Punca Dan Cara Mengatasi Rambut Beruban Sebelum Usia
|
Baru usia awal 20an tapi rambut dah putih salju...apa anda rasa...malu ?atau pun trend zaman sekarang...?? Ramai beranggapan rabun beruban ni kononnya banyak berfikir...atau rambut tak cukup zat...ermmm mana yang betul...jom saya kongsikan pada anda kenapa rambut beruban!!!!
Punca-punca uban pra-matang
1. Tahap tekanan yang tinggi
Selain memberikan keselesaan, gaya hidup
moden juga turut membawa bersama banyak tekanan dan ketegangan, sama
ada berkenaan dengan kerja atau peribadi. Akhirnya memberi kesan kepada
kemunculan uban pada rambut.
2. Genetik
Umur dimana rambut anda mula
mengeluarkan uban juga ditentukan oleh genetik anda. Jika ibubapa atau
datuk nenek anda mengalami rambut yang beruban pra-matang, iaitu sebelum
mencecah usia tua, maka anda berkemungkinan besar untuk menghadapi
masalah yang sama.
3. Pemakanan yang tidak seimbang
Pemakanam yamg seimbang mamainkan
peranan penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh termasuk juga
kesihatan rambut. Kekurangan vitamin B12 adalah punca rambut beruban
yang biasa. Bagi mengatasi masalah ini adalah dinasihatkan supaya
meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin B12 seperti
tuna, sardin, salmon, daging lembu, daging kambing, keju dan susu.
4. Tabiat yang tidak sihat
Rambut beruban juga adalah hasil
daripada tabiat yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman keras
dan sebagainya. Sebenarnya, perokok tegar lebih cenderung untuk mendapat
masalah rambut beruban pra-matang berbanding orang yang tidak merokok.
5. Pengambilan cecair tertentu secara berlebihan
Pengambilan teh, kopi, rempah dan
makanan bergoreng secara berlebihan akan mengakibatkan rambut beruban.
Jika ingin mengurangkan kemunculan rambut putih, hadkan pengambilan
makanan tersebut.
6. Kejutan emosi
Kadangkala, uban berlaku ketika
waktu-waktu tertentu semasa seseorang itu sedang mengalami kejutan
secara emosi atau kegawatan. Ini merupakan fenomena sementara dan
pengeluaran rambut putih akan terhenti secara automatik selepas beberapa
ketika.
Perawatan rambut beruban
1. Berkaki ayam
Berjalan pada waktu pagi sangat bagus
untuk kesihatan kita secara keseluruhannya dan juga bermanfaat terhadap
rambut. Berjalan kaki dengan berkaki ayam di atas rumput yang basah pada
awal pagi dapat menghalang kemunculan rambut putih.
2. Gabungkan jus segar dalam pemakanan
Masukkan jus sayuran atau buahan yang
segar ke dalam pemakanan anda bagi menggantikan minuman yang tinggi
kandungan gula seperti minuman ringan. Jus dari lobak merah, salad dan
alfalfa adalah sangat berfaedah. Pengambilan jus ini pada setiap hari
akan menjadikan rambut anda sihat dan menghalang kemunculan uban.
3. Tingkatkan pengambilan Vitamin
Uban boleh dicegah dengan menambahkan
pengambilan vitamin B12 dalam pemakanan seharian. Dalam usaha untuk
memerangi masalah uban ini, pengambilan vitamin A dan B juga perlu
ditingkatkan. Lebihkan memakan sayuran berdaun hijau dan buahan berwarna
kuning. Untuk bekalan vitamin B yang mencukupi, lebihkan memakan
sayuran yang berdaun hijau, pisang, tomato, kubis bunga, yogurt, yis,
hati dan bijirin. Anda juga boleh mengambil vitamin B12 dalam bentuk
pil.
4. Lebihkan pengambilan makanan yang kaya dengan Iodin
Makanan yang kaya dengan iodin membantu
menghalang rambut beruban. Ikan mengandungi kandungan iodin yang tinggi.
Pisang dan lobak merah juga mengadungi iodin yang sama.
5.Merokok juga menjadi satu puncah di mana rambut boleh beruban dengan cepat. Kandungan nikotin di dalam darah lebih cenderung
menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut.
6.Malas untuk menjaga kebersihan rambut. Mereka tidak mencuci rambut dan jika mencuci pun tidak menggunakan syampu. Malah ada yang menggunakan sabun badan untuk mencuci rambut. Sebenarnya, bahan yang terkandung di dalam sabun mandi tidak sesuai untuk mencuci rambut.
7. Gunakan aloe vera (lidah buaya)
Aloe vera sangat berkesan dalam
penjagaan rambut. Menggosok rambut dengan campuran aloe vera dan santan
kelapa akan menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kemunculan
kelemumur dengan meneutralkan aras pH kulit kepala dan membersihkan
pori-pori. Kemudian bilas rambut dengan menggunakan syampu sepeti biasa.
8. Sapukan minyak pada rambut
Menyapukan minyak kepada rambut adalah
penting supaya rambut menjadi sihat dan menghalang rambut dari beruban.
Sapukan campuran minyak kelapa atau minyak badam bersama jus lemon, yang
merupakan kaedah tradisional India untuk mencegah rambut beruban.
Menggosok rambut menggunakan minyak ini akan membantu menghitamkan
semula rambut putih.
9. Tingkatkan pengambilan mineral
Mineral sememangnya penting untuk tubuh
berfungsi dengan sihat. Kita sudah sedia maklum bahawa melanin memainkan
peranan terhadap rambut. Kekurangan melanin mungkin merupakan hasil
daripada kekurangan mineral dan zat besi. Oleh itu, penting untuk
mempunyai pemakanan yang seimbang bersama jumlah zat besi yang mencukupi
bagi penghasilan melanin yang aktif dan sihat.
Tyrosine
adalah enzim yang mengandungi zat besi yang menukarkan Tyrosine menjadi
melanin. Zat ini boleh didapati daripada hati lembu, cendawan, bayam,
terung, asparagus, daun pudina, kentang, kacang hijau, tomato, halia dan
lain-lain lagi.
ANDA JUGA BOLEH MENGAMALKAN SUPLEMEN UNTUK MENJAGA KESIHATAN RAMBUT DAN KULIT KEPALA ANDA...BAGAIMANA??
1- B COMPLEX SHAKLEE.
Salah satu nya jika diperhatikan, kekurangan vitamin B amat dititik
beratkan dalam masalah rambut beruban, Kenapa vitamin B, dan vitamin B
yg bagaimana diperlukan?? sila la pilih vitamin B yg mengandungi 8
vitamin yg lengkap dengan biotin. kenapa biotin? B7 (Biotin) sangat
berkait rapat dan penting untuk rambut. Biotin digunakan untuk
menghasilkan keratin dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga
berfungsi mengawal rambut beruban.
Akibat dari kekurangan Biotin :
- Rambut Gugur
- Rambut kering dan Kasar
- Rambut Kusam
Selain Biotin.. ada lagi 4 vitamin B di dalam B complex yg membantu dalam masalah rambut gugur dan Beruban.
- Vitamin B5 (Pantotenik)- Jika tidak mahu rambut beruban inilah nutrisinya selain untuk mengatasi rambut gugur.
- Vitamin B6 (Piridoksin)- Untuk mengelak rambut dari gugur dan penghasilkan melanin untuk elak rambut dari beruban.
- Vitamin B12 (kobalamin)- Mengatasi masalah rambut gugur.
- Vitamin B3 (Niasin)- Ia berguna untuk memperbaiki aliran darah pada kulit kepala.
- Membentuk kolagen - zink membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
- Mengurangkan masalah rambut gugur/uban sebelum waktunya.
3- ESP
- ESP mengandungi 9 ASID AMINO PENTING.
- Asid amino penting untuk membina otot, rambut, kuku, darah, organ, kulit dan lain-lain.
4- VITALEA - ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH
- Menyediakan asas nutrisi
- Memastikan sel hidup
- Pertumbuhan sel baru
INGINKAN INFO LANJUT BERKENAAN SUPLEMEN SHAKLEE...hubungi pengedar shaklee anda!!
W/A 0124453078
FB https://www.facebook.com/tinie.ojek