https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif




https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif

Selasa, 25 November 2014

RAWATAN RAMBUT SEMASA HAMIL

Adakah selamat mewarna, mengeriting atau meluruskan rambut semasa hamil?

Mungkin. Kita tidak tahu samada bahan kimia yang digunakan untuk mewarna, mengeriting atau meluruskan rambut benar-benar selamat diguna oleh ibu-ibu hamil. Ramai bakal ibu yang menunggu sehingga selepas trimester pertama sebelum melakukannya.

Pewarna rambut
Anda mungkin pernah mendengar bahawa sesetengah bahan kimia yang digunakan dalam pewarna rambut boleh menyebabkan kanser. Walau bagaimanapun, mulai awal 1980an, kebanyakan produk pewarna rambut tidak lagi menggunakan bahan kimia yang membahayakan ini, maka pewarna rambut pada hari ini dikatakan tidak lagi menyebabkan risiko kanser.

Namun kita tidak tahu mengenai penggunaan pewarna rambut semasa hamil. Satu kajian menyebut bahawa ia boleh menyebabkan bayi mendapat kanser neuroblastoma. Ini adalah sejenis kanser yang jarang berlaku. Ia berlaku pada kanak-kanak dengan menyerang sistem saraf dan tisu-tisu lain. Walau bagaimanapun, tiada kajian lain yang menyokong pendapat ini.

Ada kemungkinan bahawa sesetengah sebatian kimia dalam pewarna rambut boleh menyebabkan kecacatan pada bayi semasa lahir. Walau bagaimanapun, anda perlu menggunakannya dalam dos yang sangat tinggi untuk melihat kesannya. Kuantiti yang dikira membahayakan adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah yang biasa anda gunakan untuk mewarna rambuat setiap bulan atau setiap dua bulan.

Oleh itu, mewarna rambut anda tiga atau empat kali semasa hamil mungkin tidak membahayakan. Tambahan pula, jika anda menggunakannya dengan betul, bahan kimia dalam pewarna ini tidak akan terserap dengan banyak ke dalam badan.

Jika anda mewarna rambuat anda sendiri, ikuti arahan yang diberi dengan berhati-hati dan biarkannya selama jangka masa paling minimum yang diperlukan. Gunakan sarung tangan dan buatlah dalam bilik yang mempunyai penguradaan yang baik untuk mengurangkan pendedahan terhadap bahan kimia dalam produk tersebut.

Mungkin lebih baik jika anda serlahkan sebahagian sahaja rambut (highlight), cat atau warnakan hujung rambut sahaja berbanding mewarnakan keseluruhan rambut. Bahan kimia dalam pewarna rambut diserap oleh badan melalui kulit kepala, bukannya melalui rambut. Oleh itu, dengan mewarnakan sebahagian sahaja rambut, risiko terdedah kepada bahan kimia adalah kurang.

Satu lagi alternatif yang baik ialah menggunakan pewarna yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Tetapi periksalah bungkusannya. Sesetengah pewarna berasaskan tumbuh-tumbuhan mempunyai sebatian kimia yang sama dalam pewarna buatan. Pewarna berasaskan tumbuh-tumbuhan yang diyakini selamat untuk anda gunakan ialah inai asli. Inai ialah pewarna separa kekal yang boleh didapati dalam kepekatan warna yang berlainan.

Mengeriting dan meluruskan rambut
Kita tidak banyak tahu tentang tahap keselamatan menggunakan bahan kimia untuk mengeriting atau meluruskan rambut anda semasa hamil. Satu kajian menunjukkan bahawa penggunaan produk pelurusan rambut tidak meningkatkan risiko kelahiran pramatang atau melahirkan bayi yang kecil. Tetapi kajian tersebut tidak pula menyebut tentang kecacatan bayi semasa lahir.

Ada kemungkinan hanya sejumlah kecil daripada produk tersebut yang diserap melalui kulit kepala. Jika anda bercadang untuk mengeriting atau meluruskan rambut semasa hamil, buatlah sekali sahaja untuk mengelakkan risiko.

Ketika hamil, penting bagi anda merasa gembira dengan penampilan diri, maka fikirlah samada mewarna, mengeriting atau meluruskan rambut akan membuatkan anda gembira atau risau. Bacalah seksyen kecantikan untuk bakal-bakal ibu kami untuk mendapatkan cara-cara yang selamat menjaga kecantikan semasa hamil.

 
kredit baby center

PENDARAHAN SEMASA HAMIL

Apa itu pendarahan ringan dan adakah ia normal?

 

 

Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj. Ia serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit. Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat.

Adalah normal bagi anda merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama.

Anda lebih berkemungkinan untuk mengalami pendarahan ringan jika anda telah menjalani IVF atau rawatan lain yang serupa untuk membantu anda hamil. Ini mungkin disebabkan oleh cara bagaimana bayi anda disenyawakan. Dua embrio mungkin diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan.

Dalam kebanyakan kehamilan, pendarahan ringan tidak mendatangkan masalah dan dianggap sebagai "salah satu perkara biasa sahaja". Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Sebab itulah lebih baik bagi anda mengambil serius terhadap sebarang pendarahan semasa kehamilan dan mendapatkan pemeriksaan doktor.

Apakah punca utama pendarahan faraj semasa hamil?

Dalam fasa awal kehamilan, pendarahan dan pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan dan disebabkan oleh:
  • Hormon yang mengawal kitaran haid anda mencetuskan pendarahan apabila sampai waktu anda sepatutnya datang haid. Ini dipanggil pendarahan "penebusan" (breakthrough). Anda mungkin mengalaminya lebih daripada sekali, sekitar waktu anda biasanya datang haid semasa anda belum hamil.
  • Pelekatan telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus anda menyebabkan pendarahan. Ini dipanggil pendarahan implantasi. Jenis pendarahan ringan ini biasanya berlaku selama satu atau dua hari.

Apakah punca-punca lain yang boleh menyebabkan pendarahan faraj semasa hamil?

Mungkin ada perkara-perkara lain yang sedang berlaku dalam badan anda yang menyebabkan pendarahan ini:
  • Pintu masuk ke uterus anda iaitu serviks mungkin terengsa. Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks.
  • Anda mungkin mempunyai fibroid. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim. Jangan bimbang, fibroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
  • Mungkin terdapat ketumbuhan kecil pada serviks anda. Ini dipanggil polip serviks (cervical polyp) dan ia tidak membahayakan.
  • Anda mungkin mengalami jangkitan serviks atau jangkitan faraj.
  • Anda mungkin menghidap penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.

Malangnya, terdapat beberapa penyebab pendarahan lain semasa awal kehamilan yang merupakan berita buruk, iaitu keguguran dan kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim). Pendarahan jenis ini biasanya turut disertai dengan sakit perut dan kekejangan.

Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. Pendarahan daripada keguguran beransur-ansur menjadi banyak. Keguguran awal memang menyedihkan, tetapi malangnya, ia sangat biasa berlaku. Malah, sesetengah wanita mengalami keguguran sebelum mereka tahu bahawa mereka hamil dan menganggap mereka hanya datang haid.

Kehamilan ektopik pula berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Jika anda mengalami kehamilan ektopik, pendarahan mungkin berlaku tanpa henti dan darahnya berwarna gelap dan cair seperti jus prun. Kehamilan ektopik boleh membuatkan anda sakit teruk, oleh itu ia perlu ditamatkan segera.

Satu lagi punca pendarahan ialah kehamilan molar. Kehamilan molar menjejaskan 2.8 daripada 1,000 kehamilan di Malaysia. Kehamilan molar berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Untuk melindungi kesihatan anda, kehamilan molar perlu digugurkan dengan segera.

Kesemua penyebab pendarahan yang disebutkan di atas mempunyai kaitan dengan apa yang sedang berlaku dalam badan anda. Namun ada juga kemungkinan pukulan daripada luar perut anda mencetuskan pendarahan. Ia boleh disebabkan oleh jatuh, kemalangan jalan raya atau tumbukan secara langsung pada perut. (Ketahui lebih lanjut mengenai isu-isu melibatkan keganasan rumah tangga.)

Apa yang harus saya lakukan jika saya mengalami pendarahan faraj semasa hamil?

Hubungi doktor anda dengan segera untuk mendapatkan nasihat, walaupun pendarahan itu akhirnya berhenti. Anda mungkin perlu ke hospital dan berjumpa doktor untuk mengenal pasti sebab pendarahan tersebut.

Doktor anda mungkin akan membuat pemeriksaan dalam faraj untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik atau menasihatkan anda membuat imbasan ultrabunyi. Imbasan ultrabunyi boleh menunjukkan samada bayi anda berada dalam keadaan baik di dalam uterus atau berlakunya kehamilan ektopik. Pemeriksaan faraj dan imbasan ultrabunyi selamat untuk anda jalani dan tidak membahayakan kehamilan anda.

Doktor juga mungkin akan membuat beberapa ujian rutin. Darah dan air kencing anda mungkin diuji untuk melihat tahap hormon kehamilan anda. Ujian untuk memeriksa kumpulan darah dan status resus anda juga mungkin akan dijalankan.

Kebanyakan kita mempunyai darah yang berstatus resus positif. Jika darah anda adalah resus negatif, anda akan ditawarkan suntikan anti-D imunoglobin. Suntikan ini dapat menghalang badan anda daripada bertindak balas sekiranya bayi anda mempunyai resus positif dan darah anda berdua bercampur pada mana-mana tahap kehamilan.

Adakah bayi saya akan selamat?

Kemungkinan besar bayi anda akan selamat, kerana spotting atau pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Kebimbangan itu adalah normal, tetapi ketahuilah bahawa ramai wanita yang dapat meneruskan kehamilan dengan sihat walaupun berlaku masalah pendarahan awal.

Walaupun pendarahan kadang-kala adalah tanda awal keguguran, sekiranya ini berlaku, anda akan turut mengalami kekejangan perut dan pendarahan juga akan bertambah teruk. Spotting atau pendarahan ringan biasanya akan berhenti sendiri. Dikatakan bahawa separuh daripada bakal-bakal ibu yang meminta bantuan perubatan kerana pendarahan awal dapat meneruskan kehamilan dan bersalin tanpa sebarang masalah.

Jika anda mengalami spotting atau pendarahan semasa hamil, maklumkanlah kepada doktor anda, walaupun pendarahan itu berhenti sendiri. Sentiasalah berfikiran positif. Spotting atau pendarahan biasanya hanyalah satu misteri yang tidak membahayakan.


KREDIT BABY CENTER

Isnin, 24 November 2014

RAMBUT GUGUR

 RAMBUT MOMMY GUGUR SELEPAS BERSALIN????
*************************************************


Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara Perlu Mama Tahu :
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa mama perlu lakukan?

Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.


Anda juga boleh dapatkan produk2 selamat dari SHAKLEE...selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu...disisni saya kongsikan pengalaman2 mereka yang telah berjaya












jika anda berminat untuk cuba produk diatas...boleh hubungi saya

TINIE 0124453078
PERCUMA KONSULTANSI UNTUK ANDA!!

BERSOLEK

Tip-tip bersolek semasa hamil dan selepas bersalin

Wanita sedang bersolek
Kehamilan boleh menyerlahkan seri wajah anda, tetapi ia juga boleh memberi kesan yang berlainan terhadap kulit anda.

Tidak kira samada kulit anda menjadi berbintik-bintik, mudah mendapat jerawat, kering ataupun berminyak, anda tidak perlu membiarkannya sahaja. Ambillah masa untuk mengenakan alat solek setiap pagi. Anda mungkin rasa letih, kembang atau lewat ke tempat kerja, namun cara bersolek yang bijak hanya mengambil masa beberapa minit sahaja tetapi dapat menyerlahkan kejelitaan anda sepanjang hari.

Segarkan mata anda
Untuk mengurangkan bengkak dan lingkaran gelap pada mata akibat kekurangan tidur, sapukan sedikit krim mata di bawah mata anda sebelum menggunakan pelembap biasa anda. Kemudian, sapu sedikit concealer pada bahagian tersebut. Ini dapat menghilangkan rupa mengantuk dan membuatkan mata anda kelihatan bersinar.

Jika anda tidak dapat menyembunyikan kesemua bahagian gelap di bawah mata, jangan bimbang. Anda boleh ikuti dengan menggunakan blemish balm (krim BB) atau pelembap berona gelap untuk kesan tambahan.

Seri kehamilan di dalam tiub
Ketika hamil bukanlah masa yang sesuai untuk mengenakan bedak asas yang tebal. Ini kerana hormon-hormon kehamilan mungkin akan membuatkan kulit anda menjadi sensitif. Atau, anda mungkin mudah mendapat jerawat, jadi biarkanlah kulit anda bernafas sedikit.

Jika kulit anda mengalami banyak pigmentasi dan terdapat tompok-tompok gelap pada muka anda, pelembap berona gelap dapat mengatasinya. Pelembap jenis ini dapat menyekatakan tona kulit anda tanpa perlu memakai bedak asas.

Krim BB dan krim pembetulan warna (colour-correcting creams) atau krim CC adalah krim pelbagai guna yang boleh membuatkan kulit anda kelihatan sihat dan mencerahkan kulit anda serta-merta. Ia menyekatakan rona kulit dan tidak terasa tebal. Kebanyakan krim jenis ini juga mengandungi faktor perlindungan matahari (SPF) sekurang-kurangnya 15.

Ratakan krim ini pada muka dan leher anda selepas dibersihkan, dengan memberi lebih perhatian kepada kawasan yang bertompok-tompok. Buat sementara ini, anda mungkin mahu menggunakan warna yang berbeza sedikit daripada sebelum anda hamil, bergantung kepada sejauh mana kulit anda sudah berubah.

Wajah sihat serta-merta
Pemerah pipi ialah rakan anda, kini dan selepas kelahiran cahaya mata anda. Tiada produk lain sebaik pemerah pipi yang dapat menyerlahkan wajah, mencerahkan mata dan membuatkan orang lain berfikir bahawa anda mendapat tidur yang cukup.

Pilihlah pemerah pipi jenis krim atau cheek stain yang boleh juga digunakan sebagai pemerah bibir jika anda kesuntukan masa. Wajah anda akan kelihatan segar dengan sekelip mata dan kulit anda lebih bersinar. Sapukannya terus pada kulit, ataupun selepas mengenakan krim BB atau pelembap berona.

Pemerah pipi jenis serbuk dan stain biasanya sesuai untuk kulit normal dan bercampur, sementara jenis krim atau formulasi mousse dapat tahan lebih lama jika anda mempunyai kulit kering.

Colek sedikit pemerah pipi menggunakan jari anda, kemudian senyum dan sapukan dengan lembut pada tulang pipi anda. Ratakannya sehingga anda mendapat tahap warna yang anda suka. Selepas bersalin pula, anda mungkin mahu menggunakan warna yang lebih cerah daripada biasa.

Perang dan bertambah cantik
Alihkan perhatian daripada mata yang letih kepada warna perang yang mencerahkan wajah. Sapuan lembut pemerang yang menyerlahkan boleh menyerikan kulit walau sepucat mana pun.

Dengan menggunakan berus yang besar dan lembut, sapukan pemerang kulit pada tulang pipi, dahi dan dagu anda, serta sedikit pada hidung.

Sebelum menyapukannya, buangkan pemerang yang berlebihan pada berus kerana tujuan anda mengenakannya untuk menonjolkan solekan anda, bukannya menutup semua yang telah anda lakukan dengan baik.

Helah yang membuka mata
Walau bagaimana letih atau kembung anda rasa ketika ini, kehamilan membuatkan mata anda bersinar secara semula hadi. Anda hanya perlu menonjolkannya dengan mengenakan sedikit alat solek yang bijak dan mudah digunakan.

Segaris pensel mata yang dikenakan di atas garisan bulu mata dapat membantu membentuk mata anda. Pilihlah pensel yang tebal supaya anda tidak perlu terlalu berhati-hati, dan cubalah satu yang berkilau untuk kesan yang lebih.

Pewarna bulu mata dapat membentuk mata anda tanpa perlu mengenakan maskara. Namun, cubalah dahulu kerana kulit anda mungkin lebih sensitif daripada biasa ketika hamil. Atau, cubalah guna pelentik bulu mata untuk membuka mata yang letih dan menyerlahkan seri wajah anda serta-merta.

Pilihlah maskara hitam yang menyelaput bulu mata untuk membuatkan bulu mata anda kelihatan lebih panjang dan lentik, lantas menyerlahkan mata anda. Goyangkan kayu maskara dari tepi ke tepi ketika mengenakannya untuk memisah dan menyelaput setiap bulu mata.

Penyerlah bibir
Tiada yang lebih menyerikan wajah anda selain gincu bibir yang terang. Gincu bibir dengan formula tahan lama akan kekal hampir sepanjang hari tanpa perlu dikenakan semula.

Warna gincu yang sesuai boleh menyerikan wajah anda serta-merta. Pilihlah warna yang menonjolkan bentuk wajah dan menyerlahkan tona kulit semula jadi anda. Warna yang sesuai biasanya ialah yang satu atau dua tona lebih gelap daripada warna semula jadi bibir anda, tetapi jangan takut untuk mencuba warna merah untuk kelihatan sedikit glamor pada waktu siang.

Jika anda lebih suka penampilan yang lebih natural, pelembap bibir yang sedikit berwarna akan membuatkan anda kelihatan segar. Ia juga mudah dipakai tanpa menggunakan cermin.

Rawatan muka segera
Untuk mendapatkan kulit yang segar dengan segera, cubalah semburan muka tidak berbau. Ini akan membantu mengurangkan sembap, melegakan kulit yang sensitif dan menyegarkan solekan anda.

Tutup mata dan semburkannya kira-kira 25cm (10 inci) jauh daripada muka anda.

Bawalah satu botol kecil semburan ini dalam beg anda supaya anda boleh mengembalikan kesegaran wajah anda apabila perlu. Bawalah juga ketika bercuti dan simpan di dalam peti sejuk untuk menyegarkan muka anda dalam cuaca panas.

KREDIT BABY CENTER

TIDUR YANG SELESA SEMASA HAMIL

Cara tidur yang selesa


Mengapakah saya tidak dapat tidur dengan selesa?

Salah satu cabaran besar semasa hamil ialah mendapatkan posisi tidur yang selesa, terutamanya jika anda biasa tidur meniarap atau menelentang. Kedua-dua posisi ini mendatangkan masalah semasa hamil. Pada trimester pertama, payudara anda yang membengkak mungkin menyebabkan sukar bagi anda tidur meniarap, dan apabila perut anda semakin membesar, tidur meniarap akan menjadi sungguh tidak selesa.

Tidur menelentang meletakkan berat uterus anda sepenuhnya pada bahagian belakang, usus kecil dan vena kava inferior (salur darah yang membawa darah daripada bahagian bawah badan ke jantung). Berbaring menelentang juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat sakit belakang dan buasir, masalah penghadaman, pernafasan dan pengaliran darah, malah tekanan darah rendah.

Apakah yang boleh saya buat mengenainya?

Semasa dalam trimester pertama, berlatihlah tidur mengiring ke kiri. Tidur dalam posisi ini memberi manfaat kepada bayi anda kerana ia memaksimakan pengaliran darah dan nutrien ke plasenta. Ia juga membantu buah pinggang anda mengkumuhkan bahan buangan dan cecair daripada badan anda dengan lebih efisien, lantas mengurangkan bengkak di buku lali, tapak kaki dan tangan.

Cuba tidur mengiring ke sebelah kiri dengan memeluk bantal yang diletakkan di celah kaki anda. (Kembali semula ke posisi ini jika anda terjaga di tengah malam dan mendapati anda dalam keadaan meniarap atau menelentang.) Anda boleh beli beberapa bantal khas untuk ibu mengandung, walaupun bantal biasa juga boleh digunakan. Susun bantal di celah kaki, di bawah perut, dan di belakang badan untuk lebih keselesaan dan sokongan tambahan. Dalam trimester ketiga, anda mungkin mendapati bahawa memakai coli khas untuk tidur dan tali pinggang materniti dapat memberi sokongan tambahan dan membuat anda lebih selesa.

Akhir sekali, jika baring mengiring memberi banyak tekanan kepada paha anda, belilah pelapik tilam yang lembut. Letakkannya di atas tilam, di bawah cadar untuk kelesaan dan peredaran udara tambahan. Pelapik ini boleh didapati dalam pelbagai saiz di kebanyakan pasaraya besar.








KREDIT..BABY CENTER

Ahad, 23 November 2014

JANGKITAN TELINGA PADA ANAK

Jangkitan telinga

Bagaimanakah saya boleh tahu samada bayi saya mendapat jangkitan telinga?

Agak sukar untuk menentukannya, tetapi jika anak anda mempunyai batuk atau hidung meleleh dan tiga atau lima hari kemudiannya menjadi demam, ini mungkin disebabkan jangkitan telinga. Bayi mungkin juga menarik-narik telinga atau kelihatan resah. Jika dia bertatih, dia mungkin mengalami masalah imbangan dan berkelakuan lebih cemerkap daripada biasa.

Menghisap dan menelan juga menyakitkan dia, jadi jika bayi anda menolakkan badannya daripada payudara atau botol setelah mula menyusu, seakan-akan dalam kesakitan, kunjungilah doktor anda.

Berapa kerapkah jangkitan telinga berlaku?

Jangkitan telinga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak pra-sekolah, terutama sekali di negeri yang mengalami cuaca dingin untuk beberapa bulan semasa musim sejuk.

Apa yang menyebabkannya?

Masalah bermula dalam tiub Eustachia yang menghubung telinga tengah kepada bahagian belakang hidung dan tekak, dan membawa bakteria dari situ ke telinga tengah, apabila anda menguap atau menelan. Itu tidak menjadi masalah selagi tiub berfungsi dengan baik; tiub Eustachia yang sihat membolehkan bendalir menyalir keluar. Tetapi, jika tiub itu bengkak disebabkan selesema, alergi, atau jangkitan sinus, bendalir itu boleh terperangkap di telinga tengah.

Pada ketika ini, apa jua bakteria atau virus yang hidup dalam cecair mempunyai persekitaran yang panas dan basah dalam mana boleh membiak; nanah terhasil, dan tekanan ke atas gendang telinga menyebabkan ianya membonjol dan meradang, satu kondisi yang diberi nama otitis media akut. Demam berlaku apabila badan anak anda cuba melawan infeksi itu.

Satu lagi sebab kanak-kanak mudah diserang jangkitan telinga ialah sebab tiub Eustachia mereka adalah pendek dan mendatar. Semasa anak anda membesar, panjang tiub itu akan bertambah tiga kali ganda daripada setengah inci/1.25 sentimeter kepada 1.5 inci/3.8 sentimeter. Ia juga akan menjadi lebih tegak, mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan.

Rawatan dengan antibiotik, lazimnya Amoxicillin, boleh menghapuskan kuman-kuman, tetapi bendalir itu akan mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk diserapkan kembali ke dalam badan. Kehadiran bendalir mungkin tidak memerlukan rawatan medikal, tetapi, jika anak anda mempunyai simptom jangkitan telinga seperti demam, panggillah doktor keluarga atau pakar pediatrik. Pengumpulan bendalir pekat yang berterusan dalam tiub Eustachia, dikenali sebagai "telinga bergam", juga memerlukan perhatian. Lihat artikel kami tentang merawat jangkitan telinga untuk maklumat lanjut.

Apakah yang akan menambahkan kebarangkalian anak saya mendapat jangkitan telinga?

Beberapa faktor boleh menambahkan risiko jangkitan telinga, termasuk:
  • membiarkan anak anda minum susu botol secara berbaring;
  • menggunakan susu formula bukan susu ibu;
  • mengguna puting;
  • pendedahan kepada asap rokok;
  • menghadiri sekolah mainan atau pusat asuhan kanak-kanak pada umur kurang dari satu tahun, sebab terdapat lebih banyak pendedahan kepada batuk dan selesema, yang boleh membawa kepada lebih banyak jangkitan telinga.

Adakah jangkitan telinga serius?

Memang boleh. Ianya boleh menyebabkan kesakitan yang teruk bagi kanak-kanak, kerisauan bagi ibubapa dan gangguan kepada kehidupan seharian. Jangkitan yang amat teruk atau tidak dirawat boleh menyebabkan gendang telinga pecah dan membanjiri kanal telinga. Walaupun ini jarang berlaku, adalah penting bagi anda meminta pakar pediatrik anda memeriksa telinga anak anda jika anda mengesyaki yang dia mempunyai jangkitan telinga atau jika simptom-simptom tidak reda dalam tiga hari, walaupun sudah dirawat ataupun belum.

Jangkitan telinga yang berulang-ulang boleh membawa kepada kehilangan pendengaran, dan walaupun gendang telinga pulih dengan baik, jangkitan yang berulang boleh menyebabkan parut. Ini juga berlaku dalam sebilangan kecil kes, jadi adalah penting dihentikan jangkitan telinga ringan yang berulang-ulang supaya dapat mencegah sebarang kemungkinan kerosakan jangka panjang pendengaran anak anda.

Semasa bayi anda diserang jangkitan telinga, anda mungkin terpaksa berjaga semalaman dengan anak yang meraung, membuat beberapa perjalanan ke doktor dan farmasi untuk ubat, dan bimbang sama jangkitan telinga yang berulang itu akan mendatangkan kehilangan pendengaran. Semua ini akan membawa stres.

Apakah ertinya jika saya ternampak nanah meleleh dari kanal telinga?

Lelehan nanah atau cecair kuning berdarah bermakna sudah terdapat lubang kecil dalam gendang telinga anak anda, yang selalunya pulih dengan sendirinya dalam masa lebih kurang dua minggu. Namun begitu, hubungilah doktor anda.


TINIE 0124453078

KREDIT ..BABY CENTER

ANEMIA DAN KEHAMILAN

Anemia pada Kehamilan


Pada saat sedang hamil, seorang calon ibu sering mengalami anemia. Ketika ia mengalami anemia, darah sang ibu tidak memiliki cukup sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen ke jaringan.

Selama kehamilan, tubuh memproduksi lebih banyak darah untuk menopang pertumbuhan bayi. Jika tidak mendapatkan cukup zat besi atau zat gizi lain tertentu, tubuh mungkin tidak mampu menghasilkan jumlah sel darah merah yang dibutuhkan untuk membuat tambahan darah.


Adalah normal bagi ibu hamil menderita anemia ringan dalam kehamilannya. Tapi beberapa orang mungkin mengalami anemia yang lebih serius akibat dari rendahnya kadar zat besi atau vitamin atau dari alasan lainnya.

Anemia dapat membuat ibu merasa lelah dan lemah. Jika anemia terjadi secara signifikan dan tidak diubati, ia dapat meningkatkan risiko komplikasi serius, seperti kelahiran prematur.

Berikut akan dipaparkan mengenai apa yang perlu kita ketahui tentang penyebab, gejala, dan pengobatan anemia selama kehamilan:

Jenis Anemia Selama Kehamilan


Beberapa jenis anemia dapat terjadi selama kehamilan, diantaranya adalah:
  • Anemia defisiensi zat besi
  • Anemia defisiensi folat
  • Anemia defisiensi Vitamin B12


Anemia defisiensi zat besi.

Anemia jenis ini terjadi ketika tubuh tidak memiliki cukup zat besi untuk menghasilkan hemoglobin dalam jumlah yang cukup. Hemoglobin merupakan salahsatu protein dalam sel darah merah, dan ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh.
Dalam anemia defisiensi zat besi, darah tidak dapat membawa oksigen yang cukup untuk seluruh jaringan tubuh.
Kekurangan zat besi adalah penyebab paling umum dari anemia pada kehamilan.

Anemia defisiensi folat.

Folat, biasa juga disebut asam folat, termasuk dalam kelompok vitamin B. Tubuh membutuhkan folat untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuk sel darah merah yang sehat.
Selama kehamilan, wanita perlu folat tambahan. Tapi kadang-kadang mereka tidak mendapatkan cukup dari makanannya. Ketika itu terjadi, tubuh tidak dapat membuat sel-sel darah merah yang normal yang cukup untuk mengangkut oksigen ke seluruh jaringan tubuh.
Kekurangan folat boleh menyebabkan  beberapa jenis cacat lahir.

Anemia defisiensi vitamin B12.

Tubuh memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Ketika seorang wanita hamil tidak mendapatkan cukup vitamin B12 dari makanan, tubuhnya tidak dapat memproduksi cukup sel darah merah yang sihat. Wanita yang tidak makan daging, produk susu, dan telur memiliki risiko lebih besar terkena kekurangan vitamin B12, yang dapat megakibatkan untuk cacat lahir.
Kehilangan darah selama dan setelah melahirkan juga dapat menyebabkan anemia.

Faktor Risiko Anemia pada Kehamilan


Semua wanita hamil berisiko untuk menderita anemia, kerana mereka memerlukan lebih banyak folat dan zat besi dari biasanya. Tapi risiko akan lebih tinggi dalam situasi berikut:


  • Hamil dengan lebih dari satu anak (kembar)
  • Dua kehamilan berdekatan
  • Muntah banyak kerana morning sickness
  • Kehamilan remaja
  • Tidak makan cukup makanan yang kaya zat besi
  • Mengalami masa berat sebelum hamil

Gejala Anemia Selama Kehamilan


Gejala yang paling umum dari anemia selama kehamilan adalah:
  • Kulit, bibir, dan kuku pucat
  • Merasa lelah atau lemah
  • Pusing
  • Sesak nafas
  • kadar jantung yang cepat
Pada tahap awal, anemia mungkin tidak memiliki gejala yang jelas. Dan banyak diantara gejala yang dirasakan sering terjadi di masa kehamilan. Jadi, pastikan ibu hamil untuk mendapatkan tes darah rutin ketika melakukan pemeriksaan kehamilan, agar anemia dapat dikesan seawal mungkin


Risiko Anemia pada Kehamilan


Anemia kekurangan zat besi yang parah atau tidak diubati selama kehamilan dapat meningkatkan risiko:
  • Bayi prematur atau berat lahir rendah
  • Transfusi darah (jika kehilangan sejumlah besar darah selama persalinan)
  • Depresi pasca melahirkan
Defisiensi folat yang tidak diobati dapat meningkatkan risiko:
  • Bayi prematur atau berat lahir rendah
  • Bayi dengan cacat lahir yang serius pada tulang belakang atau otak (neural tube defects)
Yang tidak diubati kekurangan vitamin B12 juga dapat meningkatkan risiko melahirkan bayi dengan cacat saraf (neural tube defects).

Pemeriksaan untuk Anemia


Selama pemeriksaan kehamilan yang pertama, ibu akan mendapatkan pemeriksaan darah yang dapat membantu doktor memeriksa apakah ia mengalami anemia atau tidak. Pemeriksaan darah biasanya meliputi:
  • Pemeriksaan Hemoglobin. Pemeriksaan ini bertujuan mengukur jumlah hemoglobin - protein kaya zat besi dalam sel darah merah yang membawa oksigen dari paru ke jaringan tubuh.
  • Pemeriksaan Hematokrit. Pemeriksaan ini mengukur tahap sel darah merah dalam sampel darah.
Jika ibu hamil memiliki kadar hemoglobin atau hematokrit lebih rendah dari tingkat normal, ia mungkin mengalami anemia kekurangan zat besi. Doktor juga mungkin akan memeriksa darah lainnya untuk menentukan apakah ia mengalami anemia karena kekurangan zat besi atau penyebab lain.

Bahkan jika seorang ibu hamil tidak menderita anemia pada awal kehamilan, doktor kemungkinan besar akan tetap menyarankan untuk melakukan pemeriksaan darah pada trimester kedua atau ketiga untuk mengesan anemia di tahap kehamilan selanjutnya.

Pengobatan Anemia


Jika seorang ibu hamil mengalami anemia selama kehamilannya, ia mungkin perlu untuk mulai menambil suplemen zat besi dan/atau suplemen folat di samping vitamin prenatal lainnya. Doktor mungkin juga akan menyarankan untuk menambahkan lebih banyak makanan yang tinggi asam folat dan zat besi dalam makanannya.



Selain itu,  ibu akan diminta untuk kembali melakukan pemeriksaan darah setelah jangka waktu tertentu sehingga doktor  dapat memeriksa bahawa hemoglobin dan kadar hematokrit menaik.

Untuk mengobati kekurangan vitamin B12, dokter atau bidan mungkin menyarankan agar mengonsumsi suplemen vitamin B12.

Doktor mungkin juga menyarankan untuk menyertakan lebih makan dalam makanan, seperti:
  • Daging
  • Telur
  • Produk susu

Pencegahan Anemia pada Kehamilan


Untuk mencegah anemia selama kehamilan, pastikan wanita hamil mendapatkan cukup zat besi. Makan makanan yang seimbang dan tambahkan lebih banyak makanan yang tinggi zat besi ke dalam makanan.



Targetkan setidaknya tiga portion  sehari makanan kaya zat besi, seperti:
  • Daging merah, unggas, dan ikan
  • Sayuran berdaun hijau gelap (seperti bayam, brokoli,)
  • Sereal yang diperkaya zat besi dan biji-bijian
  • Kacang-kacangan,  dan tauhu
  • Kacang-kacangan dan biji-bijian
  • Telur
Makanan yang tinggi vitamin C dapat membantu tubuh menyerap lebih banyak zat besi. Makanan tersebut termasuk:
  • Buah dan jus
  • Strawberi
  • Kiwi
  • Tomato
  • Paprika
untuk lebih memudahkan ibu2..makanan tambahan berupa suplemen iron adalah disarankan cuba 1 @2 tablet VITALEA diperlukan sehari...ramai ibu2 yang berjaya mengatasi masalah anemia ini




BERMINAT UNTUK KETAHUI INFO LANJUT TENTANG VITAMIN SHAKLEE 
BOLEH HUBUNGI SAYA DI

TINIE 0124453078


KREDIT..info.kes.com

SOLAT DHUHA






Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

kredit..shafiqolbu

MABUK HAMIL

Bolehkah mabuk hamil menjejaskan bayi saya?

Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi anda selagi anda mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada makanan yang dimakan, dan minum banyak cecair.

Rasa loya ialah tanda bahawa hormon kehamilan berada pada tahap yang cukup tinggi untuk meneruskan kehamilan. Wanita yang mengalami mabuk hamil didapati kurang berkemungkinan mengalami keguguran berbanding mereka yang tidak mengalaminya. Tetapi ini bukanlah bermaksud bahawa jika anda tidak rasa loya, kehamilan anda tidak sihat.

Makan makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu. Bayi anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan apabila anda berasa lebih sihat.

Pilihan makanan anda mungkin ganjil untuk seketika. Mungkin selama sebulan anda hanya mampu menelan nasi putih dan air sahaja, tetapi cuba jangan bimbang tentang ini. Anda mempunyai banyak masa untuk makan secara sihat selepas mabuk hamil ini reda.

Hati anda menyimpan banyak nutrien yang bayi anda perlukan untuk membesar secara normal, jadi tidak kisahlah jika anda tidak banyak makan. Pelan makanan trimester ke trimester kami dapat membantu anda mendapatkan nutrien yang anda perlukan sepanjang kehamilan.

Namun begitu, anda perlu mengambil asid folik kerana ia adalah nutrien yang penting dalam trimester pertama. Ambillah 400mcg asid folik sehari kerana ini akan membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi berkembang dengan baik. Anda juga boleh mengambil multivitamin kehamilan. Salah satu kebaikan multivitamin ini ialah anda hanya perlu menelan satu tablet sahaja untuk mendapatkan nutrien yang badan anda perlukan. Ini sangat baik jika anda sering memuntahkan makanan yang ditelan.

Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah dan berat badan anda turun, anda boleh mengalami nyahhidrat. Oleh itu, penting bagi anda menghubungi doktor dengan segera. Ada banyak rawatan yang boleh dilakukan di rumah. Jika rawatan di rumah tidak berkesan, anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk mengawal mabuk hamil anda dan untuk meningkatkan pengambilan cecair dan nutrien melalui drip.




Mengapakah saya mabuk-mabuk?

Walaupun kenyataan ini tidak membantu anda, mabuk hamil merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi.

Punca sebenar mabuk hamil tidak diketahui, tetapi ia dikatakan berkaitan dengan hormon human chorionic gonadotrophin (hCG) dan estrogen. Hormon tiroid thyroxine juga mungkin mempunyai peranan.

Di antara penyebab biasa mabuk hamil adalah:
  • Jika anda mengandungkan kembar dua atau tiga, tahap hormon kehamilan anda lebih tinggi, justeru mabuk anda adalah lebih teruk.
  • Jika anda biasa mengalami mabuk perjalanan, anda mungkin lebih berkemungkinan mabuk lebih teruk ketika hamil. Ini kerana mabuk hamil mungkin berkaitan dengan kecelaruan dalam mekanisma keseimbangan dalam telinga dalam anda.
  • Jika anda sudahpun mengalami jangkitan gastro-intestin yang disebabkan oleh bakteria helicobacter pylori, ini mungkin menyebabkan sakit perut, ulser dan refluks asid. Masalah ini boleh dikenal pasti melalui ujian najis atau ujian darah, dan ianya mudah dirawat menggunakan antibiotik yang selamat diambil semasa hamil.
  • Jika anda letih dan lapar, loya anda akan jadi lebih teruk.
  • Satu teori menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan loya ialah satu kaedah perlindungan. Ini membuatkan anda kurang berkemungkinan mendedahkan diri kepada sesuatu yang tidak selamat dimakan atau toksin-toksin yang berbahaya.
Biar apapun sebabnya, diserang mabuk hamil yang tak terkawal mungkin adalah satu kejutan bagi wanita yang sebelum ini adalah sihat. Tiada seorang pun mengetahui apakah sebabnya sesetengah wanita menghidapnya dan yang lain terselamat. Melihat kawan-kawan lain yang hamil sihat "berseri-seri", seakan-akan tidak adil. Namun ingatlah bahawa tiada sebarang perlakuan anda yang menyebabkan simptom ini.

Sesetengah doktor masih percaya bahawa mabuk hamil adalah suatu keadaan psikologi yang diakibatkan oleh stres atau perasaan negatif mengenai kehamilan. Namun tidak ramai yang percayakan teori ini. Kebanyakan orang percaya bahawa mabuk hamil itu sendirilah yang menyebabkan stres, bukan sebaliknya.




Berapa lamakah mabuk hamil ini akan berlangsung?

Mabuk hamil biasanya bermula pada sekitar lima atau enam minggu kehamilan dan berkurangan di antara minggu ke-14 dan ke-16. Tetapi anda mungkin dapati pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah berterusan sehingga minggu ke-20, malah sepanjang keseluruhan kehamilan. Nasib baiklah perkara ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda telah mendapatkan bantuan dari awal.

Jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau jika anda merasa loya dan muntah-muntah buat pertama kali setelah hamil sembilan minggu, berjumpalah dengan doktor anda. Simptom-simptom tersebut mungkin menunjukkan masalah lain dan bukannya mabuk hamil biasa.


Apa yang saya perlu lakukan untuk membantu diri saya?

Sudah pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan – atau sekurang-kurangnya meminimumkan – loya anda juga boleh:
  • Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
  • Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
  • Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
  • Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.
  • Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
  • Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.
  • Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.
  • Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.
  • Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.
  • Cuba terapi semula jadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
  • Beritahu seseorang. Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan 







CADANGAN SET KEHAMILAN SHAKLEE




ANDA JUGA BOLEH DAPATKAN PERCUMA KONSULTANSI BERKENAAN MABUK HAMIL  DENGAN MENGHUBUNGI SAYA

TINIE 0124453078
 FB  https://www.facebook.com/tinie.ojek

Copyright to SIHAT BERSAMA TINIE
Designed by UMIESUEstudio 2015