Miliki Kuku yang Sihat
Kuku yang sihat akan kelihatan licin, bersinar dan bersih. Keadaan kuku akan memberi tanggapan terhadap kesihatan dan kecantikan diri seseorang. Maka adalah penting untuk menjaga kesihatan dan kebersihan kuku.
Oleh itu terdapat beberapa tip yang dapat dijadikan panduan dalam menjaga kuku. Di antaranya ialah:
Mengambil Makanan yang Sihat
- Terdapat pelbagai makanan berkhasiat yang dapat menjadikan kuku kuat, sihat dan nampak menarik. Antaranya adalah seperti timun, bawang putih, kekacang, bawang besar, telur, beras perang, asparagus, hati, salmon, tuna, anggur dan epel.
Jangan Mengigit Kuku
- Tabiat mengigit kuku akan menyebabkan kuku rosak(kelihatan pecah dihujung). Bagi mereka yang mempunyai masalah kencing manis, mengigit kuku boleh menyebabkan jangkitan pada kuku.
Penggunaan Kuku
- Jangan menggunakan kuku untuk membuka atau mencungkil sesuatu objek keras. Ini kerana boleh menyebabkan kuku bercalar, serpih dan patah.
Pengambilan Multi Vitamin
- Amalkan pengambilan vitamin seperti vitamin A, B, C, D dan E kerana ia baik untuk kuku.
Gunakan Pelembap
- Seperti kulit, kuku juga memerlukan pelembap setiap hari. Cukup dengan memakai losen badan atau lotion kuku.
Membantu Pertumbuhan Kuku
- Pengambilan kalsium dan zink dapat mempercepatkan pertumbuhan kuku dan menjadikan kuku kuat. Elakan Pengambilan gula dan alkohol yang berlebihan kerana dapat merosakkan kuku.
Penjagaan Kuku Kaki
Kuku kaki juga perlu dijaga dan dirawat supaya kelihatan bersih dan sihat. Terdapat beberapa petua yang boleh dilakukan bagi memelihara kesihatan kuku.
Merawat Kuku Kaki
Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.
Cengkam Kuku Kaki
Panaskan beberapa biji limau nipis dengan mengunakan api dapur kayu. Kemudian titiskan pada kuku yang mengalami cengkam. Lakukan 2 atau 3 kali sehari.
Mengilatkan Kuku Kaki
Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan