Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Ada tak ibu bapa yang bermasaalah dengan anak2 yang tak suka gosok gigi. macam2 alasan budak ni bagi kan...ade yang kata ubat gigi pedas la,tak suka bau la,sakit la..ade je jawapannya kan
Sebenarnya semua ni bermula dari ibu bapa jugak..kita yang kena mainkan peranan penting ni...ok Cik Tin2 kongsikan tips2 ya
PANDUAN UNTUK IBU BAPA
1..Ibu bapa perkenalkan berus gigi sejak dari anak anda sudah tumbuh gigi..di farmasi ada dijual berus lembut yang diselit didalam djari...MUDAH sangat
2..Perkenalkan ubat gigi yang berperisa lagi baik perisa kegemaran apabila anak2 nda sudah pandai berkumur2
3..Bantu anak2 anda menggosok gigi dan adalah lebih baik gosok gigi bersama2 mereka
4..Kebanyakan ibu mengambil posisi di hadapan ketika mengajar anak-anak.Teknik ini sebenarnya salah, untuk lebih berkesan ibu harus berada di belakang, sambil memegang tangan anak dan menunjukkan cara membersih lidah dan memberus gigi yang tepat.
5..Pilih berus gigi yang beraneka corak..adalah lebih baik biar anak2 anda yang memilih untuk berus gigi pilihan mereka..pilih berus mengikut tahap umur yang sesuai
6..Seawal usia dua setengah tahun, bawa anak berjumpa doktor gigi walaupun dia tidak berhadapan dengan masalah gigi.ini juga dapat memberi pendedahan awal agar mereka tidak takut dengan doktor gigi
kaklong tengah buat pemeriksaan gigi
azim pun periksa gigi jugak
ok pass gigi dua2 cantik bersih dan sihat
7..Ajar anak memilih snek yang kurang gula. Makanan yang manis elok diberi selepas waktu makan dan bukan antara waktu makan.JIka anak2 anda masih minum dari botol..PASTIKAN botol susu dikeluarkan dari mulut apabila mereka sudah tidur...dengan membiarkan botol didalam mulut adalah punca karies gigi dan terjadilah GIGI HITAM
cantik kan gigi kami semua
Sampai disini dulu ,nanti Cik Tin2 kongsikan tips2 hebat lagi ya..semoga bermanfaat untuk semua
Kartni Dahalan
WA/sms 0124453078
Tiada ulasan:
Catat Ulasan