10 Makanan Terbaik Untuk Kulit Yang Cantik
1. Cili Benggala Merah
Cili Benggala Merah ini adalah salah
satu sayuran lazat yang boleh dinikmati sama ada secara mentah atau
dimasak. Sebiji cili benggala mengandungi lebih daripada 100% keperluan
vitamin C harian anda (wow!). Ia juga mengandungi sejumlah fiber dan vitamin B6. Tambahan pula, ia juga kaya dengan carotenoids
yang dapat membantu menghalang kedutan kulit dan meningkatkan peraliran
darah terhadap kulit, menjadikannya lebih muda. Kerana mengandungi carotenoids, cili ini juga bagus untuk menentang jerawat.
Cili benggala merah merupakan makanan
ringan yang sempurna dan rendah kalori dan rasa rangup yang memuaskan.
Simpan hirisan cili benggala merah ini di dalam peti sejuk, jadi anda
sentiasa dapat memakan makanan yang sihat dan lazat apabila terasa ingin
menguyah makanan ringan. Fiber yang terkandung di dalamnya akan membantu anda berasa kenyang untuk masa yang lama dan anda akan mendapat kulit yang licin!
2. Coklat Gelap
Ini barulah dinamakan makan ringan yang lazat! Makan setiap hari pun tak kisah Coklat gelap (dark chocolate) kaya dengan antioksidan, asid lemak dan flavanols
yang membantu memberikan kulit yang bersinar. Antioksidan dalam coklat
gelap dapat membantu mengurangkan kekasaran kulit dan melindungi kulit
daripada kerosakan akibat sinaran matahari. Tambah lagi, koko
menenangkan arteri jantung, menambahkan peredaran darah yang menuju ke
arah kulit yang lebih sihat. Nyum nyum!
3. Ikan Salmon
Ikan salmon adalah makanan bagus untuk
menetang tekanan, kemurungan dan kebimbangan. Salmon juga membekalkan
kebanyakan vitamin yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Seperti yang
sudah diketahui, vitamin D bertanggungjawab untuk mengekalkan jantung,
tulang, kolon dan otak yang sihat. Ia juga dapat membantu menghalang
barah kolon, kemurungan, penyakit hati dan tulang.
Salmon juga kaya dengan lemak asid
omega-3 yang handal menangani keradangan, kedutan dan jerawat. Kandungan
omega-3nya yang tinggi juga membantu melembabkan kulit dari dalam. Lagi
pula, memakan salmon membuatkan kulit kepala anda lembab seterusnya
menjadikan rambut kuat dan sihat.
4. Minyak Kelapa
Minyak kelapa adalah salah satu sumber
lemak saturat yang paling tinggi iaitu lebih kurang 90% kalori seperti
lemak saturat. Ia mengandungi asid laurik, agen antibakteria yang sangat
hebat yang menghalang virus, jangkitan, keradangan dan jerawat. Minyak
kelapa juga kaya dengan asid lemak asas dan vitamin E, yang lengkap
untuk menjadikan kulit anda lembab, lembut dan bebas kedutan.
Gunakan minyak kelapa sebagai krim badan
dengan menyapukannya selepas mandi juga di ambil sebagai makanan
tambahan dengan memakan 1 sudu minyak kelapa mentah setiap hari. Minyak
kelapa bagus terutamnya untuk tiroid. Tambahan lagi, terdapat beberapa
bukti yang menunjukkan bahawa minyak ini dapat membantu mengurangkan
berat badan. Banyaknya manfaat minyak kelapa ni kan?
5. Teh Hijau
Teh hijau merupakan sumber antioksidan yang sangat baik, juga asid amino yang unik, L-theanine yang membantu menenangkan badan dan mengurangkan tekanan. Apabila teh ini dalam keadaan panas, ia akan mengeluarkan catechins,
sejenis antioksidan yang terbukti sebagai anti-barah dan
anti-keradangan. Teh hijau juga mungkin dapat mengurangkan risiko
mendapat tekanan darah tinggi. Minum 3 cawan atau lebih setiap hari
untuk hasil yang memuaskan.
6. Bayam
Bayam adalah makanan yang sihat dan kaya
dengan nutrien yang harus dimasukkan ke dalam makan seharian. Ia
merupakan sumber terbaik untuk zat besi, folat, chlorophyll, Vitamin E, magnesium, Vitamin A, fiber,
protin tumbuhan, dan Vitamin C. Ia sangat bagus untuk kulit kerana
kebolehan antioksidanya serta Vitamin A, C dan E. Dengan pengambilan
bayam ke dalam makanan, anda dapat membersihkan kulit dari dalam
7. Biji-bijian
Biji Chia, biji bunga matahari, biji labu, dan biji flaks adalah baik untuk kulit. Biji labu dan bunga matahari kaya dengan selenium, Vitamin E, magnesium dan protin. Selenium
dan protin dapat menghindari kedutan kulit, manakala Vitamin E dapat
menambahkan kelembapan kulit dan magnesium pula dapat menurunkan tahap
tekanan anda. Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam biji flax dan
chia sangat bagus untuk melawan kedutan dan jerawat.
Hanya taburkan bijian ini di atas
hidangan anda dan nikmati keenakannya untuk kulit yang hebat. Anda boleh
juga menaburkannya ke dalam yogurt atau salad yang dimakan.
8. Saderi
Ramai di antara kita yang memandang
rendah terhadap sayuran ini, tetapi saderi mengandungi Vitamin K yang
membantu menyihatkan peredaran darah dan membantu mengurangkan tekanan
darah tinggi. Ini akan mengurangkan tahap tekanan anda, dan seperti yang
diketahui tekanan dapat menyebabkan kulit yang tidak sihat, migrain dan
juga barah.
Saderi juga mengandungi sodium
semulajadi, potasium dan air, dan membantu untuk menghalang dehidrasi.
Kulit yang dehidrasi bermakna kulit yang kering, berkuping, berkedut dan
juga berjerawat. Pastikan anda mengambil saderi setiap hari atau
sekurangnya dua hari dekali. Lagipun, saderi sangat rendah kalori bagi
mereka yang menjaga kandungan kalori makanan
9. Betik
Betik merupakan buah yang mengadungi
pelbagai manfaat. Ia sangat rendah kalori (hanya 39 kalori dalam setiap
100g!) dan juga langsung tidak mengandungi kolestrol. Jadi jika anda
sedang cuba untuk mengurangkan berat badan, anda boleh mencuba memakan
betik setiap hari untuk memaksimumkan manfaat kesihatannya.
Merupakan makanan kecantikkan yang
hebat, betik rendah fruktosa dan sangat bagus untuk penghadaman. Nutrien
antioksidan yang terkandung di dalamnya berserta Vitamin C dan E serta
beta-karoten sangat baik untuk mengurangkan keradangan dan jerawat.
Vitamin C juga dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran
cahaya matahari.
10. Lobak Merah
Bukan sahaja baik untuk mata, lobak
merah juga baik untuk kulit. Ia adalah sangat bagus untuk membersihkan
cela akibat jerawat. Lobak merah kaya dengan Vitamin A dan dapat
menghindari lebihan pengeluaran sel di lapisan luar kulit dimana ia
menjadi tempat sebum berlebihan bergabung dengan sel kulit mati
lalu menutup pori-pori kulit
Vitamin A yang terdapat di dalam lobak
merah juga dapat mengurangkan pertumbuhan sel barah kulit. Jadi pastikan
anda memakan separuh cawan baby carrot setiap hari untuk kulit yang cantik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan