Diet Intermittent Fasting
Pernah dengar tak diet Intermittent Fasting atau orang sebut buat IF..diet IF ni salah satu cara untuk kita dapatkan berat badan ideal dan perbaiki masalah kesihatan yang lebih baik
Diet ini mengaplikasikan konsep berpuasa di mana pengamalnya akan berpuasa untuk berdasarkan jenis IF yang mereka amalkan.
Berikut merupakan antara kaedah untuk melakukan Intermittent Fasting ini.
- Kaedah 16/8: Pengamal perlu untuk berpuasa selama 16 jam dan meninggalkan sarapan pagi. Mereka mempunyai tempoh masa selama 8 jam untuk mengambil makanan selepas berpuasa.
- kaedah kedua kita boleh berpuasa selama 24 jam dalam kadar 1-2 kali seminggu.Jika anda tidak mampu untuk terus berpuasa selama 24 jam, mula lah dengan 14-16 jam terlebih dahulu dan dipertingkatkan kemudiannya mengikut keupayaan badan.
- pilihlah makanan yang tepat agar ianya dapat mempertahankan rasa kenyang yang lebih lama.
Sementara itu pula selepas berbuka puasa kita mestilah memilih makanan yang boleh menampung rasa kenyang seperti sumber protien, makanan yang mempunyai kadar serat yang tinggi, sumber lemak baik, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Apabila rasa kenyang anda mampu bertahan lama, ianya akan memudahkan proses dan cara diet Intermittent Fasting anda
Contoh2 menu berbuka untuk diet IF akan kakak kongsikan di artikel lain
Menurut kajian, antara kelebihan mengamalkan Intermittent Fasring adalah seperti berikut:
- Mengurangkan risiko kanser
- Meningkatkan kesihatan jantung
- Mengurangkan peratusan lemak dalam badan
- Mengurangkan selera makan dan menggalakkan penurunan berat badan
- Mengekalkan struktur otot dalam proses penguraian
- Memperbaiki kandungan gula dalam darah
- Meningkatkan fungsi kognitif
Tiada ulasan:
Catat Ulasan