https://www.mylivechat.com/addons/images/blogger-live-chat-3.gif
Ahad, 19 November 2017
Jumaat, 24 Februari 2017
Tenang Jika Dapat Mengawal Marah
HATI LEBIH TENANG JIKA BERJAYA MENAHAN MARAHπ₯π₯π₯
DAN MENJADI SEORANG YANG PEMAAF❄❄❄
SESIAPA berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.
π΄Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).π΄π΄
Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad SAW apabila diminta oleh seorang lelaki supaya berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.
Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan diberi. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan Rasulullah SAW memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya.
Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.
Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil tarbiah berterusan. Sebab itu, selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu menimbulkan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri.
Renungkan dalam hati adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu berlaku? Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk tindakan wajar dilakukan seterusnya.
Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan. Sifat pemaaf memberi manfaat besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani.
Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri untuk melakukan kebaikan. Bagi yang bersifat pemaaf, padanya tiada dalam hatinya tersimpan perasaan marah.
Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya. Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam.
Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya- Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain.
Sebaiknya sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan orang alim supaya kita memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa, orang lain juga terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita.
Sesungguhnya kesalahan dengan Allah lebih mudah untuk memohon keampunan kerana sifat Allah Maha Pengampun, tetapi kesalahan sesama manusia susah. Jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya ππ
Semoga perkongsian ini dapat menambah baik kehidupan harian kita semua..insyaallah π
Kredit BH
Shaklee pulau pinang
Shaklee balik pulau
WA 0124453078
Ahad, 1 Januari 2017
Rumah Pertama Dengan Shaklee
Assalamualaikum
Kali ni giliran ciktin2 nak share success story pulak yer
Banyak success story....
#kesihatan makin baik
#anak2 jarang sakit
#bonus berganda2 dari gaji
Tapi nak
cerita malam ni pasal rumah pertama dengan shaklee
Saya bekerja sbgai jururawat ni ...loan perumahan layak untuk flat dan rumah kos rendah aja...kat penang mana ada rumah gitu dah
Flat saya tak selesa...sebb family nak mai tak muat....adik beradik ramai
Jadi hold la dulu nak beli rumah...menyewa la bertahun2...sebulan rm 380 duit sewa
Tapi..lepas buat shaklee...rank up supervisor saya lepas car bonus...syukur sangat2..sampai tak tahu dah lepas car bonus...adeh la...mujur mak eha khabor...π¬π¬π¬
Tapi kan...saya tak beli kereta...sebab saya dah ada kereta walau bukan kereta idaman...tahu saya buat apa...saya beli rumah...RUMAH PERTAMA
Guna loan apa beli rumah???
Print statement bonus shaklee 6 bulan dan bank statement
Rumah tu saya bayar bulan2 rm 1100 saya guna car bonus tu la...15 hb siap bank in ...
Saya buat gini sebab saya cuba dengan slip gaji tak lepas...saya back up dengan slip shaklee...lepas ok...ππ
Orang bank siap cakap..ok..kita proceed pakai shaklee punya...lega teramat2 sangat
Harga rumah rm 247k
4 bilik 2 bilik air
25x 90
Area bandar baru puteri jaya sungai petani
Carissa Special
Sekarang tangah reno sikit2 baru
dengan itu saya berpesan...Untuk sahabat2 anak cucu dalam ni...kita buat sahklee buat betul2 jatuh bangun itu biasa..tapi jangan la berpaling...mula2 ja kita susah dan menagis...lepas ni senyum dah
Saya doakan anda semua berjaya...moga januari aura luar biasa ada untuk kita semua
Salam sayang dari ciktin2 πππ
Berminat untuk join keluarga besar saya
Pm @Wa
Fb kartini Dahalan
WA 0124453078
posted from Bloggeroid