https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif




https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif

Ahad, 23 November 2014

MABUK HAMIL

Bolehkah mabuk hamil menjejaskan bayi saya?

Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi anda selagi anda mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada makanan yang dimakan, dan minum banyak cecair.

Rasa loya ialah tanda bahawa hormon kehamilan berada pada tahap yang cukup tinggi untuk meneruskan kehamilan. Wanita yang mengalami mabuk hamil didapati kurang berkemungkinan mengalami keguguran berbanding mereka yang tidak mengalaminya. Tetapi ini bukanlah bermaksud bahawa jika anda tidak rasa loya, kehamilan anda tidak sihat.

Makan makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu. Bayi anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan apabila anda berasa lebih sihat.

Pilihan makanan anda mungkin ganjil untuk seketika. Mungkin selama sebulan anda hanya mampu menelan nasi putih dan air sahaja, tetapi cuba jangan bimbang tentang ini. Anda mempunyai banyak masa untuk makan secara sihat selepas mabuk hamil ini reda.

Hati anda menyimpan banyak nutrien yang bayi anda perlukan untuk membesar secara normal, jadi tidak kisahlah jika anda tidak banyak makan. Pelan makanan trimester ke trimester kami dapat membantu anda mendapatkan nutrien yang anda perlukan sepanjang kehamilan.

Namun begitu, anda perlu mengambil asid folik kerana ia adalah nutrien yang penting dalam trimester pertama. Ambillah 400mcg asid folik sehari kerana ini akan membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi berkembang dengan baik. Anda juga boleh mengambil multivitamin kehamilan. Salah satu kebaikan multivitamin ini ialah anda hanya perlu menelan satu tablet sahaja untuk mendapatkan nutrien yang badan anda perlukan. Ini sangat baik jika anda sering memuntahkan makanan yang ditelan.

Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah dan berat badan anda turun, anda boleh mengalami nyahhidrat. Oleh itu, penting bagi anda menghubungi doktor dengan segera. Ada banyak rawatan yang boleh dilakukan di rumah. Jika rawatan di rumah tidak berkesan, anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk mengawal mabuk hamil anda dan untuk meningkatkan pengambilan cecair dan nutrien melalui drip.




Mengapakah saya mabuk-mabuk?

Walaupun kenyataan ini tidak membantu anda, mabuk hamil merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi.

Punca sebenar mabuk hamil tidak diketahui, tetapi ia dikatakan berkaitan dengan hormon human chorionic gonadotrophin (hCG) dan estrogen. Hormon tiroid thyroxine juga mungkin mempunyai peranan.

Di antara penyebab biasa mabuk hamil adalah:
  • Jika anda mengandungkan kembar dua atau tiga, tahap hormon kehamilan anda lebih tinggi, justeru mabuk anda adalah lebih teruk.
  • Jika anda biasa mengalami mabuk perjalanan, anda mungkin lebih berkemungkinan mabuk lebih teruk ketika hamil. Ini kerana mabuk hamil mungkin berkaitan dengan kecelaruan dalam mekanisma keseimbangan dalam telinga dalam anda.
  • Jika anda sudahpun mengalami jangkitan gastro-intestin yang disebabkan oleh bakteria helicobacter pylori, ini mungkin menyebabkan sakit perut, ulser dan refluks asid. Masalah ini boleh dikenal pasti melalui ujian najis atau ujian darah, dan ianya mudah dirawat menggunakan antibiotik yang selamat diambil semasa hamil.
  • Jika anda letih dan lapar, loya anda akan jadi lebih teruk.
  • Satu teori menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan loya ialah satu kaedah perlindungan. Ini membuatkan anda kurang berkemungkinan mendedahkan diri kepada sesuatu yang tidak selamat dimakan atau toksin-toksin yang berbahaya.
Biar apapun sebabnya, diserang mabuk hamil yang tak terkawal mungkin adalah satu kejutan bagi wanita yang sebelum ini adalah sihat. Tiada seorang pun mengetahui apakah sebabnya sesetengah wanita menghidapnya dan yang lain terselamat. Melihat kawan-kawan lain yang hamil sihat "berseri-seri", seakan-akan tidak adil. Namun ingatlah bahawa tiada sebarang perlakuan anda yang menyebabkan simptom ini.

Sesetengah doktor masih percaya bahawa mabuk hamil adalah suatu keadaan psikologi yang diakibatkan oleh stres atau perasaan negatif mengenai kehamilan. Namun tidak ramai yang percayakan teori ini. Kebanyakan orang percaya bahawa mabuk hamil itu sendirilah yang menyebabkan stres, bukan sebaliknya.




Berapa lamakah mabuk hamil ini akan berlangsung?

Mabuk hamil biasanya bermula pada sekitar lima atau enam minggu kehamilan dan berkurangan di antara minggu ke-14 dan ke-16. Tetapi anda mungkin dapati pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah berterusan sehingga minggu ke-20, malah sepanjang keseluruhan kehamilan. Nasib baiklah perkara ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda telah mendapatkan bantuan dari awal.

Jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau jika anda merasa loya dan muntah-muntah buat pertama kali setelah hamil sembilan minggu, berjumpalah dengan doktor anda. Simptom-simptom tersebut mungkin menunjukkan masalah lain dan bukannya mabuk hamil biasa.


Apa yang saya perlu lakukan untuk membantu diri saya?

Sudah pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan – atau sekurang-kurangnya meminimumkan – loya anda juga boleh:
  • Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
  • Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
  • Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
  • Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.
  • Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
  • Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.
  • Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.
  • Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.
  • Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.
  • Cuba terapi semula jadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
  • Beritahu seseorang. Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan 







CADANGAN SET KEHAMILAN SHAKLEE




ANDA JUGA BOLEH DAPATKAN PERCUMA KONSULTANSI BERKENAAN MABUK HAMIL  DENGAN MENGHUBUNGI SAYA

TINIE 0124453078
 FB  https://www.facebook.com/tinie.ojek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to SIHAT BERSAMA TINIE
Designed by UMIESUEstudio 2015