IBU (1) KEBAS (1) KECANTIKAN (1) KELUARGA BAHAGIA (1) KEPENTINGAN VITAMIN C SEMASA HAMIL (1) KESIHATAN BAYI (1) KESIHATAN RAMBUT (1) KESIHATAN SENDI (1) KESIHATAN WANITA (1) KOLESTROL (2) KUKU (1) KULIT WAJAH (2) KURUS SIHAT (3) LECITHIN (2) MABUK HAMIL (1) Makan (1) MAKANAN ROHANI (1) MENCEGAH (1) MITOS (1) OMEGA (2) OSTEMATRIX (2) PANDUAN IBU (1) PANDUAN IBU BAPA (1) PANDUAN IBU BERPANTANG (2) PANDUAN IBU HAMIL (9) PANDUAN IBU MENYUSU (7) PANDUAN KESIHATAN (1) PANTANG (1) PEDIH HULU HATI (1) PEJAGAAN SELEPAS BERSALIN (1) PENDARAHAN SEMASA HAMIL (1) PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI (1) PENYUSUAN BERJAYA (1) PERANAKAN JATUH (1) PETI AIS (1) PETI SEJUK BERBAU HARUM (1) PETUA (3) PETUA MABUK HAMIL (1) POSISI TIDUR (1) POWER PUMPING (1) PRA EKLAMPSIA (1) PRO SANTE (1) PUNCA HATI TIDAK TENANG (1) RAHIM JATUH (1) RAMBUT GUGUR (2) RAWATAN RAMBUT SEMASA HAMIL (1) RELAKTASI (1) REWARD (1) ROKOK (1) SAKIT JANTUNG (1) SAKIT PINGGANG (1) SEMBELIT (1) SENAMAN IBU HAMIL (1) SENDI (1) SET BERANTANG SHAKLEE (2) SET CANTIK..CANTIK SIHAT (2) SET KECANTIKAN KULIT (1) SET MENYUSU SHAKLEE (1) SET PANTANG (1) SID shaklee.SUCCESS STORY (1) SOLAH DHUHA (1) SOLAT (2) SOLAT TAUBAT (1) SOYA (1) SOYA DAN KANSER (1) STRES (1) STRESS (1) SUCCESS STORY (3) SUPLEMEN (5) SUPLEMEN SHAKLEE DAN KELEBIHANNYA (1) SUPLEMEN WARGA EMAS (1) SUS IBU (1) TAHAJJUD CINTA (1) TAZKIRAH.ILMU AGAMA (1) TIPS (6) TIPS AJAR ANAK GOSOK GIGI (1) tips pecahkan lemak (1) TIPS PENJAGAAN BAYI (2) TIPS SIHAT (1) UBAN (1) VITALEA (1) VITAMIN C (1) VITAMIN C SHAKLEE (1) VITAMIN E (1) Vivix (1) WAKIL SHAKLEE (1) WARGAEMAS (1) ZINC.ESP (1)
Copyright to SIHAT BERSAMA TINIE
Designed by UMIESUEstudio 2015