Jangkitan telinga
- Bagaimanakah saya boleh tahu samada bayi saya mendapat jangkitan telinga?
- Berapa kerapkah jangkitan telinga berlaku?
- Apa yang menyebabkannya?
- Apakah yang akan menambahkan kebarangkalian anak saya mendapat jangkitan telinga?
- Adakah jangkitan telinga serius?
- Apakah ertinya jika saya ternampak nanah meleleh dari kanal telinga?
Bagaimanakah saya boleh tahu samada bayi saya mendapat jangkitan telinga?
Agak sukar untuk menentukannya, tetapi jika anak anda mempunyai batuk atau hidung meleleh dan tiga atau lima hari kemudiannya menjadi demam, ini mungkin disebabkan jangkitan telinga. Bayi mungkin juga menarik-narik telinga atau kelihatan resah. Jika dia bertatih, dia mungkin mengalami masalah imbangan dan berkelakuan lebih cemerkap daripada biasa.Menghisap dan menelan juga menyakitkan dia, jadi jika bayi anda menolakkan badannya daripada payudara atau botol setelah mula menyusu, seakan-akan dalam kesakitan, kunjungilah doktor anda.
Berapa kerapkah jangkitan telinga berlaku?
Jangkitan telinga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak pra-sekolah, terutama sekali di negeri yang mengalami cuaca dingin untuk beberapa bulan semasa musim sejuk.Apa yang menyebabkannya?
Masalah bermula dalam tiub Eustachia yang menghubung telinga tengah kepada bahagian belakang hidung dan tekak, dan membawa bakteria dari situ ke telinga tengah, apabila anda menguap atau menelan. Itu tidak menjadi masalah selagi tiub berfungsi dengan baik; tiub Eustachia yang sihat membolehkan bendalir menyalir keluar. Tetapi, jika tiub itu bengkak disebabkan selesema, alergi, atau jangkitan sinus, bendalir itu boleh terperangkap di telinga tengah.Pada ketika ini, apa jua bakteria atau virus yang hidup dalam cecair mempunyai persekitaran yang panas dan basah dalam mana boleh membiak; nanah terhasil, dan tekanan ke atas gendang telinga menyebabkan ianya membonjol dan meradang, satu kondisi yang diberi nama otitis media akut. Demam berlaku apabila badan anak anda cuba melawan infeksi itu.
Satu lagi sebab kanak-kanak mudah diserang jangkitan telinga ialah sebab tiub Eustachia mereka adalah pendek dan mendatar. Semasa anak anda membesar, panjang tiub itu akan bertambah tiga kali ganda daripada setengah inci/1.25 sentimeter kepada 1.5 inci/3.8 sentimeter. Ia juga akan menjadi lebih tegak, mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan.
Rawatan dengan antibiotik, lazimnya Amoxicillin, boleh menghapuskan kuman-kuman, tetapi bendalir itu akan mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk diserapkan kembali ke dalam badan. Kehadiran bendalir mungkin tidak memerlukan rawatan medikal, tetapi, jika anak anda mempunyai simptom jangkitan telinga seperti demam, panggillah doktor keluarga atau pakar pediatrik. Pengumpulan bendalir pekat yang berterusan dalam tiub Eustachia, dikenali sebagai "telinga bergam", juga memerlukan perhatian. Lihat artikel kami tentang merawat jangkitan telinga untuk maklumat lanjut.
Apakah yang akan menambahkan kebarangkalian anak saya mendapat jangkitan telinga?
Beberapa faktor boleh menambahkan risiko jangkitan telinga, termasuk:- membiarkan anak anda minum susu botol secara berbaring;
- menggunakan susu formula bukan susu ibu;
- mengguna puting;
- pendedahan kepada asap rokok;
- menghadiri sekolah mainan atau pusat asuhan kanak-kanak pada umur kurang dari satu tahun, sebab terdapat lebih banyak pendedahan kepada batuk dan selesema, yang boleh membawa kepada lebih banyak jangkitan telinga.
Adakah jangkitan telinga serius?
Memang boleh. Ianya boleh menyebabkan kesakitan yang teruk bagi kanak-kanak, kerisauan bagi ibubapa dan gangguan kepada kehidupan seharian. Jangkitan yang amat teruk atau tidak dirawat boleh menyebabkan gendang telinga pecah dan membanjiri kanal telinga. Walaupun ini jarang berlaku, adalah penting bagi anda meminta pakar pediatrik anda memeriksa telinga anak anda jika anda mengesyaki yang dia mempunyai jangkitan telinga atau jika simptom-simptom tidak reda dalam tiga hari, walaupun sudah dirawat ataupun belum.Jangkitan telinga yang berulang-ulang boleh membawa kepada kehilangan pendengaran, dan walaupun gendang telinga pulih dengan baik, jangkitan yang berulang boleh menyebabkan parut. Ini juga berlaku dalam sebilangan kecil kes, jadi adalah penting dihentikan jangkitan telinga ringan yang berulang-ulang supaya dapat mencegah sebarang kemungkinan kerosakan jangka panjang pendengaran anak anda.
Semasa bayi anda diserang jangkitan telinga, anda mungkin terpaksa berjaga semalaman dengan anak yang meraung, membuat beberapa perjalanan ke doktor dan farmasi untuk ubat, dan bimbang sama jangkitan telinga yang berulang itu akan mendatangkan kehilangan pendengaran. Semua ini akan membawa stres.
Apakah ertinya jika saya ternampak nanah meleleh dari kanal telinga?
Lelehan nanah atau cecair kuning berdarah bermakna sudah terdapat lubang kecil dalam gendang telinga anak anda, yang selalunya pulih dengan sendirinya dalam masa lebih kurang dua minggu. Namun begitu, hubungilah doktor anda.
TINIE 0124453078
Tiada ulasan:
Catat Ulasan