https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif
Khamis, 4 Disember 2014
JATUH CINTA BERSAMA SHAKLEE
KISAH JATUH CINTA SAYA BERSAMA SHAKLEE
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nama saya noor kartini binti mohd dahalan
Umur 31
Anak 2
Kerjaya jururawat
Rank sekarang Sr Supervisor
Nama saya noor kartini binti mohd dahalan
Umur 31
Anak 2
Kerjaya jururawat
Rank sekarang Sr Supervisor
Kisah jatuh cinta saya bersama shaklee - Dari RM70 ke RM7,000
*******************************************************
Saya mula2 terjebak dengan shaklee bermula selepas bersalinkan azim ada april 2011...beli set trial menyusu...susu bukan xde...byk jgk tapi badan cepat letih...alhamdulillah slps consume Shaklee wooow..jadi supermak terus...susu mencurah2...berjaya susukan azim sampai 2 thn lebih

Tapi sy x join member lagi...baru jatuh cinta je...berkat sedekah
alfatihah kak eha hari2 akhirnya ogos 2012 baru terjebak dgn
shaklee...lama oo baru nk terjebak....tapi rasa menyesal jgk...apasal la
kak.eha ni x racun je aku awal2...tidak laju dak bonus ceq ni...hahah
Tapi syukur sangat....dari x ado...bulan pertama kedua dan ketiga saya
sharing pasal shaklee hanya family yg ambik...pastu kawan2 tempat
kerja...gembira sangat...ade sambutan...best rupanya buat shaklee ni...beli untuk makan sendiri pun boleh dapat bonus...uishhh sapa x nak...
Dugaan2 kecil nk berjaya byk saya tempuh...nk tembus call branch punya
la susah dulu2 kan xde sistem on9...nak order by phone,fax,atau
email...berat sungguh rasa...siapa yg hati x cekal mmg boleh
lari...berjam2 dail no branch nk call.order....semua branch saya
tekan...janji dpt tembus...azabnya rasa...tp mak shaklee saya mmg
pembakar semangat....hari2 bg kata2 positif pada sy...xpenah pun sekali
dia rendah2kan semangat saya...walaupun banyak gak cukai ngan mak tapi
mak senyum je...."mak ok je" ...seram.ooo bila mak ckp.gitu....bila mak
cakap gitu mesti ade yg aku buat x kena ni....x leh jadi ni...mesti buat
mak bangga...mesti buat mak sayang...Mak kami ni kalau zass...tak de
kesian dah do or die.....hangpa x ambik hgpa rugi
Salah satu push factor untuk saya berjaya dengan shaklee ni sy x nak lagi husben saya keja bawak teksi LIMO tu...kadang2
sedih orr hati.saya tgk.dia keja...keluar awal2 pagi...balik rumah
pkl.12 mlm ...kadang2 melarat sampi 1,2 pagi...pastu esk pagi keluar
keja balik...hati isteri ni mana x risau keja mcm tu...saya x nk En Ojek
keja teruk2 dah....saya nak dia bwk teksi tu sekadar hobi je...suke2
bila nk keje...jadi pemandu peribadi saya aci kot...
Sampai kadang2 xda masa untuk anak2..
Sampai kadang2 xda masa untuk anak2..
Saya akui..gaji misi mcm sy mmg x penah ckp...byk potongan dlm payslip..9
thn keja misi...gaji rm 2k ...ermmmm(sedih la.jugak)...tp selepas
terjebak dgn shaklee...Ya Allah..memang terasa manisnya...macm mak eha
kata..sampai lupa bila gaji gomen.....bersyukur sbb ditemukan dengan mak yg hebat..serta anak cucu shaklee yg juga hebat dan SUPERSTAR
Mcm pepatah yg sinonim dengan shaklee
From Zero To Hero
From rm 74.00 (BONUS PERTAMA)...alhamdulillah sekarang RM 7900.00
From Zero To Hero
From rm 74.00 (BONUS PERTAMA)...alhamdulillah sekarang RM 7900.00
Masih ada beberapa anak tangga lagi untuk saya daki...Walau
diejek,dicemuh,direjek, saya tetap bersama shaklee....adat org la x
boleh tgk org senang...tapi sy tanamkan niat untuk buktikan pada mereka2
ni saya HEBAT dan saya boleh buat
Jika saya boleh buat..bermakna anda juga boleh buat....kita punya hari
yang sama...jam yang sama....tidak ada lebih dan kurang....jangan
jadikan ianya alasan untuk anda
Saya doakan semua yang ingin berjaya pasti boleh..asalkan niat dan diri kita yakin kita BOLEH..
Jom join keluarga shaklee saya
Salam sayang
Misi Tinie
Misi Tinie
Isnin, 1 Disember 2014
VITAMIN C SEMASA HAMIL
KEPENTINGAN VITAMIN C SEMASA HAMIL
Ibu & bayi amat memerlukan vitamin ini setiap hari - ia adalah untuk pembentukan kolagen, struktur protein yang merupakan komponen tulang rawan, tendon, tulang, & kulit. Berdasarkan kajian, bagi sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C dalam bayi yang baru lahir boleh menjejaskan pembangunan mental.
Vitamin C juga membantu badan ibu menyerap zat besi. Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C dalam setiap hidangan agar ibu dapat keperluan vitamin C secukupnye @ ibu2 juge boleh mengamalkan pengambilan vitamin C dalam bentuk suplemen.
Ibu hamil : sekurang-kurangnya 85 miligram (mg ) vitamin C sehari
Ibu hamil berusia 18 atau lebih muda : 80 mg
Ibu menyusu : 120 mg
Ibu menyusu berusia 18 tahun atau lebih muda : 115 mg
Ibu tidak perlu untuk mendapatkan vitamin C dalam jumlah yang disyorkan seperti di atas setiap hari. Ia hanyalah anggaran purata sepanjang beberapa hari atau beberapa minggu.
Sumber makanan seperti buah-buahan sitrus sangat tinggi dalam vitamin C, tetapi sayur-sayuran hijau, buah-buahan lain & sayur-sayuran adalah sumber yang sangat baik. Kepanasan boleh memusnahkan vitamin C ketika memasak. Oleh itu adalah lebih baik untuk memilih vitamin C dari sumber makanan yang segar. Sesetengah bijirin dan jus juge diperkaya dengan vitamin C, makanan yang menyediakan vitamin C termasuk:
8 auns jus oren : 124 mg
8 auns jus limau gedang : 94 mg
1 kiwi : 70 mg
1/2 cawan hirisan lada loceng mentah yg manis : 59 mg
1/2 cawan strawberi dihiris : 49 mg
1/2 cawan brokoli rebus : 51 mg
1/2 limau sederhana ( merah jambu, merah, atau putih) : 44 mg
1/2 cawan betik kiub : 43 mg
1/2 cawan tembikai 29 mg
1/2 kubis rebus : 28 mg
1/2 cawan mangga mentah: 23 mg
1/2 cawan keledek lecek : 21 mg
1 kentang bakar , dengan kulit: 20 mg
1/2 cawan sayur-sayuran rebus : 18 mg
1/2 cawan raspberi : 16 mg
1/2 cawan tomato ceri : 10 mg
Perlukah ibu2 mengambil suplemen vitamin C? Tidak perlu sebenarnye. Paling mudah & paling selamat adalah dengan mendapatkannya daripada diet pemakanan harian kite. Ibu hanya perlukan segelas perahan segar jus oren setiap kali bersarapan.
AKAN TETAPI, sekiranye ibu2 sukar menyediakan keperluan vitamin C di dalam diet seharian, ibu2 boleh mengamalakan vitamin C semulajadi dari Shaklee & yang bebas dari bahan kimia &
Walaupun beberapa kajian menunjukkan bahawa vitamin C tambahan boleh mengurangkan kadar PROM ( pecah pramatang membran ), terdapat beberapa kebimbangan bahawa mengambil vitamin C tambahan semasa hamil boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang. Terdapat juga laporan - walaupun jarang - skurvi (kekurangan teruk vitamin C) pada bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mengambil vitamin C tambahan ketika mengandung. Jika ibu2 bimbang tentang pengambilan vitamin C ini, ibu2 boleh dapatkan khidmat konsultasi sepenuhnye dari saya @ boleh rujuk terus kepada doktor.
kredit vitaminorganik.com
TINIE 0124453078
FB https://www.facebook.com/tinie.ojek

Berapa banyak vitamin C yang ibu perlukan???

VITAMIN C SHAKLEE
kHASIAT VITAMIN C SHAKLEE
KREDIT MAMAFAIZ.COM
Vitamin C atau Asid Askorbik
amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin
C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?
- Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
- Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
- Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
- Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
- Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
- Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya
memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan
sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida
yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang
berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
- Kandungan Vitamin C yang tinggi.
- Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
- Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *
TESTIMONI MEREKA BERJAYA
BERMINAT UNTUK CUBA
HUBUNGI TINIE 0124453078
FB https://www.facebook.com/tinie.ojek
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
Selasa, 25 November 2014
RAWATAN RAMBUT SEMASA HAMIL
Adakah selamat mewarna, mengeriting atau meluruskan rambut semasa hamil?
Mungkin. Kita tidak tahu samada bahan kimia yang digunakan untuk
mewarna, mengeriting atau meluruskan rambut benar-benar selamat diguna
oleh ibu-ibu hamil. Ramai bakal ibu yang menunggu sehingga selepas
trimester pertama sebelum melakukannya.
Pewarna rambut
Anda mungkin pernah mendengar bahawa sesetengah bahan kimia yang digunakan dalam pewarna rambut boleh menyebabkan kanser. Walau bagaimanapun, mulai awal 1980an, kebanyakan produk pewarna rambut tidak lagi menggunakan bahan kimia yang membahayakan ini, maka pewarna rambut pada hari ini dikatakan tidak lagi menyebabkan risiko kanser.
Namun kita tidak tahu mengenai penggunaan pewarna rambut semasa hamil. Satu kajian menyebut bahawa ia boleh menyebabkan bayi mendapat kanser neuroblastoma. Ini adalah sejenis kanser yang jarang berlaku. Ia berlaku pada kanak-kanak dengan menyerang sistem saraf dan tisu-tisu lain. Walau bagaimanapun, tiada kajian lain yang menyokong pendapat ini.
Ada kemungkinan bahawa sesetengah sebatian kimia dalam pewarna rambut boleh menyebabkan kecacatan pada bayi semasa lahir. Walau bagaimanapun, anda perlu menggunakannya dalam dos yang sangat tinggi untuk melihat kesannya. Kuantiti yang dikira membahayakan adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah yang biasa anda gunakan untuk mewarna rambuat setiap bulan atau setiap dua bulan.
Oleh itu, mewarna rambut anda tiga atau empat kali semasa hamil mungkin tidak membahayakan. Tambahan pula, jika anda menggunakannya dengan betul, bahan kimia dalam pewarna ini tidak akan terserap dengan banyak ke dalam badan.
Jika anda mewarna rambuat anda sendiri, ikuti arahan yang diberi dengan berhati-hati dan biarkannya selama jangka masa paling minimum yang diperlukan. Gunakan sarung tangan dan buatlah dalam bilik yang mempunyai penguradaan yang baik untuk mengurangkan pendedahan terhadap bahan kimia dalam produk tersebut.
Mungkin lebih baik jika anda serlahkan sebahagian sahaja rambut (highlight), cat atau warnakan hujung rambut sahaja berbanding mewarnakan keseluruhan rambut. Bahan kimia dalam pewarna rambut diserap oleh badan melalui kulit kepala, bukannya melalui rambut. Oleh itu, dengan mewarnakan sebahagian sahaja rambut, risiko terdedah kepada bahan kimia adalah kurang.
Satu lagi alternatif yang baik ialah menggunakan pewarna yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Tetapi periksalah bungkusannya. Sesetengah pewarna berasaskan tumbuh-tumbuhan mempunyai sebatian kimia yang sama dalam pewarna buatan. Pewarna berasaskan tumbuh-tumbuhan yang diyakini selamat untuk anda gunakan ialah inai asli. Inai ialah pewarna separa kekal yang boleh didapati dalam kepekatan warna yang berlainan.
Mengeriting dan meluruskan rambut
Kita tidak banyak tahu tentang tahap keselamatan menggunakan bahan kimia untuk mengeriting atau meluruskan rambut anda semasa hamil. Satu kajian menunjukkan bahawa penggunaan produk pelurusan rambut tidak meningkatkan risiko kelahiran pramatang atau melahirkan bayi yang kecil. Tetapi kajian tersebut tidak pula menyebut tentang kecacatan bayi semasa lahir.
Ada kemungkinan hanya sejumlah kecil daripada produk tersebut yang diserap melalui kulit kepala. Jika anda bercadang untuk mengeriting atau meluruskan rambut semasa hamil, buatlah sekali sahaja untuk mengelakkan risiko.
Ketika hamil, penting bagi anda merasa gembira dengan penampilan diri, maka fikirlah samada mewarna, mengeriting atau meluruskan rambut akan membuatkan anda gembira atau risau. Bacalah seksyen kecantikan untuk bakal-bakal ibu kami untuk mendapatkan cara-cara yang selamat menjaga kecantikan semasa hamil.

kredit baby center
PENDARAHAN SEMASA HAMIL
Apa itu pendarahan ringan dan adakah ia normal?
Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj. Ia serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit. Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat.
Adalah normal bagi anda merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama.
Anda lebih berkemungkinan untuk mengalami pendarahan ringan jika anda telah menjalani IVF atau rawatan lain yang serupa untuk membantu anda hamil. Ini mungkin disebabkan oleh cara bagaimana bayi anda disenyawakan. Dua embrio mungkin diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan.
Dalam kebanyakan kehamilan, pendarahan ringan tidak mendatangkan masalah dan dianggap sebagai "salah satu perkara biasa sahaja". Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Sebab itulah lebih baik bagi anda mengambil serius terhadap sebarang pendarahan semasa kehamilan dan mendapatkan pemeriksaan doktor.
Apakah punca utama pendarahan faraj semasa hamil?
Dalam fasa awal kehamilan, pendarahan dan pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan dan disebabkan oleh:- Hormon yang mengawal kitaran haid anda mencetuskan pendarahan apabila sampai waktu anda sepatutnya datang haid. Ini dipanggil pendarahan "penebusan" (breakthrough). Anda mungkin mengalaminya lebih daripada sekali, sekitar waktu anda biasanya datang haid semasa anda belum hamil.
- Pelekatan telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus anda menyebabkan pendarahan. Ini dipanggil pendarahan implantasi. Jenis pendarahan ringan ini biasanya berlaku selama satu atau dua hari.
Apakah punca-punca lain yang boleh menyebabkan pendarahan faraj semasa hamil?
Mungkin ada perkara-perkara lain yang sedang berlaku dalam badan anda yang menyebabkan pendarahan ini:- Pintu masuk ke uterus anda iaitu serviks mungkin terengsa. Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks.
- Anda mungkin mempunyai fibroid. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim. Jangan bimbang, fibroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
- Mungkin terdapat ketumbuhan kecil pada serviks anda. Ini dipanggil polip serviks (cervical polyp) dan ia tidak membahayakan.
- Anda mungkin mengalami jangkitan serviks atau jangkitan faraj.
- Anda mungkin menghidap penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.
Malangnya, terdapat beberapa penyebab pendarahan lain semasa awal kehamilan yang merupakan berita buruk, iaitu keguguran dan kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim). Pendarahan jenis ini biasanya turut disertai dengan sakit perut dan kekejangan.
Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. Pendarahan daripada keguguran beransur-ansur menjadi banyak. Keguguran awal memang menyedihkan, tetapi malangnya, ia sangat biasa berlaku. Malah, sesetengah wanita mengalami keguguran sebelum mereka tahu bahawa mereka hamil dan menganggap mereka hanya datang haid.
Kehamilan ektopik pula berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Jika anda mengalami kehamilan ektopik, pendarahan mungkin berlaku tanpa henti dan darahnya berwarna gelap dan cair seperti jus prun. Kehamilan ektopik boleh membuatkan anda sakit teruk, oleh itu ia perlu ditamatkan segera.
Satu lagi punca pendarahan ialah kehamilan molar. Kehamilan molar menjejaskan 2.8 daripada 1,000 kehamilan di Malaysia. Kehamilan molar berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Untuk melindungi kesihatan anda, kehamilan molar perlu digugurkan dengan segera.
Kesemua penyebab pendarahan yang disebutkan di atas mempunyai kaitan dengan apa yang sedang berlaku dalam badan anda. Namun ada juga kemungkinan pukulan daripada luar perut anda mencetuskan pendarahan. Ia boleh disebabkan oleh jatuh, kemalangan jalan raya atau tumbukan secara langsung pada perut. (Ketahui lebih lanjut mengenai isu-isu melibatkan keganasan rumah tangga.)
Apa yang harus saya lakukan jika saya mengalami pendarahan faraj semasa hamil?
Hubungi doktor anda dengan segera untuk mendapatkan nasihat, walaupun pendarahan itu akhirnya berhenti. Anda mungkin perlu ke hospital dan berjumpa doktor untuk mengenal pasti sebab pendarahan tersebut.Doktor anda mungkin akan membuat pemeriksaan dalam faraj untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik atau menasihatkan anda membuat imbasan ultrabunyi. Imbasan ultrabunyi boleh menunjukkan samada bayi anda berada dalam keadaan baik di dalam uterus atau berlakunya kehamilan ektopik. Pemeriksaan faraj dan imbasan ultrabunyi selamat untuk anda jalani dan tidak membahayakan kehamilan anda.
Doktor juga mungkin akan membuat beberapa ujian rutin. Darah dan air kencing anda mungkin diuji untuk melihat tahap hormon kehamilan anda. Ujian untuk memeriksa kumpulan darah dan status resus anda juga mungkin akan dijalankan.
Kebanyakan kita mempunyai darah yang berstatus resus positif. Jika darah anda adalah resus negatif, anda akan ditawarkan suntikan anti-D imunoglobin. Suntikan ini dapat menghalang badan anda daripada bertindak balas sekiranya bayi anda mempunyai resus positif dan darah anda berdua bercampur pada mana-mana tahap kehamilan.
Adakah bayi saya akan selamat?
Kemungkinan besar bayi anda akan selamat, kerana spotting atau pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Kebimbangan itu adalah normal, tetapi ketahuilah bahawa ramai wanita yang dapat meneruskan kehamilan dengan sihat walaupun berlaku masalah pendarahan awal.Walaupun pendarahan kadang-kala adalah tanda awal keguguran, sekiranya ini berlaku, anda akan turut mengalami kekejangan perut dan pendarahan juga akan bertambah teruk. Spotting atau pendarahan ringan biasanya akan berhenti sendiri. Dikatakan bahawa separuh daripada bakal-bakal ibu yang meminta bantuan perubatan kerana pendarahan awal dapat meneruskan kehamilan dan bersalin tanpa sebarang masalah.
Jika anda mengalami spotting atau pendarahan semasa hamil, maklumkanlah kepada doktor anda, walaupun pendarahan itu berhenti sendiri. Sentiasalah berfikiran positif. Spotting atau pendarahan biasanya hanyalah satu misteri yang tidak membahayakan.
KREDIT BABY CENTER
Isnin, 24 November 2014
RAMBUT GUGUR
RAMBUT MOMMY GUGUR SELEPAS BERSALIN????
*************************************************
Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?
9 Perkara Perlu Mama Tahu :
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.
Apa mama perlu lakukan?
Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.
Makanan Mencegah Keguguran Rambut
Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.
Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.
Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.
Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.
Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.
Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.
Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.
Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.
Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.
Anda juga boleh dapatkan produk2 selamat dari SHAKLEE...selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu...disisni saya kongsikan pengalaman2 mereka yang telah berjaya
jika anda berminat untuk cuba produk diatas...boleh hubungi saya
TINIE 0124453078
PERCUMA KONSULTANSI UNTUK ANDA!!

BERSOLEK
Tip-tip bersolek semasa hamil dan selepas bersalin
Kehamilan boleh menyerlahkan seri wajah anda, tetapi ia juga boleh memberi kesan yang berlainan terhadap kulit anda.
Tidak kira samada kulit anda menjadi berbintik-bintik, mudah mendapat jerawat, kering ataupun berminyak, anda tidak perlu membiarkannya sahaja. Ambillah masa untuk mengenakan alat solek setiap pagi. Anda mungkin rasa letih, kembang atau lewat ke tempat kerja, namun cara bersolek yang bijak hanya mengambil masa beberapa minit sahaja tetapi dapat menyerlahkan kejelitaan anda sepanjang hari.
Segarkan mata anda
Untuk mengurangkan bengkak dan lingkaran gelap pada mata akibat kekurangan tidur, sapukan sedikit krim mata di bawah mata anda sebelum menggunakan pelembap biasa anda. Kemudian, sapu sedikit concealer pada bahagian tersebut. Ini dapat menghilangkan rupa mengantuk dan membuatkan mata anda kelihatan bersinar.
Jika anda tidak dapat menyembunyikan kesemua bahagian gelap di bawah mata, jangan bimbang. Anda boleh ikuti dengan menggunakan blemish balm (krim BB) atau pelembap berona gelap untuk kesan tambahan.
Seri kehamilan di dalam tiub
Ketika hamil bukanlah masa yang sesuai untuk mengenakan bedak asas yang tebal. Ini kerana hormon-hormon kehamilan mungkin akan membuatkan kulit anda menjadi sensitif. Atau, anda mungkin mudah mendapat jerawat, jadi biarkanlah kulit anda bernafas sedikit.
Jika kulit anda mengalami banyak pigmentasi dan terdapat tompok-tompok gelap pada muka anda, pelembap berona gelap dapat mengatasinya. Pelembap jenis ini dapat menyekatakan tona kulit anda tanpa perlu memakai bedak asas.
Krim BB dan krim pembetulan warna (colour-correcting creams) atau krim CC adalah krim pelbagai guna yang boleh membuatkan kulit anda kelihatan sihat dan mencerahkan kulit anda serta-merta. Ia menyekatakan rona kulit dan tidak terasa tebal. Kebanyakan krim jenis ini juga mengandungi faktor perlindungan matahari (SPF) sekurang-kurangnya 15.
Ratakan krim ini pada muka dan leher anda selepas dibersihkan, dengan memberi lebih perhatian kepada kawasan yang bertompok-tompok. Buat sementara ini, anda mungkin mahu menggunakan warna yang berbeza sedikit daripada sebelum anda hamil, bergantung kepada sejauh mana kulit anda sudah berubah.
Wajah sihat serta-merta
Pemerah pipi ialah rakan anda, kini dan selepas kelahiran cahaya mata anda. Tiada produk lain sebaik pemerah pipi yang dapat menyerlahkan wajah, mencerahkan mata dan membuatkan orang lain berfikir bahawa anda mendapat tidur yang cukup.
Pilihlah pemerah pipi jenis krim atau cheek stain yang boleh juga digunakan sebagai pemerah bibir jika anda kesuntukan masa. Wajah anda akan kelihatan segar dengan sekelip mata dan kulit anda lebih bersinar. Sapukannya terus pada kulit, ataupun selepas mengenakan krim BB atau pelembap berona.
Pemerah pipi jenis serbuk dan stain biasanya sesuai untuk kulit normal dan bercampur, sementara jenis krim atau formulasi mousse dapat tahan lebih lama jika anda mempunyai kulit kering.
Colek sedikit pemerah pipi menggunakan jari anda, kemudian senyum dan sapukan dengan lembut pada tulang pipi anda. Ratakannya sehingga anda mendapat tahap warna yang anda suka. Selepas bersalin pula, anda mungkin mahu menggunakan warna yang lebih cerah daripada biasa.
Perang dan bertambah cantik
Alihkan perhatian daripada mata yang letih kepada warna perang yang mencerahkan wajah. Sapuan lembut pemerang yang menyerlahkan boleh menyerikan kulit walau sepucat mana pun.
Dengan menggunakan berus yang besar dan lembut, sapukan pemerang kulit pada tulang pipi, dahi dan dagu anda, serta sedikit pada hidung.
Sebelum menyapukannya, buangkan pemerang yang berlebihan pada berus kerana tujuan anda mengenakannya untuk menonjolkan solekan anda, bukannya menutup semua yang telah anda lakukan dengan baik.
Helah yang membuka mata
Walau bagaimana letih atau kembung anda rasa ketika ini, kehamilan membuatkan mata anda bersinar secara semula hadi. Anda hanya perlu menonjolkannya dengan mengenakan sedikit alat solek yang bijak dan mudah digunakan.
Segaris pensel mata yang dikenakan di atas garisan bulu mata dapat membantu membentuk mata anda. Pilihlah pensel yang tebal supaya anda tidak perlu terlalu berhati-hati, dan cubalah satu yang berkilau untuk kesan yang lebih.
Pewarna bulu mata dapat membentuk mata anda tanpa perlu mengenakan maskara. Namun, cubalah dahulu kerana kulit anda mungkin lebih sensitif daripada biasa ketika hamil. Atau, cubalah guna pelentik bulu mata untuk membuka mata yang letih dan menyerlahkan seri wajah anda serta-merta.
Pilihlah maskara hitam yang menyelaput bulu mata untuk membuatkan bulu mata anda kelihatan lebih panjang dan lentik, lantas menyerlahkan mata anda. Goyangkan kayu maskara dari tepi ke tepi ketika mengenakannya untuk memisah dan menyelaput setiap bulu mata.
Penyerlah bibir
Tiada yang lebih menyerikan wajah anda selain gincu bibir yang terang. Gincu bibir dengan formula tahan lama akan kekal hampir sepanjang hari tanpa perlu dikenakan semula.
Warna gincu yang sesuai boleh menyerikan wajah anda serta-merta. Pilihlah warna yang menonjolkan bentuk wajah dan menyerlahkan tona kulit semula jadi anda. Warna yang sesuai biasanya ialah yang satu atau dua tona lebih gelap daripada warna semula jadi bibir anda, tetapi jangan takut untuk mencuba warna merah untuk kelihatan sedikit glamor pada waktu siang.
Jika anda lebih suka penampilan yang lebih natural, pelembap bibir yang sedikit berwarna akan membuatkan anda kelihatan segar. Ia juga mudah dipakai tanpa menggunakan cermin.
Rawatan muka segera
Untuk mendapatkan kulit yang segar dengan segera, cubalah semburan muka tidak berbau. Ini akan membantu mengurangkan sembap, melegakan kulit yang sensitif dan menyegarkan solekan anda.
Tutup mata dan semburkannya kira-kira 25cm (10 inci) jauh daripada muka anda.
Bawalah satu botol kecil semburan ini dalam beg anda supaya anda boleh mengembalikan kesegaran wajah anda apabila perlu. Bawalah juga ketika bercuti dan simpan di dalam peti sejuk untuk menyegarkan muka anda dalam cuaca panas.

TIDUR YANG SELESA SEMASA HAMIL
Cara tidur yang selesa
Mengapakah saya tidak dapat tidur dengan selesa?
Salah satu cabaran besar semasa hamil ialah mendapatkan posisi tidur yang selesa, terutamanya jika anda biasa tidur meniarap atau menelentang. Kedua-dua posisi ini mendatangkan masalah semasa hamil. Pada trimester pertama, payudara anda yang membengkak mungkin menyebabkan sukar bagi anda tidur meniarap, dan apabila perut anda semakin membesar, tidur meniarap akan menjadi sungguh tidak selesa.Tidur menelentang meletakkan berat uterus anda sepenuhnya pada bahagian belakang, usus kecil dan vena kava inferior (salur darah yang membawa darah daripada bahagian bawah badan ke jantung). Berbaring menelentang juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat sakit belakang dan buasir, masalah penghadaman, pernafasan dan pengaliran darah, malah tekanan darah rendah.
Apakah yang boleh saya buat mengenainya?
Semasa dalam trimester pertama, berlatihlah tidur mengiring ke kiri. Tidur dalam posisi ini memberi manfaat kepada bayi anda kerana ia memaksimakan pengaliran darah dan nutrien ke plasenta. Ia juga membantu buah pinggang anda mengkumuhkan bahan buangan dan cecair daripada badan anda dengan lebih efisien, lantas mengurangkan bengkak di buku lali, tapak kaki dan tangan.Cuba tidur mengiring ke sebelah kiri dengan memeluk bantal yang diletakkan di celah kaki anda. (Kembali semula ke posisi ini jika anda terjaga di tengah malam dan mendapati anda dalam keadaan meniarap atau menelentang.) Anda boleh beli beberapa bantal khas untuk ibu mengandung, walaupun bantal biasa juga boleh digunakan. Susun bantal di celah kaki, di bawah perut, dan di belakang badan untuk lebih keselesaan dan sokongan tambahan. Dalam trimester ketiga, anda mungkin mendapati bahawa memakai coli khas untuk tidur dan tali pinggang materniti dapat memberi sokongan tambahan dan membuat anda lebih selesa.
Akhir sekali, jika baring mengiring memberi banyak tekanan kepada paha anda, belilah pelapik tilam yang lembut. Letakkannya di atas tilam, di bawah cadar untuk kelesaan dan peredaran udara tambahan. Pelapik ini boleh didapati dalam pelbagai saiz di kebanyakan pasaraya besar.
KREDIT..BABY CENTER
Ahad, 23 November 2014
JANGKITAN TELINGA PADA ANAK
Jangkitan telinga
- Bagaimanakah saya boleh tahu samada bayi saya mendapat jangkitan telinga?
- Berapa kerapkah jangkitan telinga berlaku?
- Apa yang menyebabkannya?
- Apakah yang akan menambahkan kebarangkalian anak saya mendapat jangkitan telinga?
- Adakah jangkitan telinga serius?
- Apakah ertinya jika saya ternampak nanah meleleh dari kanal telinga?
Bagaimanakah saya boleh tahu samada bayi saya mendapat jangkitan telinga?
Agak sukar untuk menentukannya, tetapi jika anak anda mempunyai batuk atau hidung meleleh dan tiga atau lima hari kemudiannya menjadi demam, ini mungkin disebabkan jangkitan telinga. Bayi mungkin juga menarik-narik telinga atau kelihatan resah. Jika dia bertatih, dia mungkin mengalami masalah imbangan dan berkelakuan lebih cemerkap daripada biasa.Menghisap dan menelan juga menyakitkan dia, jadi jika bayi anda menolakkan badannya daripada payudara atau botol setelah mula menyusu, seakan-akan dalam kesakitan, kunjungilah doktor anda.
Berapa kerapkah jangkitan telinga berlaku?
Jangkitan telinga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak pra-sekolah, terutama sekali di negeri yang mengalami cuaca dingin untuk beberapa bulan semasa musim sejuk.Apa yang menyebabkannya?
Masalah bermula dalam tiub Eustachia yang menghubung telinga tengah kepada bahagian belakang hidung dan tekak, dan membawa bakteria dari situ ke telinga tengah, apabila anda menguap atau menelan. Itu tidak menjadi masalah selagi tiub berfungsi dengan baik; tiub Eustachia yang sihat membolehkan bendalir menyalir keluar. Tetapi, jika tiub itu bengkak disebabkan selesema, alergi, atau jangkitan sinus, bendalir itu boleh terperangkap di telinga tengah.Pada ketika ini, apa jua bakteria atau virus yang hidup dalam cecair mempunyai persekitaran yang panas dan basah dalam mana boleh membiak; nanah terhasil, dan tekanan ke atas gendang telinga menyebabkan ianya membonjol dan meradang, satu kondisi yang diberi nama otitis media akut. Demam berlaku apabila badan anak anda cuba melawan infeksi itu.
Satu lagi sebab kanak-kanak mudah diserang jangkitan telinga ialah sebab tiub Eustachia mereka adalah pendek dan mendatar. Semasa anak anda membesar, panjang tiub itu akan bertambah tiga kali ganda daripada setengah inci/1.25 sentimeter kepada 1.5 inci/3.8 sentimeter. Ia juga akan menjadi lebih tegak, mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan.
Rawatan dengan antibiotik, lazimnya Amoxicillin, boleh menghapuskan kuman-kuman, tetapi bendalir itu akan mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk diserapkan kembali ke dalam badan. Kehadiran bendalir mungkin tidak memerlukan rawatan medikal, tetapi, jika anak anda mempunyai simptom jangkitan telinga seperti demam, panggillah doktor keluarga atau pakar pediatrik. Pengumpulan bendalir pekat yang berterusan dalam tiub Eustachia, dikenali sebagai "telinga bergam", juga memerlukan perhatian. Lihat artikel kami tentang merawat jangkitan telinga untuk maklumat lanjut.
Apakah yang akan menambahkan kebarangkalian anak saya mendapat jangkitan telinga?
Beberapa faktor boleh menambahkan risiko jangkitan telinga, termasuk:- membiarkan anak anda minum susu botol secara berbaring;
- menggunakan susu formula bukan susu ibu;
- mengguna puting;
- pendedahan kepada asap rokok;
- menghadiri sekolah mainan atau pusat asuhan kanak-kanak pada umur kurang dari satu tahun, sebab terdapat lebih banyak pendedahan kepada batuk dan selesema, yang boleh membawa kepada lebih banyak jangkitan telinga.
Adakah jangkitan telinga serius?
Memang boleh. Ianya boleh menyebabkan kesakitan yang teruk bagi kanak-kanak, kerisauan bagi ibubapa dan gangguan kepada kehidupan seharian. Jangkitan yang amat teruk atau tidak dirawat boleh menyebabkan gendang telinga pecah dan membanjiri kanal telinga. Walaupun ini jarang berlaku, adalah penting bagi anda meminta pakar pediatrik anda memeriksa telinga anak anda jika anda mengesyaki yang dia mempunyai jangkitan telinga atau jika simptom-simptom tidak reda dalam tiga hari, walaupun sudah dirawat ataupun belum.Jangkitan telinga yang berulang-ulang boleh membawa kepada kehilangan pendengaran, dan walaupun gendang telinga pulih dengan baik, jangkitan yang berulang boleh menyebabkan parut. Ini juga berlaku dalam sebilangan kecil kes, jadi adalah penting dihentikan jangkitan telinga ringan yang berulang-ulang supaya dapat mencegah sebarang kemungkinan kerosakan jangka panjang pendengaran anak anda.
Semasa bayi anda diserang jangkitan telinga, anda mungkin terpaksa berjaga semalaman dengan anak yang meraung, membuat beberapa perjalanan ke doktor dan farmasi untuk ubat, dan bimbang sama jangkitan telinga yang berulang itu akan mendatangkan kehilangan pendengaran. Semua ini akan membawa stres.
Apakah ertinya jika saya ternampak nanah meleleh dari kanal telinga?
Lelehan nanah atau cecair kuning berdarah bermakna sudah terdapat lubang kecil dalam gendang telinga anak anda, yang selalunya pulih dengan sendirinya dalam masa lebih kurang dua minggu. Namun begitu, hubungilah doktor anda.
TINIE 0124453078
ANEMIA DAN KEHAMILAN
Anemia pada Kehamilan
Pada saat sedang
hamil, seorang calon ibu sering mengalami anemia. Ketika ia mengalami anemia,
darah sang ibu tidak memiliki cukup sel darah merah yang sihat untuk membawa
oksigen ke jaringan.
Selama kehamilan,
tubuh memproduksi lebih banyak darah untuk menopang pertumbuhan bayi. Jika tidak
mendapatkan cukup zat besi atau zat gizi lain tertentu, tubuh mungkin tidak
mampu menghasilkan jumlah sel darah merah yang dibutuhkan untuk membuat
tambahan darah.
Adalah normal bagi
ibu hamil menderita anemia ringan dalam kehamilannya. Tapi beberapa orang
mungkin mengalami anemia yang lebih serius akibat dari rendahnya kadar zat besi
atau vitamin atau dari alasan lainnya.
Anemia dapat membuat ibu merasa lelah dan lemah. Jika anemia terjadi secara signifikan dan tidak
diubati, ia dapat meningkatkan risiko komplikasi serius, seperti kelahiran
prematur.
Berikut akan dipaparkan mengenai apa
yang perlu kita ketahui tentang penyebab, gejala, dan pengobatan anemia selama
kehamilan:
Jenis Anemia Selama Kehamilan
Beberapa jenis anemia
dapat terjadi selama kehamilan, diantaranya adalah:
- Anemia defisiensi zat besi
- Anemia defisiensi folat
- Anemia defisiensi Vitamin B12
Anemia defisiensi zat besi.
Anemia jenis ini
terjadi ketika tubuh tidak memiliki cukup zat besi untuk menghasilkan hemoglobin
dalam jumlah yang cukup. Hemoglobin merupakan salahsatu protein dalam sel darah
merah, dan ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh.
Dalam anemia
defisiensi zat besi, darah tidak dapat membawa oksigen yang cukup untuk seluruh
jaringan tubuh.
Kekurangan zat besi
adalah penyebab paling umum dari anemia pada kehamilan.
Anemia defisiensi folat.
Folat, biasa juga
disebut asam folat, termasuk dalam kelompok vitamin B. Tubuh membutuhkan folat
untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuk sel darah merah yang sehat.
Selama kehamilan,
wanita perlu folat tambahan. Tapi kadang-kadang mereka tidak mendapatkan
cukup dari makanannya. Ketika itu terjadi, tubuh tidak dapat membuat sel-sel
darah merah yang normal yang cukup untuk mengangkut oksigen ke seluruh jaringan
tubuh.
Kekurangan folat boleh menyebabkan beberapa jenis cacat lahir.
Anemia defisiensi vitamin B12.
Tubuh memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Ketika seorang wanita
hamil tidak mendapatkan cukup vitamin B12 dari makanan, tubuhnya tidak dapat
memproduksi cukup sel darah merah yang sihat. Wanita yang tidak makan
daging, produk susu, dan telur memiliki risiko lebih besar terkena
kekurangan vitamin B12, yang dapat megakibatkan untuk cacat lahir.
Kehilangan darah
selama dan setelah melahirkan juga dapat menyebabkan anemia.
Faktor Risiko Anemia pada Kehamilan
Semua wanita hamil
berisiko untuk menderita anemia, kerana mereka memerlukan lebih banyak folat dan zat besi dari biasanya. Tapi risiko akan lebih tinggi dalam situasi berikut:
- Hamil dengan lebih dari satu anak (kembar)
- Dua kehamilan berdekatan
- Muntah banyak kerana morning sickness
- Kehamilan remaja
- Tidak makan cukup makanan yang kaya zat besi
- Mengalami masa berat sebelum hamil
Gejala Anemia Selama Kehamilan
Gejala yang paling
umum dari anemia selama kehamilan adalah:
- Kulit, bibir, dan kuku pucat
- Merasa lelah atau lemah
- Pusing
- Sesak nafas
- kadar jantung yang cepat
Pada tahap awal, anemia mungkin tidak memiliki gejala yang jelas. Dan banyak diantara gejala yang dirasakan sering terjadi di masa kehamilan. Jadi, pastikan ibu hamil untuk mendapatkan tes darah rutin ketika melakukan pemeriksaan kehamilan, agar anemia dapat dikesan seawal mungkin
Risiko Anemia pada Kehamilan
Anemia kekurangan zat
besi yang parah atau tidak diubati selama kehamilan dapat meningkatkan risiko:
- Bayi prematur atau berat lahir rendah
- Transfusi darah (jika kehilangan sejumlah besar darah selama persalinan)
- Depresi pasca melahirkan
- Bayi prematur atau berat lahir rendah
- Bayi dengan cacat lahir yang serius pada tulang belakang atau otak (neural tube defects)
Pemeriksaan untuk Anemia
Selama pemeriksaan
kehamilan yang pertama, ibu akan mendapatkan pemeriksaan darah yang dapat
membantu doktor memeriksa apakah ia mengalami anemia atau tidak. Pemeriksaan
darah biasanya meliputi:
- Pemeriksaan Hemoglobin. Pemeriksaan ini bertujuan mengukur jumlah hemoglobin - protein kaya zat besi dalam sel darah merah yang membawa oksigen dari paru ke jaringan tubuh.
- Pemeriksaan Hematokrit. Pemeriksaan ini mengukur tahap sel darah merah dalam sampel darah.
Jika ibu hamil memiliki kadar hemoglobin atau hematokrit lebih rendah dari tingkat normal, ia mungkin mengalami anemia kekurangan zat besi. Doktor juga mungkin akan memeriksa darah lainnya untuk menentukan apakah ia mengalami anemia karena kekurangan zat besi atau penyebab lain.
Bahkan jika seorang ibu hamil tidak menderita anemia pada awal kehamilan, doktor kemungkinan besar akan tetap menyarankan untuk melakukan pemeriksaan darah pada trimester kedua atau ketiga untuk mengesan anemia di tahap kehamilan selanjutnya.
Pengobatan Anemia
Jika seorang ibu
hamil mengalami anemia selama kehamilannya, ia mungkin perlu untuk mulai menambil suplemen zat besi dan/atau suplemen folat di samping vitamin prenatal lainnya.
Doktor mungkin juga akan menyarankan untuk menambahkan lebih banyak makanan
yang tinggi asam folat dan zat besi dalam makanannya.
Selain itu, ibu
akan diminta untuk kembali melakukan pemeriksaan darah setelah jangka waktu
tertentu sehingga doktor dapat memeriksa bahawa hemoglobin dan kadar hematokrit
menaik.
Untuk mengobati
kekurangan vitamin B12, dokter atau bidan mungkin menyarankan agar mengonsumsi suplemen
vitamin B12.
Doktor mungkin juga menyarankan untuk menyertakan lebih makan dalam makanan, seperti:
Doktor mungkin juga menyarankan untuk menyertakan lebih makan dalam makanan, seperti:
- Daging
- Telur
- Produk susu
Pencegahan Anemia pada Kehamilan
Untuk mencegah anemia
selama kehamilan, pastikan wanita hamil mendapatkan cukup zat besi. Makan
makanan yang seimbang dan tambahkan lebih banyak makanan yang tinggi zat besi
ke dalam makanan.
Targetkan setidaknya
tiga portion sehari makanan kaya zat besi, seperti:
- Daging merah, unggas, dan ikan
- Sayuran berdaun hijau gelap (seperti bayam, brokoli,)
- Sereal yang diperkaya zat besi dan biji-bijian
- Kacang-kacangan, dan tauhu
- Kacang-kacangan dan biji-bijian
- Telur
- Buah dan jus
- Strawberi
- Kiwi
- Tomato
- Paprika
BERMINAT UNTUK KETAHUI INFO LANJUT TENTANG VITAMIN SHAKLEE
BOLEH HUBUNGI SAYA DI
TINIE 0124453078
KREDIT..info.kes.com