Kesan Memakai Bra Dan Seluar Dalam Semasa Tidur
|
Melepaskan pakaian dalam’ bukan
bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika
kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun
pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari.‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud
tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu
dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain
pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.
Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan
dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi
kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon
imunitinya.
Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.
Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur
anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan
pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan
memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.
Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan
bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer
pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link
Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin
menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat
mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.
Dan ketika tidur
yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia
sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.
“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.
Menurut Sydney Singer, menggunakan bra
terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang
memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi
merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat
mempengaruhi pembentukan kanser payudara.
Selain itu, terlalu kerap menggunakan
bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan
kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.
Sedangkan bagi lelaki, mengikut
Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan
pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan
bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma
agar tetap baik.
Mengikut kajian itu, alat reproduksi
lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh
keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki
menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan
suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan
mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.
Testis
tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari
bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F
(36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa
guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?
Selain itu, tidur tanpa mengenakan
pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh.
Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran
udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian
intim baik pada wanita maupun lelaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan