1..Singkirkan 'Yang Putih'
Buangkan semua sumber makanan yang berwarna putih!!!Kebanyakan yang berwarna putih( roti,nasi putih,pasta,gula dan tepung) diperbuat daripada karbohidrat ringkas,
2..Makan Brokoli
Brokoli mampu membersihkan hati dan menentang kanser...cara masak brokoli ialah kaedah stim untuk mengekalkan kandungan bahan penentang kanser
3..Dapatkan vitamin D setiap hari
Vitamin D mungkin memainkan peranan penting dengan mengawal selera dan membantu sel lemak menjadi lebih aktif secara metabolik
4..Minum Lebih Air
Minum air sangat penting untuk kekal sihat,bertenaga dan menurunkan berat badan---dahaga sering kali menyamar sebagai kelaparan
5..Ambil suplemen untuk bantuan
Suplemen membantu anda berasa bertenaga dan membantu proses turun berat badan anda..pilih suplemen yang selamat dan tidak memudaratkan tubuh badan anda
6..Minum Teh Hijau
Minum teh hijau adalah cara terbaik untuk merangsang penurunan berat badan dan kesihatan.Ia berkuasa menyemarakkan metabolisme tetapi juga mengandungi kepekatan catechins tertinggi,sejenis antioksidan yang didapati dalam tumbuhan yang berupaya melindungi tubuh daripada
serangan jantung dan sesetengah kanser
7..Lewatkan makan pencuci mulut
Elakkan daripada terus menikmatinya selepas makan malam kerana boleh menganggu penyerapan nutrien...masa terbaik ialah 2 jam selepas selesai menikmati hidangan
8..Tidur untuk kekal langsing
Otak mengidam karbohidrat apabila tubuh anda letih,7 jam minimun waktu tidur adalah masa terbaik untuk mengekal dan melindungi fungsi organ tubuh.
9..Sarapan adalah Wajib
Tidak mengambil sarapan boleh meningkatkan risiko obesiti 4 kali ganda.tubuh mengesan kelaparan akan berlaku dan memperlahankan metabolisme saebagai ganti rugi..apabila anda makan tengahari,anda akan kebuluran dan mengambil makanan lebih dari sepatutnya
Sumber..Isihat
https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif
Rabu, 24 Ogos 2016
Tips Terbaik Untuk kurus Sihat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan