https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif




https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif

Sabtu, 2 Januari 2016

TIPS AJAR ANAK GOSOK GIGI




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Ada tak ibu bapa yang bermasaalah dengan anak2 yang tak suka gosok gigi. macam2 alasan budak ni bagi kan...ade yang kata ubat gigi pedas la,tak suka bau la,sakit la..ade je jawapannya kan

Sebenarnya semua ni bermula dari  ibu bapa jugak..kita yang kena mainkan peranan penting ni...ok Cik Tin2 kongsikan tips2 ya
 

PANDUAN UNTUK IBU BAPA

1..Ibu bapa perkenalkan berus gigi sejak dari anak anda sudah tumbuh gigi..di farmasi ada dijual berus lembut yang diselit didalam djari...MUDAH sangat


2..Perkenalkan ubat gigi yang berperisa lagi baik perisa kegemaran apabila anak2 nda sudah pandai berkumur2


3..Bantu anak2 anda menggosok gigi dan adalah lebih baik gosok gigi bersama2 mereka

4..Kebanyakan ibu mengambil posisi di hadapan ketika mengajar anak-anak.Teknik ini sebenarnya      salah, untuk lebih berkesan ibu harus berada di belakang, sambil memegang tangan anak dan menunjukkan cara membersih lidah dan memberus gigi yang tepat.








5..Pilih berus gigi yang beraneka corak..adalah lebih baik biar anak2 anda yang memilih untuk berus gigi pilihan mereka..pilih berus mengikut tahap umur yang sesuai


6..Seawal usia dua setengah tahun, bawa anak berjumpa doktor gigi walaupun dia tidak berhadapan dengan masalah gigi.ini juga dapat memberi pendedahan awal agar mereka tidak takut dengan doktor gigi

                                                       kaklong tengah buat pemeriksaan gigi
                                                               azim pun periksa gigi jugak

                                                          ok pass gigi dua2 cantik bersih dan sihat


7..Ajar anak memilih snek yang kurang gula. Makanan yang manis elok diberi selepas waktu makan dan bukan antara waktu makan.JIka anak2 anda masih minum dari botol..PASTIKAN botol susu dikeluarkan dari mulut apabila mereka sudah tidur...dengan membiarkan botol didalam mulut adalah punca karies gigi dan terjadilah GIGI HITAM










                                                        cantik kan gigi kami semua

 Sampai disini dulu ,nanti Cik Tin2 kongsikan tips2 hebat lagi ya..semoga bermanfaat untuk semua


Kartni Dahalan
WA/sms 0124453078

Jumaat, 1 Januari 2016

BAGAIMANA MENDAPAT HIDUP LEBIH SIHAT

  KENAPA PERLU UNTUK HIDUP SIHAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera

kali ni Cik Tin2 nak kongsi kenapa kita perlukan hidup lebih sihat??? baru2 ni kita dikejutkan dengan banyak kematian mengejut ( yg kita tahu artis la sebab keluar kat media kan)..rata2 kebanyakkan meninggal akibat serangan jantung

Serangan jantung bukan penyakit senyap yer kawan2...kita boleh buat rutin pemeriksaan berkala atau tahunan ..ada banyakkkkk klinik2 kesihatan kerajaan atau swasta bagi yang mampu untuk kita check up, boleh cek Darah, ECG, urine.semua ni hanya perlu pemeriksaan ringkas sahaja

Sakit ni boleh dicegah,semua kena ambil berat ya pasal kesihatan diri masing2

Untuk bantuan lain kita boleh amalkan gaya hidup sihat contohnya


TIPS GAYA HIDUP SIHAT

8 Langkah Untuk Gaya Hidup Sihat

Minum Air Secukupnya
1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan
Diet yang Sihat
2.Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Jangan Merokok
3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.
Bersenam
4. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.
Tangani Stress
5. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.
Tidur Berkualiti
6. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.

Terapi Aromaterapi
7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.
Copyright to SIHAT BERSAMA TINIE
Designed by UMIESUEstudio 2015