https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif




https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif

Selasa, 25 Disember 2012

CERIA MENAWAN:MAKAN UNTUK CANTIK,CERGAS


CERIA MENAWAN: MAKAN UNTUK CANTIK, CERGAs



Apakah makanan yang anda ambil untuk sarapan pagi ini? Mungkin roti canai atau nasi lemak serta teh tarik. Apa saja makanan yang anda pilih, pengetahuan mengenai makanan dan pemakanan amat penting jika matlamat anda ialah cantik dan cergas.
Sesetengah orang tidak mempedulikan jenis makanan yang diambil setiap hari hingga menghadapi masalah kesihatan serta menjejaskan ketrampilan diri. Bagaimanapun, masih belum terlambat untuk mengubah tabiat pemakanan anda. Pengetahuan mengenai makanan serta khasiat yang terkandung dalamnya boleh membantu anda secara beransur-ansur menjadi lebih sihat dan pada masa sama, ceria dan cergas.


Protein
Kekurangan protein boleh menjejaskan ketrampilan diri kerana menyebabkan rambut bermasalah, kuku mudah pecah dan kulit cepat kendur. Protein penting untuk melawan penyakit kerana antibodi dibuat dari bahan ini. Kekurangan protein menyebabkan tubuh mudah mendapat penyakit dan akhirnya perawakan kurang menarik dan kecergasan menurun.
Selain itu, protein menarik cecair dari tisu dan kekurangan bahan ini menyebabkan muka kelihatan sembab seperti yang biasa berlaku membabitkan perempuan mengandung dan orang tua. Di Barat, kekurangan protein menyebabkan bentuk kaki seperti batang pisang. Protein juga diperlukan kerana membuatkan manusia gembira dan tenang. Sumber protein meliputi pelbagai kekacang dan haiwan.
Asid Lemak Perlu
Asid ini diperlukan untuk membuat sel tubuh. Kekurangan akan menyebabkan rambut tidak berkilat dan kulit kering serta kemandulan. Oleh kerana tubuh tidak boleh membuat asid ini, sumber utama asid ini adalah dari minyak sayur-sayuran. Orang yang berdiet untuk menurunkan berat badan boleh membahayakan diri jika tidak mengambil langsung minyak bagi suatu tempoh yang lama.
Antara sumber terbaik ialah minyak ikan yang baik untuk jantung, otak dan mata, tetapi minyak ikan tidak stabil. Minyak sawit lebih stabil kerana tidak banyak ikatan tidak tepu dan boleh digunakan berulang kali.
Pilihan lain ialah mengambil minyak ikan dalam bentuk pil, tetapi orang selalu memikirkan minyak ikan adalah dari ikan iklim sederhana. Pandangan ini tidak betul kerana ikan tempatan seperti patin dan keli mempunyai kualiti setanding.
Bahan Lain
Karbohidrat tidak begitu diperlukan untuk kecantikan, manakala serat penting untuk usus dan membuang toksik dari badan.
Komponen Mikro
Semua jenis vitamin diperlukan sel badan, tetapi ada beberapa jenis vitamin yang mempunyai hubungan erat terhadap kecantikan dan kecergasan.
Vitamin A
Antara simptom kekurangan vitamin ini ialah sel kulit mati dengan cepat menyebabkan kulit tidak cantik kerana bertompok dan berbintik. Bahagian bawah kulit mempunyai selaput lendir dan kekurangan vitamin ini menyebabkan selaput ini mati dengan cepat dan kuman pantas membiak. Kesannya mudah menghidap penyakit berkaitan kulit seperti jerawat dan bisul. Penyakit berkaitan saluran pernafasan seperti sakit tekak dan selesema juga mudah diperolehi.
Bagi mengatasi masalah ini, pengambilan vitamin A yang sumbernya adalah haiwan seperti daging, hati, telur, susu dan minyak ikan adalah penting. Vitamin ini berfungsi sebagai antioksidan, malah antara teori untuk merawat jerawat ialah mengambil vitamin A dengan banyak hingga hampir mencapai tahap toksik.
Vitamin C
Berfungsi untuk membuat gam antara sel. Kehadiran vitamin ini memberikan kekenyalan dan memutihkan kulit. Vitamin ini adalah antara ramuan krim kosmestik pemutih kulit, tetapi vitamin ini diubah suai kerana sifat semula jadinya tidak stabil.
Vitamin E
Vitamin ini dan rakannya, C, adalah untuk mengekalkan keremajaan. Sumber vitamin ini adalah dari minyak sayur-sayuran, daging dan kekacang. Kita tidak perlu banyak, tetapi lebih banyak lebih baik kerana setakat ini belum ada kes toksik membabitkan vitamin ini. Kajian mendapati, vitamin ini baik untuk mencegah banyak penyakit, termasuk jantung dan kanser.
Vitamin B
Vitamin ini adalah untuk kecergasan serta baik untuk mereka yang hidup dalam tekanan yang memerlukan banyak tenaga. Sumber vitamin ini adalah dari haiwan seperti daging dan kekacang, tetapi sifat vitamin B yang tidak stabil, iaitu rosak apabila dimasak terlalu lama serta larut air menyebabkan vitamin ini hilang begitu saja. Sehubungan itu, cara masakan penting dan antara cara mengekalkan vitamin ini ialah dengan daging yang dipotong selepas dibasuh terus disimpan dalam peti ais dan apabila hendak dimasak, terus dimasukkan dalam periuk.
Kekacang seperti kacang tanah dan dal direndam terlebih dulu antara tiga jam hingga semalaman kerana kekacang yang bertindak balas seperti hendak bercambah akan meningkatkan paras vitamin ini.
Mineral
Kalsium
Mineral ini mudah diperolehi dari tumbuhan atau susu. Di Barat, ibu bapa memberikan susu kepada anak untuk meningkatkan ketinggian anak-anak. Susu asli lebih baik, tetapi susu tepung sekarang semakin berkualiti dan boleh diambil sebagai sumber kalsium. Sumber lain adalah dari tulang dan sirip ikan yang boleh digoreng rangup.
Zat Besi
Kekurangan mineral ini menyebabkan seseorang itu kelihatan pucat dan lesu. Zat besi bertugas untuk membuat sel darah merah dan kekurangannya menyebabkan menyebabkan penerimaan oksigen menurun. Wanita yang kehilangan banyak darah ketika haid jika tidak cukup makan daging akan kelihatan pucat, letih dan cepat marah.


 
HUBUNGI SAYA UNTUK INFO LANJUT
TINIE 0124453078

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to SIHAT BERSAMA TINIE
Designed by UMIESUEstudio 2015